| 33

672 121 17
                                    


"Omma!.."seru Jihyo perlahan.Dipandang kubur mendiang ommanya dihadapan mata.Dia duduk atas lutut.Tidak dihiraukan seluarnya yang kotor terkena tanah.Rasa pilu lebih merundung hatinya sekarang.Dibelakangnya berdiri Chanyeol, Seungcheol serta Tuan Park dan Puan Park.Orang ramai yang turut hadir sudah beransur pulang.Begitu juga Seungkwan dan Dokyeom.Berdiri ruang kepada keluarga itu.

"Jihyo..jom kita balik"

Puan Park tunduk menyentuh bahu Jihyo.Menantunya itu tidak berganjak.Hanya diam dan kedengaran tangisan kecil Jihyo.

Dia mengelengkan kepala."Jihyo tak nak balik.Jihyo nak duduk dengan omma"ujar Jihyo lirih.Terdiam mereka semua dan setelah itu Tuan Park bersuara.

"Awak dengan Cheol pujuk Jihyo.Bawa ke kereta.Chan..ikut appa kejap"arah Tuan Park.Chanyeol mengikuti langkah appanya itu menjauh dari tempat itu.Puan Park dan Seungcheol memujuk Jihyo yang akhirnya akur.Walau hatinya berat untuk meninggalkan tempat itu.

Dari jauh diluar pagar tanah perkuburan keluar seorang perempuan dari dalam teksi.Berpakaian serba hitam seperti keluarga Park.Dia memakai cermin mata hitam besar tujuan tidak ingin orang mengenalinya.

"Sekarang omma kau yang pergi Jihyo.Nanti aku akan buat seorang demi seorang hilang dari hidup kau.Bagi aku kau tidak layak untuk kecapi bahagia"

Dia senyum sinis selepas mengatakannya.Tekadnya sungguh kuat.





"Kenapa pa?"tanya Chanyeol apabila kini dia dengan Tuan Park saling berdepan.Seakan dia tahu apa yang ingin diperkatakan appanya itu."Kamu tahu kan apa appa nak bincangkan dengan kamu ni?"tanya Tuan Park kembali dan mendapat anggukkan dari Chanyeol.

"Baguslah kalau macam tu.Ingat Chan..appa bagi kamu hidup berdikari.Berjauhan dengan kami, bukan untuk memudahkan kamu perlakukan Jihyo sesuka hati.Kalau salah appa tetap tak boleh terima.Walaupun kamu anak kandung appa sekalipun.Jangan ingat appa akan sokong apa yang kamu buat"

Chanyeol mengangguk faham.Dia akur."Baiklah, Chan akan cuba perlakukan Jihyo sebaik mungkin.Seperti apa yang appa mahukan"

"Jangan cuba Chan.Kamu memang kena perlakukan dia dengan baik.Dia isteri kamu.Tanggungjawab kamu.Ingat appa tak nak dengar dah kamu sakitkan hati menantu appa tu.Kalau tidak appa tidak akan teragak agak tarik balik semua kemudahan appa bagi dekat kamu"

Sekali lagi Chanyeol mengangguk.Mereka berdua mula berjalan keluar dari tanah perkuburan itu.Belum sempat Chanyeol masuk kedalam kereta, dia ternampak Jinsoul melangkah kearahnya.Pelik dengan kehadiran perempuan itu disini.

"Apa kau buat dekat sini?"tanya Chanyeol.Dia memandang kearah kereta Seungcheol yang sudah dipandu pergi.Tuan Park dan Puan Park tumpang kereta Seungcheol.Jihyo pula sedang menunggunya didalam kereta.

"Saya dengar tentang omma Jihyo.Saya datang kerana rasa simpati dengan dia"jawab Jinsoul dengan riak yang dibuat buat."Oh, kami baru sahaja selesai urusan pengebumian"

Jinsoul mendekati Chanyeol.Tangan lelaki itu dipegang."Chanyeol..saya betul-betul bersimpati dengan apa yang baru terjadi.Awak kena kuat.Jangan sedih-sedih.Saya kenal awak seorang yang kuat"Chanyeol menarik tangannya perlahan dari pegangan Jinsoul."Aku okay je.Kata-kata tu kau patut ucapkan pada Jihyo.Dia yang lebih rasa terpukul dengan apa yang jadi"Chanyeol senyum nipis dan berjalan mendekati pintu pemandu.

"Aku balik dulu.Jihyo kena rehat.Kau pun baliklah"selepas mengatakan itu, Chanyeol masuk kedalam kereta.Terus berubah masam muka Jinsoul dengan sikap Chanyeol terhadapnya.

_________

"Kau nak makan apa-apa tak?"tanya Chanyeol kepada Jihyo yang sedang berbaring diatas sofa ruang tamu.Baju serba hitam itu masih belum ditukar.Chanyeol sudah lama menukar pakaian.Dia tahu isterinya ini terlalu sedih dengan apa yang jadi.Gelengan Jihyo membuatkan dia hembus nafas berat.

Dia duduk melutut dilantai mengadap Jihyo yang sedang berbaring diatas sofa."Dahlah.Aku tengok kau ni dah serupa mayat hidup dah.Kau nak jadi zombie ke apa?"soalnya membuatkan Jihyo tiba-tiba menangis.

"Aduh, menangis pula.Dahlah tu"dia berdiri apabila Jihyo bangun dari baring dan duduk bersandar disofa."Kenapa awak cakap saya mayat hidup??awak nak saya mati juga ke?"mengurut dahi Chanyeol dibuatnya apabila mendengar soalan Jihyo.

"Sini.."lengan Jihyo dia pegang dan membawa isterinya itu menghampiri sebuah cermin panjang yang terdapat di dinding jalan untuk ke ruang dapur.Didirikan Jihyo dihadapan cermin itu dan dia berdiri dibelakang isterinya itu.

"Tengok diri kau sekarang.Dengan muka sembab.Mata merah.Rambut serabai.Baju tak tukar dari tadi.Apa kau ingat aku saja-saja panggil kau mayat hidup.Cuba bagitahu aku sampai bila kau nak macam ni??"

Jihyo terdiam dan dia tunduk pandang lantai."Saya berhias cantik pun bukannya awak pandang"dia bersuara dengan nada sedih.Chanyeol memusingkan tubuh Jihyo mengadapnya.

"Siapa cakap?"soal Chanyeol.

Jihyo mengangkat wajahnya melihat wajah Chanyeol."Kita kahwin aturan keluarga.Saya bukan perempuan pilihan awak.Saya yang suka awak.Awak tak suka saya pun"berkerut dahi Chanyeol mendengarnya.Dia tersenyum apabila Jihyo tunduk.

"Bukan ke kau suka Cheol hyung?"

Jihyo mengeleng laju dan memandang Chanyeol."Mana ada.Awak yang salah sangka.Dekat hospital tu sebab Seungcheol oppa nak tenangkan saya.Saya sedih sangat masa tu.Hurmm..awak nak tahu tak?"

"Tahu apa?"

"Saya mengharapkan awak yang peluk saya masa tu"jawab Jihyo bernada sedih.Chanyeol tersenyum mendengarnya."Time kau call bateri telefon aku tak ada.Bila dah hidup aku tengok banyak call dari kau.Itu yang aku pergi hospital.Tapi lain pula yang aku nampak"

"Sorry.."ucap Jihyo rasa bersalah.Chanyeol memegang dagu Jihyo dan mengangkatnya supaya Jihyo memandang."Kenapa kau asyik tunduk je ni??memang tak nak tengok muka aku dah ke??"pertanyaan itu mendapat gelengan dari Jihyo.

"Saya rasa bersalah dengan awak"

"Sebab?"

"Sebab saya berpelukan dengan hyung awak sendiri"

"Hey!..dahlah tunduk tu.Lantai lagi handsome dari aku ke apa?"tegur Chanyeol.Jihyo yang sekali lagi tunduk mengangkat kepala memandangnya."Awak lagi handsome"tergelak kecil Chanyeol dibuatnya.

"Meh, aku peluk kau"tubuh Jihyo ditarik kedalam pelukannya.Jihyo membalas.Pinggang Chanyeol dipeluk."Ingat.Lepas ni jangan berpelukan dengan mana-mana lelaki pun"Jihyo mengangguk dengan arahan Chanyeol tersebut.

"Aku je boleh peluk kau"



___________


b e r s a m b u n g . . .

support juga : 120 kg
fanfic baru sue..

jungkook × joshua × jaemin × jihyo

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now