| 26

753 119 15
                                    

Chanyeol dan Seungcheol sedang bertungkus lumus mengangkat serta menyusun perabot bersama beberapa orang lagi lelaki yang diberi upah untuk menolong mereka berdua.Perabot yang dibeli dipindah masuk kedalam rumah banglo dua tingkat itu.Rumah baru Chanyeol dengan Jihyo.Ketika mula- mula meminta izin, Puan Park berat hati untuk membenarkan kerana tidak mahu berjauhan dengan anak menantunya itu.Tetapi apabila akhirnya dia benarkan juga.

Jihyo, Tuan Park dan Puan Park pula sedang berada dibahagian luar sebelah kanan rumah.Disitu terdapat kolam renang dan sebuah pondok kecil diperbuat dari kayu.Cuaca sejuk membuatkan mereka sesekali mengosok tangan.Jihyo sedang berjalan dibirai kolam renang.Tuan Park dan Puan Park pula sedang berbual diatas pondok sambil sesekali melihat kearah Jihyo.

"Cantik kan awak rumah ni.Pandai betul Chan pilih rumah"ujar Puan Park sambil melihat sekeliling pondok.Ada tumbuhan hijau yang menyegarkan dan damaikan suasana.

Tuan Park mengangguk."Tak sia-sia lah saya sumbangkan separuh dari duit saya"

"Kesitu pula awak ni"gomel Puan Park.Suaminya itu gelak kecil.

"Saya bukan apa.Saya nak anak menantu saya hidup selesa.Puas hati dalam apa pun yang mereka buat.Awak pun tahu perkahwinan mereka diaturkan.Jadi saya mahu semua baik-baik.Kita tak tahu apa perasaan sebenar mereka"

Puan Park mengangguk setuju.

"Saya harap mereka bahagia.Dah sayang sangat saya dekat Jihyo.Tapi kan kita tak pernah jumpa omma Jihyo.Besan kita tu"balas Puan Park.Sudah lama dia ingin berjumpa dengan besannya Puan Song.Ketika majlis perkahwinan Chanyeol dan Jihyo, besannya itu tidak datang.

"Nanti kita mintalah Chanyeol dengan Jihyo bawa kita jumpa besan kita tu"

Disituasi Jihyo, dia sedang berdiri ditepi kolam renang sambil memeluk tubuh.Rasa sejuk mencengkam.Tetapi kejernihan air menarik minatnya.Dia perlahan-lahan menceluk sebelah kaki kedalam kolam.Rasa sejuk membuatkan dia ketawa.

"Sejuknya.."

Tiba-tiba Jihyo hilang imbangan membuatkan dia jatuh kedalam kolam.Badannya tenggelam timbul.

"Tolong !!.."jerit Jihyo kelemasan.Tuan Park dan Puan Park yang menyedari terkejut.

"Awak awak Jihyo lemas"ujar Puan Park kekalutan.Mereka berdua terus turun dari pondok dan berlari kearah tepi kolam.

"Ni nak letak dekat mana Chan?"tanya Seungcheol.Ditangannya terdapat sebuah kotak sederhana besar.Chanyeol yang baru masuk selepas bercakap sekejap dengan lelaki-lelaki tadi yang sudah selesai tugas mereka memandang kearah SeungCheol.

"Kau.."

"Chan..Jihyo lemas!"belum sempat Chanyeol bersuara , Puan Park melaung dari pintu utama.Ia mengejutkan kedua dua lelaki yang berada disitu.

"Jihyo lemas?"

Puan Park angguk laju."Cepat Chan!!"

"Hyung..kau bawa masuk kotak tu dalam bilik aku dekat atas!"suruh Chanyeol dengan nada cemas.Selepas itu dia terus berlari ke kolam renang diikuti dengan Puan Park.

Sampai sahaja dikolam renang matanya terus memandang kearah Jihyo yang terkapai kapai dalam kolam renang.Dengan wajah cemas dia terus terjun kedalam kolam renang ingin menyelamatkan Jihyo.

"Cepat Chan.."Puan Park mengarah cemas.

Apabila mendapatkan Jihyo, dia terus mengangkat Jihyo ketepi kolam.Puan Park dan Tuan Park terus mendekati Jihyo.Chanyeol naik keatas.Pipi Jihyo ditepuk perlahan.Nafas isterinya itu turun naik.Tanpa fikir panjang Chanyeol terus melakukan CPR terhadap Jihyo dan setelah itu Jihyo terbatuk batuk.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now