| 03

949 133 5
                                    


Chanyeol Pov..

Seperti sebelum ini sekali lagi aku dikerah untuk kepejabat tolong Cheol hyung.Sungguh aku malas tahap gaban bila disuruh buat sesuatu.Dipejabat bukannya aku buat apa pun.Sekadar melongo dalam bilik Cheol hyung, betul-betul menjadikan hidup aku membosakan.Appa kata aku perlu melihat cara Cheol hyung bekerja dahulu sebelum aku mula bekerja.Lihatlah betapa malang dan bosannya hidup aku.Kereta aku parking ditempat yang dikhaskan dikawasan VS holding.

Keluar sahaja dari kereta telefon aku meraung.Aku seluk poket seluar.Lemah semangat aku apabila nama kekasih atas kertas aku yang entah keberapa tertera di skrin.Dahlah mood happy aku menjunang jatuh disebabkan pagi-pagi lagi dipaksa datang pejabat.Ini ada pula makhluk mengacau pagi aku yang serba indah 'sangat' ini.

"Hello, ye..Jane nak apa?!"aku berjalan masuk kedalam VS holding.Beberapa staff menunduk hormat sambil senyum kepada aku.Aku sekadar membalas acuh.

"Awak dekat mana ni??..janji nak sarapan dengan saya.Ni saya dah ada dekat cafe ni.Dari pukul 6 lagi saya dah sampai"

Mak aihh!!

Aku tengok jan dipengelangan tangan aku.Sudah menunjukkan pukul 8 pagi.Gila ke apa perempuan ni dari pukul 6 pagi tercongok dekat situ.Memang pantang betul kalau aku cakap nak belanja.Haish, kalau disebabkan duit manusia sanggup tunggu berjam jam.Sanggup buat apa sahaja.Aku masuk kedalam lift apabila pintu lift terbuka.Seorang perempuan yang aku kenali turut masuk kedalam lift.Dia tersengih kepada aku.Aku sekadar senyum nipis.

"Sorry, aku dekat pejabat ni.Appa suruh datang tolong Cheol hyung.Lain kalilah kita sarapan sama-sama"

"Yeke, erm..tak apa lah kalau macam tu.Ni awak nak saya bawakan sarapan pergi sana tak?!..boleh kita sarapan sama-sama.Manalah tahu awak rindu nak sarapan dengan saya"

"Eh, tak payahlah.Lagipun aku dah sarapan.Lain kali je"berkerut seribu dahi aku apabila si Jane menyebutkan pasal rindu.Tak ada maknanya aku nak rindu dia.Dia dengan aku pun bukannya ikhlas sangat.Baik dengan aku semata mata sebab duit.Ni sibuk nak datang sini tak lain tak bukan sebab nak minta aku duit.Telefon aku matikan selepas tamat perbualan.

Aku toleh kesebelah.Sakura PA kepada Cheol tersengih kepada.Satu lagi bala aku kena hadap.Malang sungguh nasib aku.Kami keluar apabila pintu lift terbuka.Beriringan masuk kedalam ruang pejabat.

"Encik Chanyeol cakap dengan siapa tadi?!..girlfriend en?!"tanya Sakura busybody.

"Kawan"aku jawab pendek.Malas nak berbahas panjang pasal benda ini.Tidak penting bagi aku.Tanpa hiraukan Sakura aku berjalan kearah bilik Cheol hyung.Baru sahaja mahu buka pintu, Sakura memanggil.

"Encik Chanyeol, Encik Chanyeol..!"dia menghampiri aku dengan senyuman tidak lekang dibibir.

"Semalam kan Encik Chanyeol suruh saya cakap hello dekat nobita kan?!"

Aku mengangguk.Benda tak penting apa pula dia nak bincangkan ni.Aku malaslah nak melayan.

Dia ketawa membuatkan dahi aku berkerut."Saya Sakuralah.Bukan Shizuka.Kawan nobita dalam doreamon kan Shizuka"

Oh, betul juga tu.Haish, salahlah ni.Aku sekadar mengangguk dan selepas itu masuk kedalam bilik Cheol hyung.Aku ingatkan benda penting apalah yang dia kalut panggil aku.Buat mood aku hilang je PA Cheol hyung ni.Aku masuk terus berbaring diatas sofa yang terdapat didalam bilik kerja Cheol hyung.Dia yang sedang ralit meneliti fail diatas meja beralih pandang aku.

"Kalau datang sini nak tidur.Baik kau balik tidur dekat rumah je"

Aku angkat kepala sedikit tengok hyung apabila dia bersuara."Penatlah hyung.Kau bagilah aku rehat kejap.Lepastu aku perhatilah cara kerja kau"aku capai kusyen yang terjatuh dilantai dan letakkan bawah kepala.Rasa mengantuklah pula aku rasa sekarang.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now