57 | Love

9.4K 435 37
                                    

"Mon kawan rapat dia?"

Alex atau lebih dikenali Rafael, mengangguk. Dia berharap yang Encik Max tidak curiga dengan maklumat Rheo.

"Apa tujuan dia masuk kumpulan Violet?"

"Dia diarahkan oleh Red Dragon untuk mencari maklumat ketua Violet. Beberapa maklumat tentang Violet juga telah kami terima."

Mon di samping Rafael menghulurkan sebuah lagi fail. Namun tidak disambut. Encik Max merenungnya tajam.

"Nama kamu... Mon, kan?" soalnya penuh kesangsian.

"Y... ya. Tapi saya bukan Mon tu. Mungkin satu kebetulan."

"Buka mask!" Terketar-ketar tangan Mon membuka mask. Mukanya dibelek seketika.

"Hmm... baiklah." Fail bertukar tangan.

Mon memakai semula masknya. Syukur Rafael tidak meletakkan gambarnya di dalam maklumat itu. Lebih selamat lagi, Lissa tidak berada di situ. Jika tidak, pasti rahsianya terbongkar dan akan timbul masalah besar.

Encik Max meneliti maklumat di tangannya. Barulah dia tahu, saingannya selama ini adalah kawan karib anaknya sendiri. Myserra, kakak Mysarah.

"Apa masalah dia dengan Red Dragon?"

"Myserra tiada sebarang masalah. Cuma adiknya, Mysarah berdendam dengan Denis. Denis tolak cinta dia."

Encik Max tergelak sinis. Dia hairan dengan gadis-gadis zaman sekarang. Seperti tiada lelaki lain di dalam dunia ini. Anaknya cintakan Denis, Mysarah juga begitu. Alice? Mungkin juga sama.

Pistol dikeluarkan dari dalam laci. Dibelek-belek pistol itu. Dia kemudian menetapkan pada satu sasaran.

BANG!

Satu tembakan tepat mengenai gambar Denis yang berada di hujung bilik. Rafael dan Mon terkedu.

"Mudah sungguh kau mainkan perasaan semua perempuan. Anak aku tergila-gilakan kau, tapi senang saja kau tolak. Kalau anak aku tak boleh, orang lain juga tidak boleh," desisnya perlahan tetapi masih didengari Rafael. Satu lagi tembakan dilepaskan menyebabkan gmbar itu tertanggal lalu jatuh ke lantai.

"Hapuskan Violet, jangan biar dia sentuh Red Dragon. Mereka aku punya!" Rafael dan Mon mengangguk faham. Mereka beredar dari situ.

*~*~*~*~*

Denis termenung memandang pokok di depannya. Berita daripada Alex tadi membuatkan perasaannya bercampur-baur. Dia gembira apabila Violet akan diurus oleh Dark Skull. Tapi pada masa yang sama, Dark Skull sedang berdendam dengan dia.

"Aku bukannya couple lepas tu minta putus dengan anak dia. Dari awal lagi aku kata tak nak. Perempuan tu yang tergedik-gedik, aku juga yang kena," bebel Denis. Sekuntum bunga melur dicabut-cabut kelopaknya.

Dia runsing dengan semua masalah yang melanda. Sepatutnya, urusan Red Dragon dengan Dark Skull adalah berkaitan pembongkaran rahsia dunia kongsi gelap milik pemilik syarikat Sayap Emas Holding. Tapi sekarang... cinta?

"Gila!" bentaknya. Dia tersandar lemah pada bangku. Bahagian pelipisnya diurut perlahan.

"Tak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan."

Denis membuka mata. Wajah tua Encik Rafiq menyapa pandangan. Keluhan dilepaskan.

"Memanglah ada, daddy. Tapi macam mana? Denis dah buntu." Mukanya disembamkan ke atas meja. Jika diikutkan hatinya yang sedang berkecamuk, dia mahu meraung sepuas hati. Biar hilang segala masalah bersama air matanya.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now