23 | That's Me

9.7K 557 31
                                    

Alice POV

Ke-- kemalangan tu, berlaku depan mata aku.

Kereta Godzilla hilang kawalan dan merempuh masuk ke dalam hutan. Tidak cukup dengan itu, kereta itu terbalik akibat jatuh cerun. Remuk teruk kereta itu akibat terkena hentakan yang kuat dari permukaan tanah.

"Alicia!" Seketika kemudian baru aku tersedar. Terus aku pergi mendapatkan kereta yang telah berhenti dari bergerak. Jaraknya dari jalan raya sahaja hampir 2 kilometer. Adakah mereka masih selamat?

Aku tembus masuk ke dalam kereta itu. Aku memeriksa keadaan Alicia. Dahinya berdarah. Hidungnya juga mengeluarkan cecair merah pekat itu. Bahunya aku goncang. Berharap sangat dia akan sedar. Mujur sahaja masih ada hembusan nafas lemah. Ini bermakna, Alicia ada harapan untuk hidup. Tolonglah bangun!

"Alicia, tolong bangun."

Godzilla dan orang suruhannya sudah kaku di tempat mereka. Keadaan mereka sangat menyeksakan mata. Tangan mereka sudah patah dan tulang itu pula terkeluar dari tempatnya. Tengkuk juga patah menyebabkan lelaki itu tertunduk rapat ke badan. Keadaan mereka amat sukar untuk diceritakan. Sangat teruk dan mengerikan.

Ini mungkin balasan bagi mereka yang sesuka hati sahaja memperdagangkan manusia. Tuhan Maha Adil.

Mata aku silau. Cahaya itu lagi. Kali ini ke mana pula?

Sebuah jalan yang sunyi menyapa pandangan. Kiri kanan jalan dipenuhi hutan tebal. Jika pandang ke depan seperti tiada penghujung. Belakang juga begitu.

"Huhu~"

Bunyi seorang kanak-kanak menangis mengetuk pendengaran telinga aku. Alicia ke tu? Alicia masih hidup?

Ya. Di depan sana, Alicia sedang jalan berseorangan. Perlahan saja jalan dia. Langkahnya juga terhuyung-hayang. Rasa syukur yang teramat sangat dapat melihat dia masih hidup. Harap dia dapat berlindung dari segala bahaya terutamanya manusia yang bertopengkan syaitan.

"Sakitnya." Rintih Alicia. Air mata mengalir membanjiri mukanya yang putih mulus. Pakaiannya sudah comot dan terdapat lopong. Mungkin sudah terkoyak akibat kemalangan itu.

Pin! Pin!

Sebuah kereta yang agak lusuh berhenti di sebelah Alicia. Seorang lelaki yang berumur keluar mendapatkan si kecil itu.

"Anak, anak buat apa dekat sini? Mana ibu ayah awak?" Soal lelaki itu. Nadanya penuh dengan kerisauan. Kerisauan seorang bapa kepada anak.

Gelap malam itu menyukarkan pandangan aku untuk melihat muka lelaki tua itu. Namun suara lelaki itu amat dikenalinya. Suara orang yang amat dia rindu. Seseorang yang dia panggil, abah.

"Ibu? Ayah? Sa-- saya tak tahu." Jawab Alicia perlahan.

Lelaki itu terkedu. Tak tahu? Habis tu, apa yang diperlu buat sekarang?

"Ahh, tak apa. Nama anak apa? Tinggal di mana?"

Lagi sekali dia terkedu melihat gelengan daripada Alicia. Soalan yang bertalu-talu itu tidak mempunyai jawapan yang diinginkan.

Aku tergamam. Baru aku teringat, Alicia hilang ingatan. Pasti akibat ubat yang disuntik ke dalam badannya. Ya Tuhan, macam mana Alicia nak berjumpa dengan keluarga dia?

Alicia dan lelaki itu masuk ke dalam kereta.

Kini aku bersendirian di tengah kegelapan malam diterangi cahaya terowong masa. Ehh, terowong masa? Kalau ada terowong masa, mesti disedut, kan?

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now