08 | Mystique

11.3K 634 30
                                    

YHH's Board

Den_LNancy: I represent our school's prefects to invite all of you to our Prefect's Empire Selection.

Theme: Mystique
Day: Friday
Time: 8.30 pm

Come early so, our event can goes smoothly.

Thanks for your cooperation.

200 Comments...

Lagi dua hari, pelajar Young Heirs akan menyaksikan tema yang tidak pernah dilakukan mereka, Mystique.

[ Flashback ]

"Alice sekarang ni kami sedang bincangkan tema untuk event nanti. Tema kita adalah...

1. White crystal
2. Black and white
3. Pink
4. Fantasy
5. Castle
6. Garden
7. Costume
8. Vampi..."

Tidak sempat Denis mahu menghabiskan senarai itu Alice telah memotong.

"Wow, wow, wow! Naik juling aku dengar," celahnya. Dia mengambil senarai yang ada pada Denis. Satu per satu dibacanya, ada 20 pilihan. Namun tiada satu pun yang menarik minatnya.

"Kenapa semua macam tema parti hari jadi? Macam budak-budaklah," tutur Alice selamba secara tidak sengaja.

Beberapa orang pengawas mula memberi pandangan tajam ke arahnya. Seorang pengawas lelaki bangun.

"Kalau idea kami lekeh sangat, bagilah idea gempak kau," marahnya tanpa selindung.

"Hanz, chill bro. Tak payah layan budak hingusan ni. Den bagi dia tolong pun sebab kesian saja," kata seorang pengawas di sebelah Hanz.

Alice yang mendengar mencerlung tajam ke arah mereka.

'Budak hingusan kau panggil? Ini Alice la! Bukan Elly yang senang kau nak pijak!' bentaknya dalam hati.

"Jangan cakap sembarangan! Idea aku lagi bagus daripada senarai ni semua," bentak Alice dengan marah yang ditahan-tahan. Meja di hadapan mereka menjadi mangsa hentakan Alice. Balik ni mungkin dia pula yang akan dihentak oleh Alex.

"Okay. Al, apa cadangan you?" soal pengawas perempuan bernama Moon.

"Sebelum saya bagi cadangan, saya nak tahu tentatif pada malam itu."

"Arghh! Banyak sembanglah kau," marah Hanz. Denis menjeling lelaki itu membuatkannya membuang pandang ke arah lain. Kalau Denis mula bersuara, boleh bertumbuk jadinya. Baik diam.

Moon memberi tentatif program yang telah siap dicetak.

"I suggest, Mystique," tutur Alice sebaik sahaja kertas itu habis dibacanya.

Mereka yang lain saling berpandangan. Sejujurnya, mereka tidak pernah terfikir akan tema itu.

[ End Flashback ]

*-*-*-*-*

[ Alice POV ]

"You make me proud, sister," kata Alvin di sebelahku.

Kami memandang sekeliling dewan itu. Memang mempersonakan, lebih-lebih lagi bangunan itu berlatar belakangkan langit yang gelap malam. Pelajar yang lain turut kagum dengan hiasan dalaman dewan itu.

"Congatulation! Your idea make this event look so wonderful," puji Danial ikhlas.

Aku hanya tersenyum. Ini berkat selalu tengok iklan minyak wangi Syahirah. Biar aku promote sikit.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now