24 | Dream or Reality

9.4K 574 24
                                    

Seluruh ruang itu dibiarkan sepi selepas dikejutkan dengan satu soalan. Hanya kipas yang berputar kedengaran. Sesekali terkeluar keluhan daripada mulut mereka.

"Kenapa semua orang diam?"

Sepi.

"Haihh..." Alice melepaskan keluhan. Dia yakin, soalan itu akan mengundang keburukan.

[ Flashback ]

"Cik Alice... sudah kembali stabil. Dia juga sudah tunjuk tanda-tanda mahu sedar. Tetapi saya sedikit hairan apabila dia meracau. Dia menangis. Mungkin ada sesuatu yang mengganggunya." Selepas doktor muda itu habis berbicara, mereka semua meluru masuk ke dalam bilik VIP itu. Dengan harapan, Alice sudah sedar dari 'tidur'.

Namun, hanya jasad kaku Alice yang menyapa pandangan mereka. Seperti yang dikatakan doktor itu, ada air mata yang mengalir. Keluhan berat dilepaskan.

"Mungkin belum tiba masanya untuk dia sedar."

Setelah dua hari menunggu, akhirnya keajaiban muncul. Sebaik sahaja mereka menolak daun pintu, terpandang akan mereka susuk tubuh yang dirindui sedang menikmati hidangan hospital.

"Adik!" Jerit Alex dan Alvin serentak. Terkejut mereka melihat Alice sudah sedar. Jeritan dua beradik itu telah memeranjatkan Alice yang tidak menyedari kehadiran mereka.

"Uhk! Uhuk!" Kalut semua orang dalam bilik itu menenangkan Alice yang tersedak. Cepat-cepat mereka menuang air dan dihulurkan kepada gadis itu. Setelah tenang, dia memulakan bicara.

"Abang ni memang nak tengok adik terlantar tak bergerak atas katil ke?" Tersengih jejaka-jejaka itu seperti kerang busuk. Rindu mereka kepada si bongsu itu memang tidak dapat ditahan. Terus dipeluk tubuh kecil Alice yang masih membebel.

"Tak adillah, aku pun nak peluk Alice juga." Kata David. Mulutnya sengaja dimuncungkan. Gedik tak sudah!

Alice menjeling. "Kalau berani meh la. Bodyguards aku sedia menghalang." Balasnya sambil membalas pelukan abang-abangnya.

Rancak mereka berbual. Sehinggalah seorang demi seorang meminta diri untuk pulang. Tinggalah di situ Alex, Alvin dan Denis.

"Kenapa tak balik lagi?" Soal Alice diajukan kepada Denis yang tekun memandang telefon.

"Saja." Jawapan itu membuatkan satu keluhan tidak sengaja terkeluar daripada mulut kecil Alice. Dia mahukan privasi.

"Fine, aku balik." Kata Denis. Dia sedikit terasa dengan kelakuan Alice. Bukan dia tidak perasan, dari tadi lagi dia nampak seperti Alice mahu mereka semua balik. Layan acuh tak acuh sahaja.

"Tak. Tak perlu. Duduklah. Aku nak tanya soalan." Kata Alice.

Soalan? Ketiga-tiga jejaka itu berpadangan sebelum kembali memandang Alice. Denis mengambil tempat semula. Alex dan Alvin memperbetulkan duduk.

"Soalan apa dik?" Tanya Alvin. Entah mengapa dia mula rasa tidak sedap hati.

Alice memandang wajah-wajah di hadapannya. Risau pula jika soalan yang bakal dilontarkan menyebabkan hati lelaki mereka terluka. Nafas ditarik dan dilepaskan. Tenang.

"Korang rasa Alicia masih hidup?"

Seperti yang dia jangka. Riak muka jejaka-jejaka itu mula berubah. Kecewa dan sedih. Denis hanya kosong.

[ End Flashback ]

Sehingga sekarang soalan itu dibiarkan sepi. Tiada sebarang jawapan.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now