04 | Rescuer

12.4K 648 10
                                    

Madam Flora memandang tiga pelajar di hadapannya. Seorang terkenal dengan sikap sikit-pun-tak-peduli, seorang lagi dengan sikap membuli. Manakala gadis itu masih belum dikenalinya secara mendalam.

"What's your name, girl?" soal Madam Flora.

"My name is Alice Theo Roses. You can call me Alice," jawab Alice. Dia sebenarnya hampir terputus nyawa apabila Madam Flora bercakap dengannya. Cakap dengan pengetua kut, siapa tak goyang?

Madam Flora mengangguk. Dia menyuruh Alice duduk di sofa biliknya itu memandangkan Alice adalah mangsa dan dia tidak perlu disoal siasat. Hanya dua orang jejaka ini sahaja yang perlu di'brain wash'.

"Apa alasan kamu kali ini, Mr Leo Nancy?" Soalan pertama diajukan kepada Denis.

"He disturbed Alice. He made she uncomfortable by hugging her," kata Denis dengan tenang.

"And what your reason Bob Billgerd?" soalan kedua diberi kepada Bob, lelaki yang telah memeluk Alice.

"She is too cute, madam," jawabnya ringkas sambil tersengih sehingga menampakkan giginya yang hilang sebatang. Denis di sebelah sudah mengepal penumbuk. Ada yang hilang gigi lagi nanti.

Bulu roma Alice sudah merinding. 'Sudahlah gendut, ada hati nak dekat aku. Aku jadikan perut dia tu punching bag baru dia tahu.'

"Denis, you know that fighting is not allowed in school, right? Kenapa tak guna cara lain untuk halang tindakan Bob? You are one of students that I will choose to be headprefect this year. I don't want you have a bad dicipline. Understand?" tegur Madam Flora. Matanya menikam tepat ke dalam anak mata hitam milik Denis.

"Yes madam," jawab Denis bersahaja. Jika jawab panjang lebar, bukan dia boleh buat apa pun.

"Bob, just now Sir Airiel brought you here because you took student's money. Now you disturbed Alice. What your objective to come to school? If you want to enjoy, please write a letter to stop from schooling. I also did not want my students be like you," kata Madam Flora dengan nada yang ditahan-tahan. Jelas nampak api kemarahan yang membara disebalik kata-katanya.

Mereka hanya dikenakan amaran pertama memandangkan itu adalah hari pertama persekolahan. Selepas amaran kedua, mereka akan dikenakan hukuman mengikut arahan kementerian pendidikan.

*-*-*-*-*

Loceng telah berbunyi menandakan sekarang telah masuk waktu rehat. Denis dan Alice berjalan beriringan memandangkan Alice masih tidak tahu kedudukan kantin.

"Seronok masuk Detention Room?" soal Alvin sebaik sahaja dia mengambil tempat duduk di sebelah Alice. Alex yang sedang menyuap roti ke dalam mulut memandang mereka berdua.

"Detention Room? Kenapa adik masuk situ?" tanya Alex. Alice sudah memuncungkan mulut. Dia menampar bahu Alvin. Habis kantoi.

"Adik datang lambat tadi," balas Alice. Alex mengangguk.

"Kiranya kau duduk dengan Den sekali, kan?" kata Danial. Setahunya Denis juga dimasukkan ke dalam kelas tahanan kerana datang lambat.

Alice hanya mengangguk. Dia merampas pinggan spaghetti yang berada di depan Alvin.

"Hari pertama ni abang belanja adik, kan? Thank you," ucap Alice tanpa rasa malu. Dia terus makan tanpa menunggu jawapan Alvin. Alvin mencubit manja pipi Alice. Nasib sayang! Kalau tidak dah lama kena tinju. Dia bangun untuk pergi membeli lagi sepinggan spaghetti.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now