33 | Missing

10K 487 63
                                    

Tut... tutt...

"Hello."

"Hello bos. Saya ada maklumat baru."

"Mana?"

"Victory Bar."

*~*~*~*~*

Alex tekun menaip sehinggalah satu kapal terbang kertas melalui depan matanya. Terus dicapai kapal itu dan direnyukkan.

"Big bro! How dare you ruined my aircraft." Alvin mencebik. Kertas yang dilemparkan Alex dikutip semula.

"Abang."

Alex tidak menghiraukan panggilan itu.

"Abang!"

Semakin kuat ketukan pada papan kekunci.

"Abang!!"

"Apa?! Can you stop from chattering. I can't focus." suara Alex sudah naik seoktaf. Sudah dua hari dia tidak dapat melelapkan mata. Semua ini gata-gara sibuk dengan maklumat yang baru diperolehinya.

Alvin mengeluh. Dia kecil hati dengan Alex. Pintu bilik menjadi arah tuju. Malas mahu berlama-lamaan di situ.

"Alvin." panggilan Alex tidak disahut.

Alex menjeling.

'Kalau nak keluar, keluarlah cepat-cepat. Kenapa langkah setapak-setapak?' bebel Alex. Bukan marah. Tapi terhibur dengan gelagat Alvin. Minta dipujuklah tu.

Skrin komputer digelapkan. Brother is more important.

"Hye Vivin." panggil Alex sambil tersengih.

Alvin menjeling tajam. Fikir lawak?

"Vivin? Nama girlfriend abang ke?" sampuk Alice yang baru menjengulkan diri di sebalik pintu.

"Haah. Adik nak berkenalan dengan dia?"

Terbuntang mata Alvin dengar ayat Alex. Gila!

"Nak!"

"Ni la girlfriend abang. Nama jantan Alvin. Nama girly Vivin." Alex menepuk bahu Alvin.

Alice tersenyum simpul. Nafasnya sudah turun naik menahan ketawa. Melihat muka Alvin yang sedang bertukar merah itu membuatkan niatnya untuk meletuskan ketawa terbantut. Segera ditahan daripada pecah.

"Ehem!" Alice mengetatkan muka.

"Abang ni! Tak baik kata macam tu kat abang Alvin. He is more gentle than you."

Alex tersenyum kelat. Aku tak gentle ke?

Alvin diam. Perbuatan Alice mengingatkannya kepada Alicia.

[ Flashback ]

"Abang janganlah ambil buku Al!"

"Buwekk!!" Alex menjelirkan lidah. Buku mewarna milik Alicia dibawa lari bersama. Rengekan Alicia tidak dipedulikan.

"Hah!"

"Oii anak kambing golek-golek!" Alex jatuh terduduk dan terlatah apabila Alvin menyergahnya. Buku mewarna tadi dirampas Alvin. Alex membebel dan menumbuk dinding yang menjadi tempat persembunyian Alvin tadi.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now