27 | DNA

10.1K 553 27
                                    

"Cikgu ada tanya tak kenapa aku dah lama tak datang?"

Danial menjeling kembarnya yang sedang santai membelek buku sekolah yang bertimbun di sebelah. Orang sedang sibuk, dia pula datang mengganggu.

"Dah seminggu ponteng, baru sekarang nak tanya? Lain kali tunggu 'surat cinta' datang." ada ke patut Denis mengambil jalan untuk mengelak dari bertembung Dark Skull dengan tidak keluar dari rumah? Termasuklah tidak ke sekolah. Apa jenis cerdiklah otak dia tu.

Denis menayang poker-face. Apa lagi yang boleh dia lakukan untuk elak dari diserang? Tak fasal nanti nyawa orang yang tak bersalah pun terlibat juga. Eh, tapi apa salah aku sampai jadi target diorang?

Langkah diatur ke bilik tidur. Malas mahu menggangu Danial. Kang salah jalan kira buku-buku itu melambung naik ke atas badannya.

Komputer dihidupkan. Sebuah fail yang berada di homescreen itu ditekan dan dimasukkan kata laluan.

Heh! Bersembunyi? Hanya di depan ahli Red Dragon sahaja dia bersembunyi. Setiap kali mereka bergerak ke sekolah, Denis sudah bersiap sedia dengan pakaian hitam dan mask. Beberapa minit kemudian dia akan keluar dari rumah dan membiarkan kakinya membawa badannya ke mana sahaja.

Nasibnya selama seminggu itu sungguh baik. Dia langsung tidak diserang. Rasa mahu sahaja dia bongkarkan identiti diri yang selama seminggu dia sorokkan dari dijejaki DS. Dalam tempoh itu juga, banyak maklumat yang dia telah peroleh. Ianya hasil dia mengekori dua lelaki yang disyaki ahli DS.

"Well, well, well... korang pengecut! Hanya disebabkan takut aktiviti haram korang terbongkar, korang sanggup pisahkan anak dengan parents?" omel Denis seorang diri.

[ Flashback ]

Tengah hari tadi dia menjejakkan kaki di taman permainan. Panas? Tidak dihiraukan asalkan dia dapat bersendirian.

"Perhati budak tu. Jangan biar dia terlepas. Aku nak pergi ambil kereta."

Denis memerhati sekeliling. Baru dia sedar kehadiran dua orang ahli Dark Skull di situ. Mask diperbetulkan agar identitinya tidak diketahui mereka. Pendengarannya yang tajam membantu dia untuk mendengar segala butir bicara mereka.

'Rasanya mereka tak perasan aku.'

Dua orang lelaki itu ralit memandang seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bersendirian.

"Kena boss nak kita culik budak?"

"Bapak budak tu tahu boss jual dadah. Dia nak report polis. Alah, macam kes CEO Adreson Entreprise."

"Adreson Entreprise? Ouh yang kita jual budak tu dekat Godzilla, kan? Nasib baik budak tu mati dengan Godzilla. Kalau dengan kita, tak hiduplah aku sekarang."

"Kau yakin dia dah mati?" lelaki di sebelahnya hanya menjongketkan bahu.

'Jadi, betullah 'mimpi' Alice. Dia dijual kepada Godzilla dan kemudian berlaku kemalangan. Kalau itu sudah betul, mesti Alice menang sebenarnya ialah Alicia.'

"Jom."

Dua orang lelaki itu mula bergerak. Denis pula mencari tempat persembunyian. Dark Skull tidak boleh menyedari kehadirannya di situ.

[ End flashback ]

Ditatap video berdurasi 7 minit yang terpapar pada skrin komputer. Seorang lelaki sedang menarik seorang kanak-kanak yang sedang leka bermain seorang diri di taman permainan. Pada minit keenam, kereta itu memecut dari situ.

Keluhan dilepaskan. Bukan dia tidak mahu tolong, tapi dengan keadaannya yang sedang dijejaki membataskan segalanya. Muka diraup kasar. Rasa bersalah menjalar di hati kecilnya. Siapa yang tidak rasa bersalah jika insiden itu berlaku di depan mata tetapi kita tidak melakukan sebarang tindakan? Harap budak itu selamat. Dia tidak mahu kes Alicia berulang.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now