15 | Family

10.7K 638 5
                                    

Denis memandang bintang yang bertaburan di dada langit. Walaupun jam sudah menunjukkan angka 2 pagi, matanya masih terasa segar.

Dia tertanya-tanya tentang perilaku Alice. Bukannya mereka buli David sehingga hilang tangan. Sedangkan David pun elok saja bersembang bersama mereka sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.

Denis POV

"Hey! Berhenti la gelakkan Dav. Tak baik membuli."

Ayat itu masih melekat dalam kepala aku.

Bukan itu saja yang buat aku tertanya-tanya. Pandangan mata Alice turut menunjukkan apa yang dia rasa. Ketika itu, aku dan yang lain bergelak sakan manakala David memasamkan muka.

Aku sempat menangkap pandangan mata Alice. Pandangannya penuh dengan simpati dan sedih.

"Kenapa dia terasa sangat? Tak mungkin sebab datang bulan." omel aku seorang diri. Aku tak boleh terima alasan Danial yang terlalu kliche. Umum sangat.

"Kau tak tidur lagi?" aku segera berpusing ke belakang apabila ditegur seseorang. Harapnya betullah itu orang. Huhuhu..

"Kau betul-betul Alice kan?" soal aku. Langkah berjaga-jaga harus diutamakan. Kang tak fasal-fasal aku dicop gila sebab cakap sorang-sorang.

"Tak. Aku jelmaan dia." balas Alice selamba. Aku menjeling tajam. Tak lawak okay!

Alice mengambil tempat di atas buaian.

Alice POV

Buaian itu aku ayun perlahan diikuti sebuah lagu. Lagu Oh No nyanyian Tasha Manshahar feat. Viral. Terasa bosan pula malam itu.

"Sedar aku yang salah
Buta memilih cinta
Hancur naskhah hatimu
Maafkan aku

Silap aku yang tidak setia dengan diri mu
Sedar aku yang salah
Maafkan aku

Oh sayang
Dengar dulu penjelasanku
Sebelum aku kehilanganmu
Riak wajahmu aku tahu
Sinar matamu semakin layu
Ku cuba beri segalanya
Tanpa ku sedar kau terluka
Maafkan aku, aku merayu

Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no
Jangan pergi dulu

Maafkan semuanya silapku
Bukan niat aku begitu
Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku" - Alice

Tiba-tiba satu suara mencelah. Terangkat kening aku melihat Denis yang baru mengambil tempat di depan aku.

"Sukar merungkai mimpi
Entah apa aku cari
Sukar buat pilihan
Mana aku tidak pasti
Berikan ku peluang bersamamu
Berikan ku peluang maafkan ku
Sukar ku hadapi tanpa kamu di sisi" - Denis

"Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no
Jangan pergi dulu

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now