38 | Newbie

9.7K 483 31
                                    

Kringgg!!

Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran bakal bermula lima minit sahaja lagi. Semua pelajar Young Heirs Highschool berpusu-pusu masuk ke dalam kelas. Bagi mereka yang ditugaskan membersihkan kelas perlu bertindak pantas bagi memastikan kelas itu sentiasa bersih.

Alice memandang ke luar tingkap. Fikirannya menerewang mengingati peristiwa dua hari lepas. Senyuman terukir tanpa disedarinya.

"Ingat siapa tu?"

Melayang segala angan tatkala ditegur orang. Dia memandang Alvin di sebelah dan melentokkan kepala pada bahunya.

"I was thinking about us."

Alvin tersenyum mendengar ayat itu. Siapa sahaja yang tidak bahagia bila mendapat khabar indah?

[ Flashback ]

"Alvin?"

"Saya, doktor." sahut Alvin. Dia duduk di hadapan doktor setelah dijemput. Begitu juga dengan Alice.

Doktor Chien menghadiahkan senyuman kepada mereka berdua. Hilanglah sedikit rasa gugup yang bermaharajalela di dalam hati.

"This is the result."

Doktor itu menghulurkan sampul surat berwarna putih itu. Debaran yang dirasai menjadi lebih kuat apabila sepucuk kertas dikeluarkan dari sampulnya. Serentak mereka membaca isi surat itu bersama.

"Positive? This is true?" soal Alvin. Dia tersenyum lebar memandang Doktor Chien yang mengangguk menjawab persoalannya.

"Kami kembar?" soal Alice pula. Doktor Chien sudah jadi seperti burung belatuk. Mengangguk-angguk menjawab setiap soalan mereka. Namun perkara itu sudah menjadi biasa baginya.

[ End Flashback ]

"Nanti ajak Red Dragon celebrate. Diorang dah janji."

Zack yang mendengar terbatuk. Raikan? Melayanglah duit dia.

"Tuntut pada Denis. Dia yang janji." kata David.

Tersengih Alice melihat muka mereka yang sedang tidak puas hati. Comel saja melihat Zack memuncungkan mulut. Ehh, Alvin comel lagi. Hehehe...

Sesuatu menyinggah pemikirannya.

"Apa yang akan dilakukan Dark Skull selepas ni?"

Tiada jawapan. Alvin merenung kosong ketas kerja yang ada di atas meja. Tidak pula dia terfikir tentang tindakan DS seterusnya.

"Nanti kita tanya Denis. Dia mesti tahu apa yang perlu dibuat."

Tuk! tuk!

Salam hormat diberikan kepada Sir Vamp yang sedang melangkah masuk.

"Semua boleh duduk." katanya.

"Hari ini kamu akan mendapat kawan baru. Come in."

Seorang pelajar lelaki dengan rambut panjang paras bahu berdiri di sebelah Sir Vamp. Matanya tajam memerhati seluruh pelosok kelas itu. Dia berhenti apabila terpandangkan Alice. Senyuman manis dihadiahkan buat gadis itu.

Alice membalas senyumannya. Lelaki itu adalah lelaki yang pernah meminjam bukunya dan merupakan rakan sekelasnya semasa di sekolah lama iaitu semasa dia masih belum mengenali RD. Lelaki yang dicemburui Denis.

"My name is Mike... Mike Gomez." matanya masih tidak lepas memandang Alice.

Zack mengangkat tangan.

"Yes?"

"Well, just nak bagi amaran. Even kau baik dengan Alice tak bermakna kami akan friend dengan kau. Note that."

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now