51 | Combat

8.4K 422 17
                                    

"Mike, kau buat kerja ke tidak?!"

Mike menggulingkan mata. Kemarahan Lissa tidak dia endahkan.

"Hey, aku cakap dengan kau!"

Mike memekakkan telinga. Dia malas mahu bertengkar. Dia cuba menahan hatinya yang sedang mula membengkak.

"Hish, kalau sudah anak pungut tu memang suka menyusahkan orang." Lissa menghina status Mike. Tak nak jawab sangat, kan? Padan muka kau.

Bum!

Bergegar meja kopi itu dihentak oleh Mike. Matanya memandang tajam ke arah Lissa yang berdiri di sebelahnya.

"Kenapa? Marah?" Lissa tersenyum sinis. Dia mahu mengapi-apikan Mike kerana abaikannya.

Mike bangun dari sofa. Kolar baju Lissa dicekak. Dia mendekatkan jarak mereka.

"Kau panggil aku anak pungut lagi... aku tak teragak-agak nak jadikan kau anak banduan." Lissa ditolak kasar hingga terdorong ke belakang. Dia menjeling tajam lalu meninggalkan ruang itu.

Lissa menghantar pemergian Mike dengan ekor mata. Dia merengus kasar.

"Argh!!" Dia menjerit bagi memuaskan hati. Rambutnya dikusutkan. Jeritannya merisaukan konco-konco yang berada di luar.

"Cik Muda tak apa-apa?" soal seorang gadis yang berpenampilan agak kasar. Lagaknya seperti tomboi.

"Berambuslah kau! Jangan ganggu aku!" Lissa menjerkah gadis itu.

Gadis itu mencebik. Malas dia mahu melayan Cik Muda mereka yang sering meroyan. Dia kembali ke posisi asalnya.

"Kenapa tu, Vany?" soal rakan setugasnya.

"Alah, biasalah dia... meroyan," jawab gadis tadi yang bernama Vany atau nama sebenarnya Vanier.

Rakan Vany mengangguk. Semua orang sedia maklum akan perangai Cik Muda itu. Tugasan yang diterima mereka juga langsung tidak mencabar dan tidak masuk dek akal. Nak perhatikan Red Dragon? Perhatikan saja? Bosan.

Red Dragon langsung tidak merbahayakan sesiapa. Sepanjang mereka mengawasi kumpulan yang 'digeruni' itu, tiada langsung aktiviti gila yang mereka lakukan. Membunuh? Jauh sekali. Mata mereka asyik dijamu dengan 'filem romantik' ketua Red Dragon itu tetapi apabila dilaporkan kepada Cik Muda, gadis itu meroyan teruk. Contohnya ialah tadi. Vany baru sahaja melaporkan bahawa ketua Red Dragon itu pergi menonton wayang bersama seorang gadis bernama Alice. Terus dia menggila dan menghaburkan marah kepada adik angkatnya, Mike.

Pintu bilik tadi dibuka dari dalam. Lissa melangkah keluar dengan mata yang sembab. Mungkin dia baru lepas menangis. Vany mengikut langkah Lissa yang menuju ke parkir kereta.

"Cik Muda nak ke mana?" soalnya apabila mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta. Dia berada di tempat duduk pemandu sementara Lissa duduk di bahagian belakang.

Lisa termenung. Pandangan dilemparkan keluar tingkap.

"Aku nak perhati Red Dragon."

Vany mengangguk. Dia memanaskan enjin kereta seraya membuat satu panggilan. Lokasi Red Dragon dijejaki.

*~*~*~*~*

"Aku dah kata, jangan bagi besar-besar. Susah diorang nak makan," bebel Denis.

"Aku nak bereksperimentasi saja..." Alice memuncungkan mulut apabila dia dibebel dari tadi. Roti ditangannya juga dirampas Denis.

"Pulangkan semula roti aku!" Alice cuba memcapai rotinya namun Denis yang lebih tinggi menyukarkannya untuk mencapai roti itu.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now