07 | New Enemy

11.2K 594 22
                                    

Seminggu awal persekolahan Alice berjalan lancar walaupun ada anasir yang mengganggunya. Hari ini sudah masuk minggu kedua dia bersekolah di situ.

Dia juga sudah mula mempunyai kawan. Walaupun tidak rapat dia tetap rasa bersyukur kerana tidak dibuli.

*-*-*-*-*

Kelas 4 Fantastic riuh dengan suara pelajar ketawa sesama mereka. Kelas itu pernah dinobatkan sebagai kelas terbising oleh semua guru di sekolah itu. Tetapi, apakan daya? Sudah ditegur banyak kali namun mereka masih berdegil. Mujur mereka tetap cemerlang dalam peperiksaan.

Alice duduk bersembang bersama seorang gadis yang bernama Olievia. Mereka ketawa bersama tanpa mengganggu pelajar lain. Tiba-tiba...

Buk!

Beberapa buah buku dihempaskan oleh seseorang. Membuatkan Alice dan Olievia terdiam. Melayang semangat!

"Kau nak apa?" soal Alice.

"Nama you Alice, kan? Sekejap lagi waktu Biologi. Disebabkan sekarang ni you free, I nak you buatkan kerja Biologi ni sampai siap. You kan pandai," kata gadis itu sambil memerli pada ayat terakhir. Alice tersengih.

"Thanks puji aku pandai, Lissa. Disebabkan pandailah aku tidak akan biar orang pergunakan aku," kata Alice. Wah, makin berani ya?

"Hey! Aku suruh kau buat, kau buat sajalah. Jangan banyak cakap!" Nada suara Lissa sudah naik seoktaf. Seperti mahu terkeluar anak tekak bunyinya.

"Sorry, I don't want," tegas Alice seraya bangun ingin pergi dari situ. Tak pasal berlaku pergaduhan tarik-menarik rambut pula.

Lissa yang kegeraman mengangkat tangan. Satu tamparan sedia untuk dilayangkan.

"Stop it!" jerit satu suara.

Jika tadi semua terdiam menyaksikan pergaduhan mulut antara Alice dan Lissa. Kini pandangan mereka melihat ke arah suara yang menghalang. Semua mula kecut perut apabila Alvin masuk ke dalam kelas itu.

"Kau tak ingat amaran aku ke, perempuan?" tanya Alvin dengan muka bengang. Alice sudah berganjak dari situ. Dia kembali ke tempat duduknya.

"I cuma minta tolong daripada adik you. Tapi dia kurang ajar sangat," balas Lissa dengan suara yang dilunakkan.

'Ei, minta lempang betul!' cemuh Alice dalam hati.

"Memang dia kurang ajar sebab tu dia datang ke sekolah. Dia sedar diri, dia nak belajar. Tak macam kau! Sudahlah lembab, tak mahu buat kerja sekolah sendiri, kemudian mengarah orang buat kerja kau. Kau ingat kau acah gengster, kami takut?" Alvin menyerang tanpa henti. Mulut Lissa memuncung. Dia mengambil bukunya semula dan duduk di tempatnya. Alvin hanya menjeling.

"Membebel saja kerja dia," omel Lissa kepada rakan di sebelahnya.

"Aku dengarlah!" tempik Alvin. Lissa buat muka selamba. Kisah apa dia jika Alvin dengar?

Alvin mengambil tempat di sebelah Alice. Dia masih belum habis menjeling minah berambut karat itu. Sebaik dia pusing ke arah Alice, dia terkejut.

"Kenapa pandang abang macam nak tembus, hah?" Pandangan Alice itu seperti mahu menembus ke dalam anak matanya.

"Abang pergi mana tadi?" soal Alice. Rupanya itulah sebab Alice memandangnya dengan pandangan sebegitu. Mana tidaknya, dia meninggalkan Alice begitu sahaja di koridor sebaik sahaja mendengar satu pengumuman.

"Abang ada perjumpaan pengawas tadi. Ada majlis akan berlangsung Jumaat nanti," terang Alvin. Alice mengerutkan dahi.

"Majlis? Majlis apa?" soalnya.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now