53 | Violet

8.4K 430 15
                                    

Lissa mengusutkan rambut. Dendam yang tertanam dalam hati membuatkan dia resah selagi musuhnya masih hidup.

"Kenapalah kau liat sangat nak mati?" monolog Lissa. Kepala patung beruang di tangannya ditarik sekuat hati.

Prak!!

Kepala patung itu bergolek di atas lantai dan terkena kaki Vany. Vany yang duduk mengawasi Cik Muda mereka, sudah naik bosan. Terasa seperti sedang menjaga orang gila pula.

"Aku nak kau cari kumpulan yang serang kita dan Red Dragon. Aku nak tahu siapa yang hantar mereka dan tujuan mereka," arah Lissa dengan matanya yang masih melekat pada badan patung beruang tadi. Sekali pandang, Lissa tidak ubah seperti seorang psiko yang bercakap pada diri sendiri.

"Tunggu apa lagi?! Keluar!" tempik Lissa ke arah Vany. Jelas matanya berwarna merah kerana terlalu banyak menangis.

Vany segera angkat kaki. Sebelum dia di'baham' Lissa, lebih baik dia keluar. Dia berselisih dengan rakan barunya di pintu.

"Kau nak buat apa, Mon?"

"Ada berita untuk Cik Muda."

"Cik Muda tak kenal kau lagi, kan? Lebih baik kau buka dulu mask tu dan perkenalkan diri kau." Saranan Vany dipandang sepi oleh Mon.

Mon terus berlalu tanpa menunggu ayat seterusnya keluar daripada mulut Vany. Dia masuk ke ruangan peribadi Lissa.

"Cik Muda, Tuan akan bertolak pulang hari ini. Tuan mungkin akan tiba pada esok hari," ujar Mon ringkas.

Berita yang disampaikan oleh anak buahnya itu cukup menceriakan hati Lissa. Ayahnya akan pulang semula ke Malaysia. Ini bermakna, dia ada peluang untuk menghapuskan Alice.

Senyuman yang mengerikan menjadi penyeri wajah Lissa. Dia tidak sabar mahu terima mayat Alice.

*~*~*~*~*

"Aku rasa Mysarah dah juling."

Ayat Alvin membuatkan kening Zack bertaut. 'Juling?'

Melihat wajah tidak faham yang ditayangkan Zack, Alvin memuncungkan mulut ke satu arah. Mata Zack mengikut arah muncung itu dan...

Zup!

"Perh! Kenapa dengan dia? Jeling bagai nak tembus."

"Entah. Sakit jantung aku," sokong David yang turut melihat Mysarah di hujung kantin.

"Denis tak bagitahu korang ke?" soal Alice yang muncul bersama sedulang air. Empat cawan air diagihkan.

"Mana dia sempat nak bagitahu. Dia kalut nak pack barang." Alice mengangguk. Dia terlupa semalam abangnya dan kembar itu sedang kalut mengemas barang untuk program motivasi bagi pelajar SPM. Dia sendiri hanya sempat berbual dengan Denis apabila hari sudah larut malam.

Alice mendekatkan diri dengan Zack dan David. Tiada siapa boleh tahu hal ini melainkan mereka.

"Mysarah hantar orang dari kumpulan Violet untuk serang Denis. Tetapi hari tu, diorang bertembung dengan Dark Skull."

"Sekarang ni Rheo dah seludup masuk ke dalam kumpulan tu. Denis arahkan dia cari maklumat," terang Alice panjang lebar.

"Kenapa tak hantar kita saja?" soal David ingin tahu.

"Well, I am a queen. So, I need you to protect me," kata Alice penuh bangga. Tiga jejaka itu menjeling sambil membuat muka bosan. Perbuatan mereka berempat mengundang ketawa. Mereka bergelak ketawa bersama.

"Denis bukan tak mahu hantar korang. Dia cuma nak elak musuh perasan salah seorang daripada kita hilang. Tambahan, dia kata yang layak menyamar hanya Alex." Alice tersengih penuh maksud tersirat.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now