03 | Detention Room

13.2K 625 21
                                    

Young Heirs Highschool

Nampaknya hari pertama persekolahan Alice di Young Heirs tidak akan berjalan dengan begitu lancar. Dia terpaksa mencari kasut hitam bertutup lantaran kasut hitamnya telah hilang semasa dia dalam proses berpindah ke rumah keluarga Adrian Marshall Adreson iaitu ayah angkatnya.

"Matilah aku. Pagar dah tutup." Alice terhendap-hendap di sebalik sepohon pokok besar. Pintu pagar yang baru sahaja ditarik oleh pengawas ditatapnya sayu. Dia tersandar pada pokok tua itu. Dia terfikir mahu mencari jalan untuk menyelinap masuk.

'Tapi aku mana tahu selok-belok sekolah ni.' Keluhan berat dilepaskan.

Tiba-tiba sebuah superbike berhenti di sebelahnya.

"Need a ride?" pelawa rider itu sambil menghulurkan helmet kepada Alice. Tetapi huluran itu tidak disambut. Melihat muka Alice yang seperti teragak-agak itu membuatkan dia membuka helmetnya.

"Den?" kata Alice. Jejaka itu hanya tersenyum nipis lalu menyarungkan helmet untuk Alice.

Denis memecut ke pagar sekolah. Terdapat tiga orang pengawas lelaki di situ. Disebabkan cermin helmet Denis itu gelap, pengawas itu tidak mengecam gerangan yang menunggang motor. Mereka mengarahkan Denis dan Alice menulis nama memandangkan mereka telah lewat.

Denis membuka helmet membuatkan tiga orang pengawas itu terundur. Buku yang tercatat nama pelajar bermasalah juga ditarik semula daripada tangan Alice sebelum sempat Alice menulis namanya. Denis kembali memandu motorsikal hingga ke kotak parkir yang telah dikhaskan untuknya.

"Kenapa mereka tarik balik buku tu? Aku tak sempat lagi nak tulis nama," soal Alice sebaik sahaja Denis mematikan enjin superbike itu.

"Entah," jawab Denis acuh tak acuh. Dia terus berlalu meninggalkan Alice termangu di situ.

'Eh, tinggal aku macam tu saja?' Alice memandang sekeliling. Sekarang dia perlu laporkan diri di pejabat sekolah terlebih dahulu.

Alice berjalan ke arah sebuah bangunan yang tertulis 'BANGUNAN PENTADBIR' di atasnya. Dia hanya mengikut langkah kaki kerana dia tidak mengetahui di mana lokasi pejabat di sekolah itu.

*-*-*-*-*

"4 Fantastic... mana 4 Fantastic ni?" Alice bercakap seorang diri. Dia sekarang berada di bangunan 'EXTREME'. Mengikut peta di tangannya, sepatutnya dia perlu ke tingkat 5 tetapi mengapa tingkat itu hanya menempatkan makmal biologi dan fizik sahaja? Salah baca ke?

"Aku dah sesat." Alice menunduk. Dia menekan butang lif untuk pergi ke ground. Nampaknya sehingga jam 0900 dia masih belum menjumpai kelasnya.

Ting!

Lif itu berhenti di tingkat tiga. Siapa pula yang tekan tingkat tiga?

"Den?" Dia ni tak masuk kelas lagi ke? Lantaklah kat dia. Denis hanya masuk ke dalam lif tanpa bicara dan menekan butang untuk ke tingkat satu.

Alice memandang Denis. Terdetik hatinya mahu bertanya kepada jejaka itu.

"Erm... Den, di mana kelas 4 Fantastic?" tanya Alice. Sampai bila dia mahu cari sendiri? Bak kata orang tua-tua dulu, malu bertanya sesat jalan. Haa, macam itulah keadaan dia sekarang.

"Blok ni, tingkat dua," jawab Denis ringkas sambil berjalan keluar dari lif sebaik sahaja lif itu tiba di tingkat satu. Alice tidak sempat mahu ucapkan terima kasih memandangkan pintu lif kembali tertutup.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now