54 | Role

8.1K 414 21
                                    

"Wait... maknanya Violet ni nama asalnya Godzilla?" tanya Danial. Dia sudah mulai keliru. Gelengan Denis menambahkan lagi kekeliruannya.

"Godzilla sudah lama dibubarkan. Sekarang, kakak Mysarah iaitu Myserra tubuhkan kumpulan baru, Violet. Berdasarkan maklumat yang Rheo dapat, Myserra nak balas dendam atas kematian ayahnya."

"Tapi ayah dia kemalangan, kan?" soal Alex. Tidak adil sekiranya Alice menjadi sasaran Myserra. Denis mengangguk lemah.

"Manusia tidak akan puas selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Kau katalah B, dia tetap kata A yang bersalah."

Mereka buntu. Terperangkap di dalam kem ini menyebabkan mereka tidak boleh bertindak lebih jauh. Keyakinan harus diberikan sepenuhnya kepada lima orang rakan mereka.

"Marilah masuk kem. Nanti bising pula 'pak cik' tu." Alex menyimpan semula barang-barangnya.

*~*~*~*~*

Alice menarik nafas dengan payah. Perutnya terasa senak selepas menerima hayunan paip besi daripada Mysarah.

"Kau suka sangat rampas hak aku!"

Buk!

"Denis pun kau ambil!"

Buk!

"Perhatian Red Dragon tertumpu pada kau!"

Buk!

"Ayah aku kau bunuh!!"

BUK!!

"Erghh..." Alice memuntahkan segala isi perutnya. Darah keluar membuak dari mulutnya. Dia pandang Mysarah, meminta sedikit simpati. Tetapi, sepak yang dia terima.

"Kau tak layak dapat simpati daripada aku!" Mysarah mula hilang kawalan. Pistol yang sedari tadi terselit di pinggang diacukan kepada Alice. Picu ditarik.

"Cik Muda!"

Perbuatan Mysarah terhenti. Dia memandang ke arah pintu. Seorang konco Violet berdiri di situ.

"Apa kau nak?!" tempiknya.

"Cik Serra nak jumpa sekarang." Sesekali lelaki itu menjeling ke arah Alice yang berlumuran darah.

Mysarah merengus kasar.

BANG!

Terhinjut bahu lelaki itu, dia mengurut dadanya. Alice turut sama terkejut. Hampir sahaja dia terkena tembakan berbaur amaran itu.

Mysarah menyimpan pistol itu semula. Dia bergerak ke bilik kerja kakaknya.

"Al!" Pintu ditutup. Segera lelaki itu mendapatkan Alice yang terkulai di atas lantai.

"Al, maafkan aku sebab tak boleh tolong kau dari awal." Air mata yang ditahan mengalir membasahi pipi jantannya. Dia tidak sanggup melihat Alice dalam keadaan itu.

Mask dibuka apabila dia mulai rasa rimas dengan tangisan. Air matanya diseka.

"R... Rheo." Alice memandangnya dengan pandangan kuyu. Dia sangat lemah.

"Aku akan minta bantuan. Kau bertahan, okay?" Anggukan lemah Alice membuatkan Rheo tersenyum kecil. Dia tahu semangat gadis itu kuat selagi ada yang bersamanya.

Pantas Rheo menekan butang panggilan. Hands-free dipakai pada telinga.

"Alivn, kod merah."

"Roger!" Talian terus dimatikan.

Pap! Pap! Pap!

Alice dan Rheo memandang ke arah pintu yang tiba-tiba terbuka. Silau cahaya dari luar menyukarkan penglihatan mereka untuk melihat gerangan yang menepuk tangan.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now