35 | Change

9.6K 530 50
                                    

"Bos, nampaknya budak-budak tu sudah tahu rancangan kita. Bilik yang menyimpan sampel darah itu dikawal rapi oleh mereka."

Encik Max menampar permukaan meja. Berang dia apabila anak buahnya tidak berjaya menarik perhatian Red Dragon.

"Korang semua bodoh! Lembab! Aku suruh alihkan perhatian itu pun tak boleh buat."

Lelaki tadi mengetap bibir. Ikut hati dia sudah pukul lelaki tua di depannya. Namun, memikirkan nasib anak dan isterinya kelak, dia terpaksa memendam rasa.

"Maaf tuan!"

"Berambus sekarang! Aku tak kira apa cara sekalipun, korang kena tukar sampel darah tu."

*~*~*~*~*

"Rheo dah sampai."

Semua memerhati kereta sport yang baru sahaja memakirkan kereta. Dua orang remaja keluar dari perut kereta itu.

"Abang!" Alice berlari anak mendapatkan Alvin. Dipeluk erat badan jejaka itu.

"Al... you always make me jealous. Don't you pitty on me?" kata David sambil membuat muka minta simpati.

Zack disebelah menjeling. Baru sedar pengsan tapi cepat sahaja perangai miang keladi muncul. Aku tolak kang jatuh bergolek.

"Why should I?" soal Alice sambil buat muka tidak bersalah.

"Because you are the only flower. Kesian dekat kumbang yang lain." David tersengih. Mode mengayat on!

"I don't want to be a bug." sampuk Denis.

"Then what you want to be?"

"Hmm..." Denis memandang dalam anak mata Alice. Nak jadi apa ek?

"I want to be a human. So I can take care and protect her. Letakkan dia di kawasan selamat, bajakan, siram everyday and anything yang melindunginya. Termasuklah hampuskan kumbang-kumbang yang cuba mendekatinya." Denis menjongketkan kening ke arah David.

David terduduk. Yang lain pula ternganga. Alice? Terkebil-kebil memandang Denis.

'Mak aihh!! Skill mengayat level berapa dia guna?' terkedu David dengan ayat yang dilontarkan Denis.

"Dah, dah. Stop mengayat. Dav, kau kalah. Balik belanja aku." Denis berjalan meninggalkan mereka.

David mencebik. Sejak bila mereka bertaruh ni?

"Kenapa kena berkawal di sini?" soal Alice. Dia menguap. Entah kali keberapa dia tidak pasti. Bosan benar jadi penjaga tanpa gaji ni.

"Menurut info yang aku dapat daripada konco Dark Skull, mereka mahu tukar sampel darah kau. Which means, diorang tak mahu kau tahu identiti kau yang sebenar." jawab Denis. Sekarang mereka berdua berada di kantin hospital.

Milo panas itu diteguk sedikit bagi menghilangkan mengantuk. Kopi? Sorry, tak layan.

"Kenapa?" Alice masih tidak puas hati. Mengapa mesti libatkan dirinya? Apa yang diorang dapat jika dia tidak tahu identitinya.

"Kau tahu tak yang syarikat ayah masih bekerjasama dengan Sayap Emas Holding?"

Alice mengangguk. Tidak silapnya itu syarikat Encik Max, ketua kumpulan DS.

"Encik Max ada pengaruh yang besar. Kalau ayah dapat tahu kau adalah Alicia, pasti ayah akan ambil tindakan terhadap dia dalam keadaan terburu-buru. Kau fahamlah, parents mana yang tak sayang anak kan? If ayah silap langkah, boleh musnah syarikat ayah nanti."

Gadis Red DragonUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum