29 | Die

9.6K 537 23
                                    

Tuk! Tuk!

"Masuk."

Seorang lelaki bertuxedo kuning cair berjalan mendekati sebuah meja yang terletak dalam bilik tersebut. Di situ, seorang lelaki separuh abad sedang menunggu kedatangannya. Senyuman sinis terukir melihat fail coklat yang berada dalam pegangan lelaki tersebut.

"Ini segala maklumat tentang keluarga Adrian Marshall Adreson. Anaknya yag pernah bos culik ialah Alicia atau sekarang bernama Alice. Dia hanya hilang ingatan dan bertemu semula dengan keluarganya. Namun, Adrian masih tidak sedar bahawa itu adalah anak kandungnya."

Lelaki tua itu mengangguk. Dia sudah tahu perkara itu. Tetapi ianya sangat menarik. Pertemuan yang tidak dijangkakan. Liat betul nak mati. Dalam diam dia tersenyum sinis.

"Awak boleh keluar."

Sebaik sahaja lelaki bertuxedo itu keluar, ketawa yang ditahan terletus akhirnya. Hatinya bahagia! Dia bakal tumpaskan syarikat Marshall Adreson Enterprise dengan mudah. Hanya dengan menggunakan budak-budak itu sebagai tebusan.

'Aku akan buat kau rasa kehilangan buat kali kedua.'

Tuktuktuk!!!!!

Tiba-tiba kedengaran riuh di luar biliknya. Pintu juga diketuk bagai mahu roboh.

"Masuk!" menyirap darahnya melihat tetamu yang tidak diundang itu. Sudahlah ketuk bagai mahu pecahkan pintu, bila masuk buat muka selamba sahaja. Mati-mati dia fikir mereka diserang.

"Maaf bos. Kami dah halang tapi--" Lelaki tua itu mengangkat tangan. Diarahkan orang suruhannya itu meninggalkan mereka berduaan.

"Lissa nak apa datang sini?" Ya, Lissa ketua kumpulan Hot Gurlz. Lelaki tua itu? Dia adalah daddy Lissa, Max Mellison. Ketua kumpulan Dark Skull.

"Hmm... Lissa nak ucap terima kasih sebab daddy tunaikan janji daddy." kata Lissa dengan mata yang dikelip-kelipkan. Dia tahu daddynya marah kerana datang tanpa beritahu. Apa dia boleh buat? iPhone X miliknya dicampak keluar dari tingkap bilik pada pagi tadi kerana terlalu marahkan Micheal, teman lelakinya.

"Janji? Yang mana?"

"Alah, daddy..." kaki dihentak-hentak tanda geram dengan gurauan daddynya.

"Hahaha... Benda simple jer. Bukan susah pun. Ini pun untuk kebahagian anak daddy." dia tersenyum melihat puteri tunggalnya. Cinta mana boleh ada orang ketiga. Orang ketiga wajib dihapuskan! Dan Lissa telah berjaya menyebabkan orang ketiga itu nazak malam tadi.

Bersorak riang hatinya. Nampaknya, Denis bakal jadi miliknya. Hanya dia!

Tak sia-sia dia kotorkan tangan dengan membunuh manusia. Hasilnya dia dapat memiliki Denis. Dengan adanya daddy, Denis pasti akan melutut kepadanya.

*~*~*~*~*~*~*

"Ughh..." cahaya yang merobos masuk menyilaukan mata Denis. Dia cuba menghalang dengan menggunakan tangan.

"Ehh?" tangannya tidak dapat digerakkan. Begitu juga kakinya. Nampaknya mereka telah mengikatnya sewaktu pengsan.

Satu keluhan dilepaskan. Dia menyesal bertindak terburu-buru. Akhirnya dia ditewaskan dengan begitu mudah.

"Huh... huh..." bunyi seseorang menghela nafas dengan lelah menarik perhatiannya. Baru dia teringat seseorang.

"Alice ke tu?"

"Hmm..."

Matanya meliar mencari Alice. Pandangannya terhenti apabila ternampak sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas lantai berlumut. Dengan susah Denis mengensot mendekati Alice. Sakit yang terus-terusan mencucuk diabaikan begitu sahaja.

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now