Tersentak Mike mendengar arahan itu. Mereka berlaga pandangan. Pelajar lain mula berbisik-bisik.

Alice memandang Zack dan Mike silih ganti. Dah kenapa dua orang ni?

"Mike, awak boleh duduk sekarang." pembelajaran bermula seperti biasa walaupun keadaan agak dingin selepas Zack bersuara.

*~*~*~*~*~*

Alice, Alvin, Zack dan David beriringan melangkah keluar dari kelas. Perut yang sudah berkeroncong meminta untuk diisi.

"Alice!" langkah mereka terhenti.

"Kau nak apa?" tanya David dengan bosan. Tak habis-habis Alice. Orang lain tak ada ke?

Mike tersenyum sinis sebelum menghadiahkan senyuman manis tahap lori gula terbalik kepada Alice.

"Al, aku nak rehat dengan kau."

"Cannot. Dah, jom cepat." namun tangan Alvin ditarik Alice.

"Alah, dia kan masih baru. Mana ada kawan. Hari ini jer, please!" rayu Alice. Alvin mengeluh. Zack dan David sudah malas ambil tahu. Mereka terus berlalu ke kantin. Dengan terpaksa Alvin mengangguk.

'You have challenged Denis, Al.'

*~*~*~*~*~*

Denis merenung tajam melihat orang asing bersama Alvin dan Alice. Muka Alvin masam sahaja menunjukkan yang dia sememangnya tidak rela. Manakala Alice dan lelaki itu gembira bergelak ketawa.

"Guys, ni kawan aku. Korang pernah jumpa. His name is Mike." Alice memperkenalkan Mike yang duduk di sebelahnya.

"Dia bisu ke? Tak reti perkenalkan diri sendiri?" walaupun itu baru kali kedua Danial bertemu Mike, dia dapat rasakan agenda jahat yang ada pada lelaki itu.

Baru sahaja Alice ingin memuntahkan amarah, Mike mengarahkannya supaya diam sahaja.

"Acah gentle, heh." Alex ketawa sinis. Dia membuang pandang ke arah lain apabila matanya terasa jijik mahu melihat orang asing itu

Waktu rehat berbaki lagi 20 minit. Meja Red Dragon tidak seperti selalu. Semuanya dingin menghadap makanan.

"Den, kau rasa apa tindakan seterus diorang?" soal Alvin memecahkan kesunyian. Dia tidak menyebut nama kumpulan DS kerana tempat itu terlalu ramai orang dan terdapat orang asing bersama mereka.

"Tindakan seterusnya?"

Alvin dan Alice mengangguk serentak. Sejak mereka disahkan kembar, semua benda yang dilakukan hampir serentak dan juga sama.

"Kau fikir aku diorang ke yang kau tanya aku macam tu?"

Terkebil-kebil mereka mendengar jawapan itu. Tak ada ayat yang lembut ke? Kasar nauu.

"By the way, kalau korang rasa nak celebrate... buatlah sendiri. Aku malas nak join." Denis meninggalkan mereka dengan rasa marah yang meluap-luap. Mereka tahu apa punca Denis begitu.

"Lelaki boleh datang bulan ke?" terus rambut Alice ditarik Alex.

"Adoi! Apa abang ni? Rambut tak mainlah." rungut Alice. Dia memperbetulkan ikatan rambutnya yang telah longgar. Terkumat-kamit mulutnya memarahi Alex dalam diam.

Alice bangun dari kerusi.

"Nak ke mana?"

"Pujuk abang hotstuff." Alice tersengih menjawab soalan Zack. Dia punca Denis melayan mereka kasar. Salahnya membawa Mike ke meja itu.

*~*~*~*~*

"

Denis?"

Alice menjejakkan kaki ke rooftop itu. Dia nampak Denis berada di situ sebentar tadi. Ke mana hilangnya jejaka itu?

Tiba-tiba tangan Alice ditarik kasar. Bandannya tersandar kuat pada dinding.

"Denis?" berkerut dahinya dengan tindakan luar jangkaan jejaka itu. Sakit belakang badannya tidak dihiraukan.

Denis melekapkan sepasang tangannya pada dinding. Alice terkunci di situ. Jarak antara mereka hanyalah setengah depa. Cukup membuatkan Alice susah untuk menelan air liur. Risau Denis melakukan sesuatu yang tidak senonoh.

"Kenapa kau suka cabar aku?" soalnya.

Alice mengetap bibir. Dia tidak berani melawan panahan mata Denis.

"Jawablah!" naik seoktaf suaranya.

'Tadi bukan main mesra dengan jantan tu.'

"Suka sangatlah mesra dengan lelaki tu, hah?!"

Dapat Alice lihat rahang Denis yang bergerak. Kenapa Densi terlalu marah?

"A... aku. Aku minta maaf." perlahan sahaja suara Alice menuturkan ayat itu. Dia memang tidak kuat apabila dijerkah. Air matanya senang mengalir hanya disebabkan jerkahan.

Denis menghela nafas dan memejamkan mata. Dia cuba tenangkan diri dari terus memarahi Alice. Dengan lembut dia menarik Alice ke dalam dakapannya. Tinggi Alice yang hanya paras bahunya memudahkan Densi mengusap kepala gadis itu.

Alice menghamburkan tangisnya di dada bidang Denis. Setiap kali dijerkah, persitiwa lalu kembali muncul di depan matanya. Setiap sakit yang dialaminya ketika dibuli membuatkan dia tersedu-sedan.

Seketika, tangisnya kembali reda. Perlahan dia menolak Denis dari terus memeluknya.

"Sorry marah kau." ucap Denis. Dia tidak memandang ke arah Alice. Dia tidak mahu melihat muka Alice yang semestinya sembab akibat menangis. Alice menangis kerana dia! Dia tengking Alice!

Alice mengangguk. Dia tidak berkata apa-apa kerana dia tahu, siranya pasti serak. Niat adalnya mahu memberitahu sesuatu kepada Denis juga terbatal. Tangan Denis di tarik agar mengikutnya turun ke bawah.

Mereka meninggalkan rooftop itu setelah hampir 15 minit berada di situ.

Dalam diam, ada yang tersenyum sinis memandang adegan itu.

"Korang cepat goyah." katanya.





TBC

Thanks readers!

Hye!! Fazz ada jual sneakers. Ada yang berminat? Boleh usya WATTY SHOP. Ada barang lain lagi, but not update yet.

Love yaa <3

Gadis Red DragonDonde viven las historias. Descúbrelo ahora