"Al..." tangan dan kaki Alice tidak terikat. Kenapa dia tidak melakukan apa-apa tindakan?

"Al?" Alice tidak menyahut. Bunyi nafasnya ditarik dengan susah yang kedengaran.

"Al kau, eh?" terkedu Denis apabila ternampak sesuatu yang disangkakannya lumut rupanya adalah darah. Terlalu banyak!

"Al! Al apa jadi? Siapa buat kau macam ni?" Alice tersenyum nipis walaupun terlalu susah untuk menggerakkan otot mukanya yang sedang menahan sakit. Matanya kuyu sahaja. Tidak memandang Denis yang sedang cemas. Dia tidak mahu melihat orang yang dia sayang risau akan dirinya. Dirinya rasa serba salah.

Memang patutlah mereka tidak ikat Alice. Alice langsung tidak bermaya. Malah bercakap pun tidak.

'Red Dragon, tolonglah cepat. Aku tahu korang boleh tolong kami.' kata Denis dalam hati.

"Maafkan aku, Al. Aku tak mampu lindung kau." pandangan sayu tertumpu kepada Alice. Semua ini salahnya!

[ Flashback ]

"Kau... kau cabar aku? Kau nak... main dengan darah? Let's see how you handle me!"

Dia menendang lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki itu terjatuh. Dengan perasaan marah yang membara dia bertindak berlari sambil mengacu pisau ke arah Denis. Malang sekali, Denis berlindung di sebalik lelaki yang memegangnya. Akibatnya, pisau itu tertusuk ke mulut lelaki itu.

Denis menendang kasar lelaki yang telah kaku tidak bergerak itu. Pisau yang tercacak dalam mulut itu diambil.

Seorang demi seorang datang menyerang namun berjaya ditumpaskan oleh Denis.

"Pergi mampuslah kau!" lutut bertemu muka. Lebam teruk muka lelaki itu dipukul Denis. Lagi seorang tinggal iaitu lelaki yang sedang memegang Alice.

Liar matanya mencari kelibat mereka dalam kegelapan malam itu. Tiba-tiba...

Suk!

"Erhh..." tangan memegang belakang tengkuk. Ada sesuatu yang melekat pada tengkuknya.

"Action lebih!" Denis mencari suara itu.

Buk!

"Argh!" Denis mengerang kesakitan apabila kakinya ditendang menyebabkan dirinya tersungkur. Mukanya terlalu sakit kerana mencium jalan tar itu.

"Tak sia-sia aku belajar guna sumpit ni."

"Denis!!" Alice meluru ke arah Denis. Anak sumpit yang tercucuk pada leher Denis dicabut. Anak sumpit itu telah diubahsuai dengan meletakkan ubat pelali jenis cecair ke dalamnya.

"Denis, bangun!" rayu Alice.

"Denis, Bangunlah! Jangan biar aku hadap semua ni seorang diri."

"Sini kau!" tangan Alice direntap kasar. Badannya terdorong mengikut langkah lelaki itu masuk ke dalam sebuah kereta yang baru sahaja tiba. Beberapa lelaki yang masih hidup mengangkat Denis yang tidak sedarkan diri. Terus dicampakkan jejaka itu ke dalam bonet.

Sepanjang perjalanan, Alice hanya menangis. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.

*~*~*~*~*~*~*

"Arhh!!!" jerit Alice apabila dia ditolak kasar masuk ke dalam ruang yang kelihatan seperti sebuah stor. Denis yang tidak sedarkan diri dicampak jauh daripadanya.

"Jangan pergi, kalau kau tak nak mati." pistol diacu tepat pada dahi Alice apabila dia mahu meluru ke arah Denis. Sebak dadanya melihat Denis diikat dengan ketat. Sepanjang perjalanan, Denis tidak sedarkan diri. Terlalu kuatkah dos yang diberikan?

'Denis, bangun.' air matanya sudah kering. Dia penat menangis. Tetapi tiada apa yang dia boleh lakukan. Hanya pandangan sayu yang menghiasi wajah.

Bang!

"Arghhhhh!!!" Alice memegang bahagian abdomennya. Darah membuak-buak keluar. Dengan pandangan yang mula kabur, dia mencari wajah orang yang menembaknya.

"Lis... sa?" bayangan Lissa yang tersenyum sinis menayapa pandangannya.

Alice memejamkan mata. Kepalanya pening. Mungkin kerana banyak darah yang hilang. Sakit itu cuba dia tahan. Aku harus kuat! Aku Alice, bukan Elly! Aku tak akan mengalah.

Bunyi pintu ditutup menandakan tiada sesiapa yang bersama Alice dan Denis.

Alice menukar posisi. Daripada keadaan berdiri lalu dia berbaring. Dia sudah tidak bermaya. Bahagian yang terkena tembakan Alice tekan. Dia cuba mahu mengurangkan kadar kehilangan darah.

[ End Flashback ]

'Aku harap kita selamat...' desis hati Alice. Mahu sahaja dia membalas setiap kata-kata Denis, tapi dia tak mampu mengeluarkan suara. Jika ada suara pasti daripada tadi dia akan meraung minta dilepaskan.

"D-- Den..." panggil Alice dengan sukar. Denis yang tersedar namanya dipanggil terus berpaling memandang Alice. Terkejut dia memandang Alice yang sukar menarik nafas. Bibir gadis itu telah pucat seperti mayat.

"Alice! Tolonglah bertahan. Aku yakin RD akan datang selamatkan kita." hati Denis tersentuh melihat senyuman paksa milik Alice.

'Kenapa kau cuba tunjuk kuat? Untuk apa?'

Gugur air mata jantanya yang cuba dia tahan sejak sedar dari pengsan. Dia tak sanggup kehilangan Alice. Rasa diri amat tidak berguna.

"Al... please, bertahan. Aku sayang kau. Aku, cin--"

BANG!


TBC

Haih... makin lama makin lambat saya update. Ni semua sebab baca komik and tak sempat buat draft banyak-banyak. Sorry ek?

But for my readers, saya paksakan juga otak saya untuk update setiap hati tanpa miss.

By the way, thanks kepada NazHaniz0101 sebab sudi kongsi cadangan ;-)

Thanks kepada yang setia dengan Fazz.

Love yaa <3

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now