24 | Dream or Reality

Start from the beginning
                                    

Denis hanya diam. Soalan itu bukan untuk dia memandangkan  dia sendiri tidak pernah mengenali Alicia. Hanya nama dan cerita tentangnya sahaja yang dia tahu. Itupun melalui Alex dan Alvin. Dia tahu apa yang telah berlaku kepada Alicia. Namun tentang keberadaannya, dia sendiri tertanya-tanya.

'Tapi kenapa Alice tiba-tiba sahaja tanya tentang Alicia?' Soalan itu bermain-main dalam minda Denis. Pelik! Baru sedar dari proses 'mengingat semula' tetapi bercakap tentang orang lain. Apa kaitan?

"Kenapa adik nak tahu?" Soal Alex. Suaranya perlahan sahaja. Setiap kali teringatkan Alicia, dia akan menyesal sendiri. Ketika kejadian Alicia diculik, dia tiada di situ. Dia tidak dapat meyelamatkan Alicia. Dia gagal sebagai seorang abang!

Alice diam. Dia mahu menceritakan memorinya semasa dia 'tidur'. Namun, dia sedikit teragak-agak.

Betul ke semua tu? Atau ianya sekadar mimpi?

"Let say Alicia masih hidup. Apa abang rasa?" Tanya Alice. Entah mengapa dia takut mahu ceritakan memori itu. Dia takut ianya harapan palsu.

"Nonsence! Polis dah kata, dia kena culik dan organ dia diperdagangkan. Tak mungkin dia hidup lagi!" Bidas Alvin. Dia sakit hati bila Alice membuka cerita itu. Walaupun hatinya yakin Alicia masih hidup, namun setelah difikirkan logik, sudah bertahun-tahun dia mencari Alicia tetapi dia menemui kegagalan. Adakah mungkin kembarnya itu masih hidup?

"Tapi polis tak ada buktikan?"

PANG!

"Kau jangan berani sebut fasal dia! Kau tak ada kena mengena pun."

Tergamam. Alice hanya memandang bayang Alvin keluar daripada bilik. Pipi yang terasa pedih dipegang. Perasaan sedih mula mencengkam hati kecilnya. Dadanya mula terasa sebak. Dia terkejut apabila Alvin menjerkah. Tidak pernah terlintas difikirannya Alvin akan berbuat sebegitu.

Alex mengeluh perlahan. Dia keluar ingin mencari Alvin. Hatinya juga terasa dengan kata-kata Alice. Seolah-olah Alice memberi harapan palsu kepada mereka. Mana mungkin orang yang telah 'pergi' akan kembali.

Alice menarik lututnya rapat ke dada. Mukanya dibenam pada lutut. Air mata mula mengalir. Dia berharap sangat dua beradik itu memaafkan ketelanjurannya.

Tiba-tiba tangan kanannya yang berada di sisi digenggam seseorang. Baru dia tersedar, Denis masih tidak berganjak dari situ. Jejaka itu hanya memerhati pertelingkahan yang dicetuskan oleh Alice.

"Den, ak... aku cuma..." rasa sebak di dada menyukarkan dia untuk menuturkan kata-kata.

Denis bangun dan duduk di birai katil pesakit. Betul-betul di sisi Alice. Tangan kanannya masih menggenggam tangan kanan milik Alice. Manakala tangan kirinya menggosok perlahan belakang kepala gadis itu. Dia tahu Alice ada sebab tersendiri.

"Sudah. Nanti aku pujuk diorang."

"Tapi Den, aku dah bagi diorang harapan palsu." Alice mula merengek seperti budak kecil. Budak kecil yang dimarahi abang-abangnya. Air mata yang mengalir diseka menggunakan tangan kiri.

"Don't worry okay? Ini Denlah. Even aku tak reti pujuk, aku tahu mengugut." Ya, dia akan ugut dua beradik tu. Bukan susah. Siapa saja yang berani ingkar arahan dia?

Alice tersenyum kecil. Dia sedikit tenang berbanding tadi. Mungkin sebab Denis. Nasib dia baik kerana Denis tidak pulang seperti yang lain, jika tidak pasti dia akan meroyan sendiri apabila ditinggalkan Alex dan Alvin.

Denis mengubah topik. Dia mahu Alice melupakan tentang dua beradik itu. Sedang rancak berbual, mulutnya gatal ingin bertanya.

"Can I ask you something?"

"Tanyalah." Kata Alice sambil tersenyum. Peristiwa tadi dilupakan begitu saja.

Denis rasa serba salah pula. Dia risau Alice kembali sedih. Namun, keinginannya untuk mengetahui apa yang telah terjadi membuatkan dia tidak boleh berdiam diri.

"Doktor kata, kau pengsan sebab proses mengingat semula. Can you tell me what you know?"

Terus mati senyuman Alice. Denis sudah menggaru kepala yang tidak gatal.

'Kan dah kata. Dia akan sedih semula. Masak aku kalau macam ni. Jenuh mahu pujuk.'

Namun dia hairan apabila Alice tiba-tiba sahaja kembali tersenyum. Seolah-olah soalan itu tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.

"Sebenarnya..."

Terangguk-angguk Denis mendengar memori yang telah 'hilang' selama ini. Dia tergamam mendengar pengakiran cerita itu.

"Kau... Alicia?" Dia seperti tidak percaya. Mungkin inilah yang dikatakan takdir. Ya, setelah berpisah dan mengharungi pelbagai dugaan ini yang dia dapat. Alice menjumpai semula keluarganya. Identiti yang mereka cari selama ini sudah ditemui.

"Entahlah. Aku tak berani cerita memori ni kepada sesiapa. Aku takut ianya hanya mimpi." Alice menunduk. Disebabkan memori itulah dia ditampar Alvin. Pedih di pipi sudah lama hilang. Namun, hatinya yang terhiris masih belum sembuh. Hatinya cukup terkesan dengan amarah Alvin.

"Jadi disebabkan memori itulah kau tanya tentang Alicia tadi?"

Soalan Denis dibalas dengan anggukan sahaja. Jika bersuara, pasti akan ada getarnya. Dia sebak. Entah mengapa setelah mengetahui memori itu membuatkan dia menjadi seorang yang cengeng. Cepat sahaja dia mahu mengalirkan air mata.

"Kau betul-betul nak tahu memori tu betul atau tidak?"

Alice memandang Denis. Soalan jenis apakah itu? Mestilah dia mahu tahu. Terus dianggukkan kepala.

Denis menghadiakan senyuman penuh makna.

'I'll help you, girl.'

TBC

Jangan lupa vote ;-)
Thanks yaa <3

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now