Ya. Sekali lagi aku disedut.

"I-- Ini... Ini rumah..."

"Abang cuba tengok dekat loket tu. Mana tahu ada nama dia."

Wanita tua itu menyuruh suaminya yakni lelaki di jalan gelap tadi melihat loket yang tergantung di leher Alicia.

Pandangan aku teralih kepada suara itu. Suara yang sering mendodoikan aku sewaktu kecil. Ya Tuhan, adakah aku...

"Al? Nama kamu, Al?" Soal lelaki itu.

"Erm..." Alicia mengetap bibir. Dia sendiri tidak tahu apa namanya. Maksud 'AL' pada loket itu juga dia tidak tahu.

"Rasanya dia kemalangan. Tengoklah, penuh darah dan kotoran di badan dia. Mungkin dia hilang ingatan." Teka lelaki itu. Isterinya memandang sayu ke arah Alicia. Terbit rasa simpati ke atas anak kecil itu. Kecil-kecil lagi sudah kehilangan tempat bergantung.

"Kita ambil dia sebagai anak angkat yer bang?"

Melihat mata isterinya yang penuh sinar harapan, dia mengangguk. Pasti isterinya mengidamkan seorang anak dan mungkin ini rezeki Tuhan kepada mereka. Sejak isterinya disahkan tidak dapat memberikan mereka zuriat, pelbagai ikhtiar yang telah mereka lakukan. Banyak duit yang terbuang begitu sahaja. Namun, tiada satu yang berhasil.

Sinar kegembiraan mula menyinari muka wanita tua itu. Senyumnya sudah melebar. Setelah sekian lama dia mendambakan ingin mempunyai anak. Ingin digelar ibu. Akhirnya, Tuhan memberikan mereka seorang puteri. Terus dia menggenggam tangan Alicia. Dikucup lembut pipi gebu milik si kecil itu.

"Anak, mulai sekarang kamu panggil saya ibu. Ya? Ini pula abah."

Alicia tersenyum. Gembira dapat melihat orang tua yang menggelarkan dirinya ibu itu tersenyum.

"Al..."

Alicia mengangkat muka memandang lelaki yang digelar abah.

"Mungkin nama kamu..." janggutnya yang sejemput diurut perlahan. Cuba memikirkan nama sebenar anak kecil di hadapannya.

"Alice?"

"Alice? Sedap nama tu." Puji ibu. Ibu menghadap Alicia semula.

"Mulai sekarang, nama kamu Alice. Kalau nak nama manja, ibu panggil Elly, okay?"

"Okay." Balas Alicia tanpa ragu.

"Alice Theo Roses, kamu anak ibu dan abah mulai sekarang." Keluarga kecil itu saling berpelukan. Terasa hangat kasih sayang di antara mereka. Walaupun bukan darah daging, kemunculan Alicia amat mereka syukuri.

Kaki aku menggeletar hebat. Terasa lemah segala sendi yang ada. Perlahan-lahan aku rebah ke tanah. Tersujud ke bumi yang menyimpan banyak rahsia.

"Ak-- aku... Aku Al-- Alicia? Akulah Alicia?" Air mata mula mengalir perlahan. Aku tutup mulut bagi menahan sendu. Perasaan aku nercampur baur. Gembira, sedih, buntu. Semua diadun menjadi satu.

Tiba-tiba dada aku terasa berombak kencang. Nafas sukar untuk ditarik. Suara untuk meminta tolong tersekat dikerongong. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Segala-galanya bertukar gelap. Bukan gelap malam. Tetapi gelap yang infiniti. Aku rebah sepenuhnya.

*~*~*~*~*~*

"Alvin! Cepat tekan butang tu. Nafas Alice tak stabil."

Membulat mata Alvin yang kuyu sebentar tadi. Hilang segala mengantuk yang bertandang padanya. Terus butang di hujung katil itu ditekan.

Seorang doktor dan beberapa orang jururawat bergegas masuk ke ruang itu. Denis dan Alvin diminta keluar.

"Aku tolong call mama." Kata Denis. Alvin pula duduk di kerusi di luar bilik yang menempatkan Alice. Dia sudah tidak berdaya untuk bangun. Jantungnya rasa lemah melihat keadaan Alice. Sudah seminggu adiknya itu tidak sedarkan diri. Kini, tiba-tiba sahaja keadaan menjadi kelam-kabut

[ Flashback ]

Sebaik sahaja Alice pengsan, Denis terus memecut membawa Alice ke hospital sementara yang lain pula mengemas barang-barang mereka. Setelah selesai mengemas, barulah mereka menyusul dari belakang.

"Doktor, macam mana dengan adik saya?" Hati mereka sedikit lega melihat senyuman daripada doktor itu.

"Bertenang. Adik awak cuma dalam proses mengingat semula."

Enam jejaka itu saling berpandangan. Mengingat semula?

"Maksud doktor?" Soal King. Sejak bila Alice hilang ingatan?

"Sebenarnya kami menjumpai sejenis cecair yang boleh mulupuskan ingatan sesiapa sahaja. Mungkin Cik Alice telah makan, minum atau menyuntik dirinya dengan ubat itu. Kalau bukan dirinya, mungkin orang lain." Terang doktor itu. Sangkanya mereka tahu Alice pernah hilang ingatan rupanya meleset! Mungkin ada yang cuba menganiaya keluarga itu.

Sepanjang hari menemani Alice, pelbagai kata-kata yang dikeluarkan gadis itu. Mungkin dia sedang meracau. Namun adakala racaunya menghiburkan mereka.

Antaranya...

"Memang tempat ni menjadi topik hangat ke? Cubalah muncul dekat KFC pula ke. Bosanlah!"

"Aik? Dalam tak sedar pun ada hati nak makan KFC?" Soal Zack sambil memandang ke arah Alice yang sedang berbaring di atas katil.

"Kau tak bangun macam mana nak makan KFC? Kalau bangun pun kau makan bubur hospital haa. Merapu tak sudah." Kata Danial kemudian ketawa berdekah-dekah.

Adakala juga racau Alice memberi seribu satu tanda tanya ke dalam diri mereka.

"Kenapa ayah curi data mereka?"

David dan Alex berpandangan.

"Ayah curi data siapa?" Sengaja Alex cuba bertanya kepada Alice. Namun gadis itu hanya senyap.

Ada juga racau Alice yang membuatkan Alvin malu sendiri.

"Muka dia sama macam Alicia, mungkin ini Alvin. Comellah! Tak berubah langsung kecomelan dia."

"HAHAHAAHHA. Al-- Alvin comel? HAHAHAHA." Tersemput-semput Denis ketawakan Alvin macam orang gila. Alvin pula rasa macam mahu menyekeh kepala Alice yang sedang elok mengomel dengan mata terpejam. Merah padam mukanya menahan malu dibahankan Denis. Mesti selepas ini akan diketawakan oleh geng mereka yang lain pula. Apalah nasib~

'Tapi apa kena mengena proses mengingat semula Alice dengan Alicia?' Desis hati Alvin.

[  End Flashback ]

"Keluarga Cik Alice?" Soal seorang doktor membuatkan lamunan Alvin terbang begitu sahaja.

"Y-- Ya. Saya abang dia." Balas Alex. Setelah diberitahu mama tentang keadaan Alice, dia terus memecut ke hospital walaupun ketika itu dia sedang menjaga keamanan negara a.k.a PUBG. Nyawa adiknya lebih penting daripada negara maya itu.

"Macam mana dengan dia?" Soal Alvin. Kerisauan yang dia rasa sudah tidak dapat dibendung.

"Cik Alice...."

TBC

Gadis Red DragonWhere stories live. Discover now