Semakin Hampir.

352 36 0
                                    

Tinggal lagi sebulan untuk misi dilaksanakan. Egeni semakin keliru. Kadang-kadang hatinya rela dengan pemergian Iput,kadang-kadang hatinya sedih. Sedih hingga sakit dadanya. Dia menjadi pendiam,muram dan suka menyendiri. Setiap kali dia rindukan Iput,dia akan memainkan memorinya pada cermin.

"Hmmh.." entah kali ke berapa dia mengeluh dalam tempoh dua bulan ini.

"Baik aku tenangkan diri di Agolas."

Beberapa botol berisi air minuman di masukkan ke dalam bagnya. Dua helai baju dan beberapa barang penting di masukkan sekali. Bukannya tidak boleh menggunakan magis untuk memunculkan semua barang itu,tapi dia lebih selesa begitu. Barulah terasa seperti pengembara!.

"Portal le Agolas!" Egeni melompat ke dalam portal biru ciptaannya. Tubuhnya menghilang sekelip mata.

⚘⚘⚘

Heleyna memuncungkan bibirnya bila dia tidak dapat menghubungi Egeni melalui deria anginnya.

"Pergi mana pula si rambut kuning ni?!" Dia bercekak pinggang dengan wajah tang muncung.

"Kenapa?" Nious menyoal sebaik sahaja melihat wajah masam Heleyna.

"Egeni tak dapat di hubungi. Pergi manalah dia ni?" Heleyna masih dalam angin suamnya.

"Mungkin sedang mandi. Ada apa yang saya boleh bantu? Kalau tak ada saya mahu pulang dahulu." Kata Nious. Kain pengelap juga sudah di sidainya. Semuanya sudah tersusun kemas.

"Tak nak temankan saya pulang?" Heleyna memandang dengan pandangan yang sukar di mengertikan.

Gulp!. Terbeliak seketika Nious mendengarnya. Dadanya berentak laju.

"Chaiya...." sengaja Heleyna melunakkan suaranya.

"Hah?! Cha-chaiya?" Tergagap Nious tiba-tiba. Chaiya bererti kekasihku bagi kaum angin. Apa telinganya salah dengar.

"Haaahhhh....."

DUP!!

"Nious!!! Hey!Nious!" Heleyna tak sangka usikannya akan membuatkan Nious rebah dengan senyuman dan mata pejam. Sekarang ini dia pula yang susah kerana terpaksa memapah Nious hingga keluar kelas. Di dalam kelas di larang menggunakan magis. Terpaksalah dia berusaha keras.

"Beratnya kau...!"

⚘⚘⚘

"Huf,huf,huf,huf!"

QROOOAAAAAKKKK!!
QOAKK!
QOAKK!

"Aahhh!! Ini gila!"

QOAK!QOAK!QOAK!QOAK!

Tiga ekor makhluk Lunti jantan saling bersahutan antara satu sama lain. Mangsanya sudah di jumpai.

"Pugu! Awas!" Zachary menjerit dari belakang.

Puguzhanti menghentak tapak tangannya ke tanah lalu memunculkan pelindung dari akar-akar pokok.

Zup! Zup! Zup!

Dua ekor makhluk Lunti mencakar kuat pelindung milik Puguzhanti.

"Arghhh!! Zac!! Aku dah tak larat....!!" Jerit Puguzhanti sambil menahan tapak tangannya yang semakin terangkat sedikit demi sedikit dari tanah.

"Hey!! Di sinilah! Cervena !" Zachary menyeru pedang bercabang duanya. Sepantas kilat pedang itu di hayunkan ke arah dua ekor Lunti yang sedang menyeringai garang. Cervena menerbitkan warna merah hati lalu membelah tubuh makhluk Lunti dengan kejamnya.

"Kenapa lambat? Kau tahu aku hampir mati?!" Marah Puguzhanti.

"Hampir sahaja. Belum mati lagi." Balas Zachary dengan selamba.

"Kalau aku mati,Pogo juga mati." Perlahan namun dapat menghentikan langkah Zachary.

"Yelah..yelah...aku minta maaf. Mari balik sebelum yang lain dapat hidu bau darah." Sungguh Zachary kalah jika melibatkan Pogozhanti. Seseorang yang di sukainya dalam diam.

Baru sahaja ingin melangkah pergi mereka berdua di kejutkan dengan kehadiran Makhluk Lunti betina.

"Haihh...pasangannya sudah datang mencari.." Zachary mengeluh lemah. Cervenanya tidak jadi di simpan semula.

"Heumora!" Pedang milik Puguzhanti muncul tersangkut kemas di belakangnya.

"Mari! Cepat habis,cepat pulang. Aku mahu mandiiiiii!!!" Jerit Puguzhanti sambil menujah pedang.

"Sungguh tak bergaya!" Kata Zachary.


Gadis pua kumbuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang