Kelip-kelip siang.

476 46 2
                                    

"Heleyna nama yang di berikan oleh neneknya merupakan seorang gadis dari kaum angin. Mudah untuk berasa kasihan tapi mudah juga untuk marah. Seorang yang cepat menganalisa keadaan dan seorang yang suka memerhati orang sekelilingnya. Tidak suka pada keadaan yang bising. Selalu menghabiskan masa di hutan Agolas mengkaji herba dan binatang hutan. Hobi membaca buku. Ermmm..suka makan buah dari sayur. Tidak suka pada kacang,malah boleh membaling pinggan jika terjumpa kacang dalam makanannya. Dia.."

"Banyak juga yang kamu tahu fasal dia? Kamu berpasangan dengannya?" Penilik Cahaya merenung tepat mata Egeni.

"Apa?? Demi Aries,saya tidak pernah terfikir pun hal itu.!" Egeni menaikkan jari kelingkingnya.

Meletus ketawa kecil Penilik Cahaya.

GONGG!!

"Acara sudah bermula. Mari.!" Bahu Egeni di sentuhnya dan menghilang sekelip mata lalu muncul di atas tempat duduk yang sudah di khaskan untuk mereka berdua. Sekali lagi Penilik Cahaya ketawa dengan telatah Egeni.

"Cukuplah tu!"katanya.

"Wow! Ini kali ke dua saya menghilang bersama Cikgu. Hebat! Saya tak sempat untuk menutup mata pun!" Egeni melompat dari kerusi lalu terkinja-kinja di hadapan Pemilik Cahaya.

"Egeni Mogini Enorld!!"

Dengan tangan yang masih ke udara dia menoleh ke belakang. Mae dan Boanya sedang merenung tajam ke arahnya.

"Hup! Hiyah! Hiyah!" Dia berpura-pura bersenam dan terus duduk tidak berkutik langsung.

"Maafkan anak kami,Estasia."kata Tuan Enorld pada Penilik Cahaya. Penilik Cahaya mengangguk dengan senyuman manisnya.

GONGG!!!

Heleyna muncul di atas pentas yang paling tingga menggunakan gerak anginnya. Berbeza dengan Rufsia menggunakan bola cahaya untuk naik ke atas. Di bawah pentas penuh dengan makhluk-makhluk planet dari serata ceruk. Heleyna sedikit gayat dengan keadaan itu lalu berundur betul-betul ke tengah pentas.

Saat bulan semakin menapak ke tengah matahari sorakan semakin bergeman. Heleyna mula semakin terasa tekanannya. Tapak tangannya berpeluh-peluh.

"Aku tahu kau boleh,Heleyna.!" -Egeni.

"Jangan ganggu akulah!" Marah Heleyna. Bimbang Egeni akan mengusiknya dengan bulu ketiak Heleyna menutup deria anginnya. Nun di bawah Egeni tersenyum-senyum seorang diri.

"Kau tunggu sampai aku selesaikan yang ni...lepas tu giliran kau pula,budak!" Heleyna terkumat-kamit seorang diri.

Bayangan hitam mula kelihatan. Heleyna sudah bersedia. Saat bayang hitam yang pertama muncul di pentas Heleyna segera meletakkan tapak tangannya di situ.

"Sauke inuoa!!" Dengan bersusah payah dia menarik bayangan hitam itu lalu di gumpal sehingga menjadi awan hitam di atas tapak tangannya dan di julang tinggi.

"Aku,Heleyna Rufseyna Kuger memerintahkan kau agar melindungi alam ini. Sauke inuoa ga haolzar!!" Serentak itu awan hitam naik tinggi di langit lalu mula membesar dengan pantas,dan pabila bulan sudah pun melepasi matahari,awan hitam sudah pun sempurna menjadi bulatan pelindung mereka. Heleyna tercungap-cungap kepenatan. Tapak tangannya melecur kerana awan hitam ciptaannya bersifat api. Tidak seperti Tuan Enorld yang dahulu mencipta awan hitam bersifat air.

Makhluk-makhluk yang memerhati dari bawah bersorak gembira. Acara terus di teruskan dengan pertabalan ke atas Heleyna sebagai The Chosen yang baharu. Rufseyna dan Kuger tersenyum bangga. Heloyna bertepuk tangan dengan senyuman manisnya. Saat Heleyna muncul di hadapannya tubuh Heleyna di peluk erat.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now