Pulang.

287 28 2
                                    

Tercungap-cungap dirinya mencari nafas,sempit terasa di dada. Deshmir masih di pegang kejap. Takkan di lepaskan walau apa pun yang berlaku. Pedang itu tetap akan jadi miliknya.

"Bangun! Mana benteng pertahan kau?! Tunjukkan pada Boa!" Kuger menjerit garang.

"Eeeaaaarrggghhhhh!" Heleyna menyerang semula.

"Aah!" Tubuhnya terseret jauh di tendang oleh Kuger.

"Aa,sakit,boa..." Heleyna mengerekot sambil menahan perutnya.

"Hmmh...lemah!"Kuger meludah ke tanah. Dia akui dirinya sedikit berlembut dengan Heleyna berbanding Heloyna. Heloyna lebih lasak dan tahan sakit,tapi Heleyna sebenarnya lebih istimewa.

"Mari kita pulang." Tubuh Heleyna yang masih mengerekot di dukungya lalu melangkah pulang.

☘☘☘

"Oh wah...sudah tamat latihannya?"Rufseyna menyambut gembira.

"Tamat apa kalau asyik-asyik merengek sakit? Lemah sangat.!" Kuger mencebik pada Heleyna. Tak di pedulikan wajah anaknya yang sedang berkerut menahan sakit.

"Boa tendang di sini,Mae . Aduh...sakitnya..." tapak tangannya masih menekan perutnya yang terasa pedih.

"Kasihannya...tolong jangan terlalu berkasar dengannya..lagipun dia sudah lama tak menggunakan sihir. Faham-fahamlah sikit.!" Marah Rufseyna.

Kuger hanya mencebik. Kata-kata itu takkan mengubah pendiriannya. Sudah tiba masanya Heleyna di ajar dengan cara yang sebenarnya. Musuh yang akan di lawan nanti bukan calang-calang orangnya. Nasib Mereak Agung dan Bentahrayu bergantung pada Heleyna kini. Kuger tidak mahu Heleyna menjadi lemah,malu besar dirinya jika penduduk tahu anaknya akan kalah pada Kristal Hitam.

"Hmmh...aku mengantuk..nak tidur sebentar. Kita berlatih lagi bila aku bangun nanti."Kuger pantas bangun meninggalkan Heleyna yang sudah mencuka wajahnya.

"Mae..."wajah Maenya dipandang meminta simpati.

"Hemmh." Rufseyna hanya menjungkit bahu. Dia juga faham apa yang di mahukan oleh Kuger. Tapi ada kalanya Kuger terlalu kasar pada Heleyna. Baru sehari berlatih sudah patah tangan kiri. Kasihan pula melihat wajah Heleyna ketika ini.

☘☘☘

Langkah mereka kini menuju ke hutan tebal. Egeni sentiasa memerhati Iput. Bimbang jika terjadi sesuatu padanya. Xerysus masih lagi tegap berjalan. Tidak dipedulikan nafas Iput yang tercungap-cungap mengejarnya.

"Nak saya tolong?"Egeni berhenti seketika. Kasihan pula melihat Iput yang sudah bermandi peluh.

"Huf,..huf...tak apalah. Kuat lagi ni." Tangan di gawangkan ke arah Egeni tanpa melihat wajahnya. Peluh yang mengalir ke dagu di kesat pantas. Dia melangkah semula.

"Hmmh..." Egeni menggeleng.

"Orang bumi memang degil."omelnya.

Mereka terus melangkah hingga bertemu sungai berwarna biru. Xerysus membiarkan saja Rihha merayau ke sekeliling kawasan sementara dia membasuh wajahnya di tepi sungai.

"Ahhh....leganya...." Iput segera merendam kaki ke dalam sungai. Rasa sejuk mengalir seolah-olah mengejutkan rasa penat tubuhnya lalu menghilang. Dia tunduk lalu membasuh wajah.

"Kita bermalam di tepi sana dahulu. Awal pagi esok kita bergerak semula."Xerysus menunjuk ke arah Rihha yang sedang berbaring di dalam semak.

"Tapi...bagaimana nak tidur dalam sana? Rumput terlalu tinggi." Iput menjadi pelik. Lalang setinggi pinggang itu akan jadi tempat mereka berehat malam ini.

"Oh..itu...fustobush!". Sesuatu dari dalam poketnya di lemparkan ke lalang yang meninggi. Sebuah lubang terbentuk dari celah-celah lalang membentuk seakan-akan sebuah terowong.

"Masuklah. Maaf kalau bersepah. Rumah bujang. He he he ..." Xerysus tunduk lalu memuatkan diri ke dalam terowong yang tercipta tadi.

"Awak dahulu. Saya jaga belakang."kata Egeni sebaik saja Iput memandangnya.

Lama dia mencangkung di hadapan terowong sebelum perlahan-lahan merangkak masuk.

"Ohwaw......."Iput ternganga. Ternyata apa yang ada di dalam lebih mengagumkannya. Ianya kelihatan seperti rumah sebenar. Terdapat dua bilik air,ruang tamu dan tiga bilik tidur. Iput berasa begitu kagum.

"Mana Rihha?" Soalnya setelah mendapati haiwan berbulu biru tua itu tiada di dalam.

"Dia sudah tidur.." Xerysus menyendeng kepalanya ke kanan.

"Owh..comelnya..." Rihha sudah pun berdengkur dengan tubuh yang bergulung didalam bakulnya.

☘☘☘

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now