TERPISAH.

224 26 2
                                    

Hari yang di janjikan telah tiba. Pertarungan di antara The Chosen dan Kristal Hitam. Semua yang hadir seakan-akan tidak sabar untuk menyaksikan pertarungan ini. Ada juga yang memilih untuk menghindari. Mana yang pernah menyaksikan sejarah dahulu memilih untuk mengurung diri. Bimbang perkara dahulu akan berulang kembali.

"Heleyna!"

Heleyna tersentak dari khayalannya. Dia menoleh ke sisi. Matanya membesar dengan pantas.

"Egeniiii.....!" Jeritnya lalu menghambur diri ke arah Egeni.

"Heyyy..." terundur tubuhnya akibat dari tujahan tubuh Heleyna.

"Kau pergi mana,bodoh?!" Marah  Heleyna. Kepala Egeni di tujal geram.

"Aku kena culiklah...kemudian aku tak boleh balik sebab Kristal Hitam ikut aku. Jadi aku terpaksa cari tempat untuk bersembunyi. Aku pergi ke Horyu...Ke Genoa...Nious tak beritahu apa-apakah?"

Heleyna menggeleng. Dia tersedar akan sesuatu yang pelik tentang Nious kebelakangan ini. Wajahnya muram. Hanya bercakap bila perlu. Dan selalu mengelak bila di ajak keluar. Lebih suka mengurung diri.

"Patutlah dia berubah..hmmmh.." Heleyna tunduk ke lantai.

"Aku tak nak kau risau..aku mahu kau fokus pada perlawanan ini. Maafkan aku.." suara Nious menerjah tiba-tiba.

"Tak mengapa..maafkan aku juga sebab tak menyedari beban yang kau pikul." Balas Heleyna.

"Aku sayangkan kau,Heleyna."

"Aku juga...habis perlawanan ini jangan lupa tunggu aku di perpustakaan. Aku rindukan Chaiya aku tau!" Heleyna membalas dengan suara nakalnya.

"Hemmhhh...untunglah ada orang sayang..aku juga yang kesunyian.." Egeni yang dari tadi memerhati sudah dapat mengagak apa yang terjadi.

"Sibuk kau!"marah Heleyna.

GONGGGGG!

Gong perlawanan sudah berbunyi. Heleyna menarik nafas sedalam yang mungkin lalu menghembus dengan tenang.

"Buat yang terbaik,Heleyna. Aku tahu kau boleh!" Pelukan dari Egeni menambahkan lagi semangatnya.

"Heleyna!" Iput muncul dengan tercungap-cungap.

"Maaf lambat. Semoga berjaya. Kalau dia tidak berhati perut kau sihir saja supaya dia punya hati. Aku tahu kau lebih kuat dari dia. Ingat tu!" Pesan Iput dengan termengah-mengah.

"Baik,Orang Bumi!" Heleyna mengangkat pedangnya ke arah Iput sebelum berlalu pergi.

"Aku pergi dahulu."Iput berlari menghilangkan diri meninggalkan Egeni seorang diri.

"Penting sangatkah sampai perlu berlari laju begitu? Hmmmh..."

🌷🌷🌷

Makmal bercat biru tersimbah cahaya perak dari dalam yang menyilaukan mata. Iput sedang berbaring di salah sebuah katil yang di perbuat daripada pemata berwarna biru jernih. Sejuk mula mencengkam tubuh. Matanya melilau ke segenap arah,berharap agar Egeni tidak muncul ketika ini. Ada air mata yang mula bergenang bila teringatkan lelaki itu. Nafasnya ditarik sedalam mungkin untuk menghindarkan gelisah yang semakin mencengkam diri. Dia berpaling ke sisi kanannya,Bujang Sibat juga berwajah duka. Rufnia hanya memerhati dari jauh. Tidak kuat untuk berhadapan dengan perpisahan ini. Sungguh hati keduanya sudah terpaut satu sama lain. Ada sendu yang cuba di redakan oleh dirinya melihat semua itu.

"Aku harap kau bahgia,Egeni.Maafkan aku." lafaznya perlahan. 

~~~~~~~ ~~~~~~ ~~~~~~

"Kristal nyawa sudah bersedia?" Momo Alita lengkap berpakaian yang menutup seluruh tubuhnya menoleh ke arah sekumpulan perkerja makmal yang bertindak menyediakan kristal nyawa bagi keduanya.

Gadis pua kumbuOnde histórias criam vida. Descubra agora