Sedih.

413 39 3
                                    

Rumah panjang Ajit riuh seperti biasa dengan anak-anak kecil bermain berkejaran. Rumah panjang yang mempunyai lima puluh dua pintu itu sungguh panjang dan sangat luas. Kebanyakan mereka menjadikan tingkat atas sebagai tempat menyimpan beras atau lada. Bagi kalangan kaum wanita mereka akan menjadikannya tempat menyimpan bakul atau tikar mengkuang. Hanya beberapa pintu saja yang menjadikan tingkat atas sebagai tempat mereka tidur. Pintu keluarga Andi bernombor tujuh belas bersebelahan dengan keluarga Dura yang bernombor enam belas.Dura dan Iput juga sama umur cuma selang sehari saja,Iput di lahirkan pada hari Rabu manakala Dura di lahirkan pada pagi Khamis. Kedua-duanya di sambut oleh Inik Canek,isteri kepada Tuai Rumah.

"Ooooo,Iput." Laung Dura dari muka pintu.

"Oii!" Iput yang sedang menyusun kayu api segera menyahut.

"Buat apa?" Soal Dura walaupun dia tahu apa yang di lakukan oleh sahabatnya itu.

"Aku pun tidak tahu. Kau boleh melihatkan?" Perli Iput.

"Hehehehe...mari aku tolong. Banyak ni." Kata Dura. Terdapat tiga bakul besar berisi kayu api untuk di susun.

"Buat apa kayu banyak-banyak ni,Iput?" Dura hairan.

"Ooh...apai kata musim hujan sudah datang. Jadi dia potong siap-siap untuk simpanan." Jawab Iput.

Dura ternganga.

"Owh..betul juga..patutlah apai aku dengan abang aku masuk hutan hari ni.." Dura baru teringat akan hal pagi tadi.

"Tak lama lagi musim hujan..tak sabar nak makan kulat kayu. Aduhhh..sedapnya..."terpejam-pejam mata Dura membayangkannya. Iput tersenyum saja. Walaupun tidak mampu melihat tapi tangannya pantas berkerja. Sekejap saja satu bakul besar kayu api sudah siap di susun.

"Yang dua bakul ni susun di mana?" Soal Dura.

"Yang ini tunggu apaiku buat tempat meletak yang baru pulang nanti. Kau sudah makan?" Soal Iput.

"Sudah..ada yang sedapkah?" Dura tersengeh-sengeh di hadapan Iput walaupun dia tahu Iput tidak mampu untuk melihat.

"Lauk kami biasa saja hari ni. Pekasam daun ensabi dengan pucuk ubi saja." Balas Iput.

"Mahukah?"soal Iput lagi.

"Mahu..tapi nantilah. Aku kenyang lagi ni. Baru sudah makan tadi." Balas Dura.

"Aku ada berita nak di beritahu. Mari duduk di luar." Dura menarik tangan Iput agar mengikutinya. Mereka berdua duduk tidak jauh dari reban ayam Apai Iput.

"Apa?" Soal Iput.

"Ni." Tapak tangan Iput di bawakan lalu di letakkan di perutnya.

"Kau kenyang sangatkah? Besarnya." Berkerut wajah Iput.

Dura ketawa geli hati.

"Bukanlah..aku mengandunglah,Iput." 

"Apa??" Iput ternganga. Tidak percaya rasanya. Tapak tangan Dura di genggam kuat.

"Betulkah? Betulkah,ini? Kau akan menjadi Indai,Dura. Waaa.....gembiranya..." tubuh Dura di peluk dan di goyangkan. Terkekek-kekek Dura di buatnya. Mereka berdua ketawa gembira.

⚘⚘⚘

Mae...Ruffy mahu pulang,Mae.-Rufnia

Sabarlah Ruffy. Tuan Lyod sedang usahakan sesuatu. Mae juga mahu Ruffy kembali.-Greyza

Kenapa terlalu lama masanya,Mae? Percayalah! Ruffy mampu untuk pulang sendiri.-Rufnia.

Jangan bertindak melulu,Ruffy. Penilik cahaya tidak dapat memberi jaminannya kali ini. Mae takut sesuatu yang buruk terjadi nanti.- Greyza.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now