Pelajar Baru Murphy.

416 41 0
                                    

"Ini meja kau. Tu meja aku." Egeni menunding jari je arah mejanya di tepi dinding. Meja Heleyna selang dua buah meja dari meja Egeni.

"Setahu aku hanya kau seorang pelajar di sini,tapi ni ada lima meja?"

"Nanti kau akan kenal mereka semua. Kau mesti kagum. Hohoho." Egeni tersenyum bangga dengan hidung kembang. Heleyna mencebik.

"Nious."panggilnya.

Nious yang dari tadi hanya menunduk tersentak.

"Ya,The Chosen?" Dia menjadi gugup.

"Hahaha...tak perlulah sebut perkataan tu..panggil Heleyna saja. Kita kan saudara." Kata Heleyna. Dia dan Nious adalah dari kalangan Kaum Angin.

"Ta-tapi.."matanya melirik ke arah Egeni.

"Oooh....kau jangan pedulikan makhluk kuning ni." Heleyna menunjuk ke arah Egeni.

"Makhluk kuning? Hey!" Marah Egeni.

"Mari tunjukkan saya sekitar sekolah ni. Saya dengar sekolah ini lebih hebat dari Akademi Penyihir Muda?." Dengan selamba Heleyna memaut bahu Nious lalu mengheretnya keluar kelas. Nious lebih pendek dari Heleyna dan Egeni. Dia yang hanya berketinggian seorang kanak-kanak berumur dua belas tahun sering di buli oleh Egeni. Tapi pada Egeni jugalah dia senang berkawan kerana dia tidak di endahkan oleh yang lain. Mereka lebih pentingkan darjat dari ikatan persahabatan.

⚘⚘⚘

Acara Miring yang di lakukan oleh keluarga Iput sudah pun selesai. Tujuh piring kaca di sembahkan untuk Petara agar memelihara keluarga mereka dari segala bala. Apai Iput juga telah menumbangkan seekor babinya untuk di buat jamuan pada yang datang. Iput telah di tugaskan oleh indainya untuk melayan tetamu bersama Senia dan Dura. Walaupun penat tapi dia gembira dengan kehadiran tetamu.

"Iput."

Iput memejamkan matanya. Wajahnya di tundukkan.

"Tolonglah jangan ganggu aku sekarang. Tolong jangan rosakkan majlis ini. Ini majlis suci.!"

"Maaf..nanti aku datang lagi."

Iput menarik nafas lega.

"Namaku Rufnia. Aku pergi dulu."

Iput mengangguk tanpa sedar.

"Kenapa,Iput?" Dura yang hairan melihat Iput menunduk terus menegurnya. Iput tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Tak ada apa-apa..bahuku penat." Bohong Iput sambil pura-pura mengurut bahunya.

"Kalau kau penat boleh naik ke atas. Rehat sekejap." Dura turun mengurut  bahu Iput.

"Tak apalah..lagi pun ini majlis aku. Tak manis pula kalau aku yang hilang."balas Iput.

"Nanti kalau dah tak boleh tahan beritahu aku,ya. Aku papah kau naik atas." Kata Dura. Dia masih lagi mengurut bahu Iput.

⚘⚘⚘

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now