Terpaksa.

536 47 8
                                    

Iput menunggu indainya sambil menganyam bakul di tepi dinding. Indainya telah pergi ke kebun lada untuk mengutip lada yang sudah masak sebelum habis di curi orang. Kebiasaanya begitu. Jikalau kita leka orang dengan mudah mengambil kesempatan. Apai dan indainya selalu berpesan,jangan mudah percaya dengan orang di sekeliling kita. Walaupun kita sudah mengenalinya bertahun-tahun tapi sifat dengki tak mudah di buang. Iput terus berpegang pada itu. Dia jarang untuk keluar bersama dengan yang lain kecuali bersama Dura dan Senia sahaja. Kadang kala dia akan ke bilik menari mereka untuk berlatih menari bersama. Itupun Senia akan temankan. Indainya begitu menjaganya semenjak matanya buta.

KLIK!

Iput memicingkan pendengarannya.

"Iput..."panggil indainya. Iput lega. Bibirnya menguntum senyuman manis.

"Banyak lada hari ini,indai?" Soalnya. Dari bunyi bakul yang di letakkan ke lantai Iput tahu berat atau tidak kandungannya.

"Banyak yang sudah masak. Indai sudah tidak larat mahu mengutip jadi indai pulang dahulu. Apai kau masih lagi menebas." Ranti membuka topinya lalu dikipas-kipaskan ke mukanya. Peluh yang memercik di dahi di lap dengan belakang tangan.

"Hujan,indai." Kata Iput setelah bila terdengar titisan hujan terkena bumbung.

"Senia mana?" Soal Ranti.

"Senia di rumah Dura. Bermain dengan Nuri agaknya."balas Iput.

"Indai."panggil Iput. Ranti menoleh.

"Esok Iput mahu mandi sungai bersama Dura,boleh?"

Wajah anak gadisnya di pandang dengan senyuman manis walaupun dia tahu Iput tak mampu untuk melihatnya.

"Boleh..bawalah Senia sekali." Balas Ranti.

"Iput pergi bersama Dura,Indai. Kalau Senia tidak mahu ikut pun tak mengapa. Dura kan tinggal di sebelah saja."balas Iput. Rumah panjang mereka terdapat lima puluh dua pintu. Keluarganya berjiran dengan keluarga Dura. Dura baru sahaja berkahwin selepas gawai lalu. Baru sebulan. Tapi suaminya jarang di kampung kerana berkerja menebang balak. Dura tidak kisah kerana dia punya Iput untuk berkawan.

"Terima kasih,indai." Iput tersenyum gembira.

⚘⚘⚘

"Hati-hati. Batu berlumut tebal kerna hari selalu hujan bulan ini." Tapak tangan Iput di genggam kemas. Di belakang mereka berdua Senia dan Nuri sedang menggalas bakul berisi sabun dan  kain batik kering untuk di gunakan selepas mandi nanti.

"Kita pergi mandi di Atoi,mahu?" Usul Dura tiba-tiba.

"Boleh juga. Aku pun sudah lama tidak ke sana."balas Iput. Terbayang-bayang air terjun Atoi yang pernah menjadi tempat bermainnya dahulu. Air terjun yang terdapat gua di sebalik jatuhnya air gunung itu sungguh indah.

"Kita sudah sampai.....!" Nuri menjerit gembira. Bunyi deruan air terjun semakin kuat dan semakin lebar juga senyum Iput.

"Sangkut di pokok koko saja bakul tu."arah Dura.

Iput tersenyum gembira sambil menghirup udara di sekitar air terjun. Segar dan sungguh tenang.

"Senia mandi dahulu.!"

"Nuri mandi dahulu.!"

Kedua-duanya menjerit gembira sebelum menceburkan diri ke dalam air.

"Kita sajakah disini?"soal Iput.

"Ya..nampaknya begitulah. Kenapa,Iput?"Dura menyoal kembali.

"Tak..aku mahu mandi sepuas-puasnya. Lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini." Iput menarik nafas dalam-dalam sebelum di lepaskan perlahan. Dura cuma tersenyum memerhati.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now