Utusan Datang

262 25 2
                                    

Xerysus. Satu nama yang tak asing lagi di tanah Horyu Zepo. Pagi ini kemunculannya mengejutkan sesiapa sahaja. Sudah agak lama dia tidak menjejakkan kaki ke tengah bandar kini dia berjalan sambil di temani haiwan kesayangannya, Rihha. Mirip harimau bintang di bumi cuma warnanya biru gelap dan bermata hitam berkilat. Sesiapa saja yang berada di laluan mereka segera bergerak menjauhi. Bimbang di apa-apakan oleh Rihha. Sesekali ianya akan berhenti memerhati sesiapa yang menarik perhatiannya. Pandangannya yang menggerunkan membuatkan orang yang diperhatikannya lari lintang pukang. Xerysus hanya membiarkan sahaja kelakuan Rihha. Dia tahu Rihha suka mengusik,apatah lagi pada orang yang penakut. Semakin takut orang itu semakin galak dia mengusik.

"Mari,kita sudah sampai."katanya pada Rihha.

Pintu rumah tertera nama Ioga di ketuk dengan hujung pedangnya. Tidak menunggu lama untuk pintu terbuka,Hechul menayangkan wajah terkejutnya.

"Ada apa datang ke mari?"soal Hechul di muka pintu. 

"Ini."sekeping sampul di hulurkan pada Hechul.

"Betulkah Estasia yang mengarahkan kau ke sini? Kenapa aku tak menerima sebarang arahan?"Soal Hechul dengan penuh curiga. Pandangan mata Rihha tidak menakutkannya. Dia faham benar makhluk itu bagaimana.

"Sebab kau terlalu banyak tanya mungkin."Xerysus masuk tanpa pedulikan jelingan mata Hechul.

"Jadi...di mana mereka berdua?"soal Xerysus. Matanya meliar ke segenap ruang rumah itu. 

"Duduklah dahulu. Nanti aku panggilkan."Hechul terpaksa mengalah akhirnya.

<<<>>><<<>>><<<>>>>

"Xerysus?Kau biar betul?"suara Egeni di tekan dalam dengan mata terbeliaknya. Wajah Hechul yang selamba menguatkan mengiakan semuanya.

"Kenapa? Dia yang di utuskan oleh Estasia untuk menghantar Iputy. Tapak kristal putih sudah tersedia untuknya. Iput akan di hantar pulang ke bumi sebelum perlawanan bermula. "

Egeni terdiam kaku. Betulkan apa yang di dengarinya? Dia akan berpisah dengan Iput tak lama lagi.

"Habis itu,Sibat?"

"Sama. Kedua-duanya akan di hantar serentak. Egeni,suka atau tidak kau tetap kena terima keputusan ini. Dia ada keluarga yang menantinya di sana. Kau harus faham tu."kata Hechul. Perubahan wajah sahabatnya itu begitu ketara sekali. Keruh dan tak bermaya.

"Sudahlah,mari. Xerysus tak suka menunggu tahu." bahu Egeni di paut agar melangkah bersamanya.

"Iput!" Hechul menjerit kuat mengejutkan Iput yang baru sahaja ingin menghulurkan tangannya pada Rihha.

"Jangan.!" tubuh Iput di tolak agar berada di belakangnya. Rihha masih tetap berdiri dengan mata yang merenung Iput.

"Shuu..shu.." namun Rihha masih tidak berganjak.

"Hahaha..luculah awak, Hechul. Binatang ni tak akan cederakan sayalah.Dia pun tahu juga nak berkasih sayang, Hechul."kata Iput. Hechul mencebik cuma. Dia juga tahu sebenarnya,cuma bimbang jika Rihha bertindak bukan-bukan pada Iput,tambahan pula Iput tidak sama seperti mereka. Orang Bumi.

"Hai..lama tak jumpa."tegur Xerysus.

Egeni berkerut kening.

"Sejak bila pula kita pernah berjumpa,ya?"soalnya pelik.

"Oooh,sejak kau masih dalam kandungan Mea kau. "selamba sahaja jawapan dari Xerysus.

Egeni menjulingkan matanya ke atas. Lawak hambar baginya.

"Aku datang ni sebab perintah dari Estasia, Aku cuma perlu bawa dia,tapi Estasia arahkan aku bawa pulang kau sekali."dagunya di langutkan pada Iput.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now