Kekalahan dan kerinduan.

224 29 9
                                    

Entah di mana silapnya kristal nyawa milik Sibat pecah buat kali ke empatnya. Sibat yang sudah pun berbaring tidak sedarkan diri terpaksa di kejarkan ke bilik rawatan akibat terkena serpihan kristal yang meletup betul-betul di bahagian dadanya.Semua yang ada terkejut besar dibuatnya. Kristal baru yang tercipta tidak sepadan walaupun sudah di sukat berkali-kali dengan saiz jantung Sibat. Mungkinkah tangisan Rufnia di dengari oleh Aries? Ataupun mungkinkah keajaiban sedang menunggu untuk gadis puak kumbu. Egeni dan Rufnia,masing-masing mengucap syukur dengan niat yang berlainan. Sibat pula masih tidak sedarkan diri kini. Apakah takdir yang sedang menanti ke empat-empat mereka? Semuanya akan kekal tesenyum atau semuanya akan berakhir dengan penantian cuma? Dan pertarungan antara Heleyna dan Kristal Hitam? Bagaimana kesudahannya bagi dia yang begitu berdendam?adakah ianya akan pudar begitu saja ataupun dia akan bangkit semula nanti? Semuanya berputar-putar kini. Semuanya berlaku dalam pada masa yang sama dan waktu yang sama. Kalah,menang,sedih,gembira,rindu dan cinta. Semuanya menuntut pengorbanan,tapi siapa yang akan berkorban?

⚘⚘⚘

Hentakan dan dentingan pedang masih galak berbunyi. Segala yang ada di pertaruhkan sehabis-habisnya. Kristal Hitam tetap bertahan walaupun dirinya sudah luka teruk.Apa yang di rancangnya semuanya sudah di lakukan,rasa ingin kalah yang sesekali menyucuk di tepis kuat.Tak ingin melemahkan diri sendiri. Dia akan berusaha dengan segala yang ada untuk menakluk Bentahrayu.

"Munjoh ilektra.!" serentak itu tapak tangannya mendarat tepat ke dada Heleyna. Mungkin kerana sifat angkuh kian merasuk membuatkan lawannya sedikit leka. Peluang yang muncul di manfaatkan dengan sebaiknya.

"Aarrghhh!!" Heleyna meraung kuat sebelum tersungkur ke tanah.Tubuhnya tersungkur ke tanah mengeluarkan asap putih. Terbatuk-batuk dirinya di hurung asap putih kesan dari sihir eletrik dari Kristal Hitam.

"Tak guna kau.."

"Akhirnya tersungkur jua.. ha ha ha .."Kristal Hitam ketawa berdekah-dekah di hujung kepala  Heleyna.

"Apa kau fikir aku lawan yang senang di kalahkan? heh, kalau setakat kau,budak. Hanya mainan bagi aku!." Kristal Hitam melangkah mendekati Heleyna yang masih berusaha mendapatkan tenaganya semula. Angkuh kian tergambar di wajah kerna berjaya merebahkan lawannya. Lama dia memerhati wajah lawannya sebelum satu tamparan di hadiahkan ke pipi putih Heleyna. Bencinya meruap-ruap.

Dia kemudiannya berdiri lalu memerhati ke arah penonton yang terdiam kaku melihatnya.

"Inikah yang telah di pilih oleh kalian?!"suaranya bergema menyentak rasa takut di kalangan yang hadir.

"Budak hingusan beginikah yang kalian letakkan harapan? Huh! Kalian bodoh!" Jeritan lantangnya menggugurkan air mata bagi yang sudah ketakutan.

Ada suara-suara yang berbisik sesama sendiri melihat Heleyna tidak lagi bergerak.

Heleyna...Heleyna,bangun!

Nious cuba memanggil namun hanya desahan nafas yang berat sebagai balasannya. Heleyna dalam kesakitan.

Heleyna....tolonglah bangun..jangan mengaku kalah lagi...kami mengharapkan kau di sini..tolonglah bangun,Heleyna...tolonglah...

Rayu Nious. Matanya tidak berkalih dari memandang kekasih hatinya itu. Tubuh itu diam tidak berkutik langsung. Hanya kelihatan dadayang turun naik dengan nafas yang berat dan tersekat-sekat.

"Heleyna!" Jerit Nious tanpa sedar. Semua mata memandang tepat padanya termasuk Kristal Hitam.

"Wah....ada yang tak sanggup melihat insan kesayangan akan mati nampaknya.." senyuman sinis di lemparkan pada Nious. Pemuda itu terdiam.

"Jangan....kau...cuba untuk sentuh Chaiya aku!"

Kcak!!

Heflix terpacak kemas di dada Kristal Hitam. Tubuhnya di tikam dari belakang oleh Heleyna.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now