Setelah Dua Ratus Tahun.

259 31 0
                                    

Ketua Doumi tersenyum melihat gelagat tetamu mereka. Lucu benar bila Iput asyik membontoti Gimba. Kemana saja anaknya pergi dia akan turut serta. Gimba sudah kehabisan kata caciannya untuk di berikan pada Iput. Kering betul hati orang bumi.

"Sana!" Jerkah Gimba.

"Tak mahu! Nanti kau tinggalkan aku!" Balas Iput. Dia berpeluk tubuh di belakang Gimba.

Bukk!!

"Sakit,Belik!" Sumpah Iput. Tubuhnya telah di tolak oleh Gimba dengan sayapnya.

"Heyyy...tak guna kau burung!!!" Jerit Iput lagi pabila Gimba terbang melarikan diri.

"Iput.!"

Iput berpaling ke belakang. Ketua Doumi tertawa lucu sambil menggeleng kepalanya. Iput memuncungkan bibir.

"Gimba perlu membuang sesuatu,Iput. Jangan risau..Iput selamat di sini."Ketua Doumi memberi jaminannya.

Iput melangkah penuh longlai menuju ke tempat duduk yang terletak di tepi rumah tetamu.

"Saya nak balik,Ketua."lemah suara Iput. Dia tidak tahu entah bila dia akan dapat pulang ke bumi semula. Apa yang di beritahu oleh Jabar padanya dahulu seakan-akan semakin samar sahaja. Seperti ianya takkan berlaku. Hatinya pula sudah mula menyukai tempat ini.

"Iput.."

Iput memalingkan wajahnya pada Ketua Doumi. Senyuman dari bibir tua itu sedikit menenangkan hatinya.

"Sudah lama kami tidak menerima tetamu. Mungkin sudah dua ratus tahun. Iput ialah tetamu ke dua kami."cerita Ketua Doumi.

Iput sedikit tersentak.

"Siapa tetamu yang pertama tu?"soalnya.

"Namanya Rentap. Dia seorang yang suka tersenyum. Ramah sungguh. Rajin usah di kata. Rumah ini di bina olehnya. Katanya,mana tahu ada yang lain selepas aku nanti. Nampaknya kata-katanya menjadi nyata."

Iput ternganga. Antara percaya atau tidak dia ketika ini. Tubuhnya tiba-tiba menjadi seram sejuk. Berdiri buku romanya. Rentap itu bukanlah nama yang asing bagi mereka di Bumi. Ianya adalah sejarah bagi mereka. Beliau seorang yang di sanjung tinggi dan terpuji biarpun beliau sudah tiada lagi.

"Iput tahu? Rentap mulanya tak mahu pulang ke Bumi. Dia sentiasa menggunakan mimpi untuk melihat keadaan keluarganya di sana. Tak tahu kenapa satu hari itu dia begitu marah. Dia mahu segera pulang ke Bumi. Katanya,tanah mereka sedang di jajah. Dia mesti pulang segera. Jadi kami bawa dia pada Tuan Lyod. Mereka ciptakan satu Kristal putih sebagai ganti kepada nyawa yang di pinjam olehnya. Kami hantar dia hingga ke pintu rumahnya malam itu. Benar katanya. Suasana sungguh sunyi. Hanya ada dua tiga orang yang masih hidup. Yang lain sudah lari masuk ke dalam hutan tebal. Yang tinggal hanyalah pahlawan-pahlawan kaumnya. Rentap sungguh marah hingga menggigil tubuhnya. Aku sendiri takut melihatnya." Bayangan wajah Rentap bermain-main di matanya. Seperti masih baru kenangan itu tercipta.

"Kemudian? Apa yang terjadi selepas itu."soal Iput.

"Kami bantu dia mencari semula kaumnya yang sudah bersembunyi di hutan. Kami bina sebuah rumah baru bagi mereka. Semuanya di lakukan sepantas mungkin. Musuh-musush yang datang kami cantas kepala mereka hingga putus dari badan. Rentap begitu bersungguh-sungguh mahu merampas kembali tanah mereka. Pada ketika semua kerja hampir siap,Tuan Lyod arahkan Munja dan Trigad untuk pulang. Bentahrayu perlukan mereka berdua kerana musim Lunti mengawan sudah tiba. Jadi yang tinggal hanya aku,Lanaya dan Matrigid. Hanya kami bertiga untuk membantu Rentap ketika itu. Hmmmh..." nafasnya di hela panjang.

"Kenapa,Ketua?" Soal Iput.

"Malam itu kami berjaga seperti biasa. Bergilir-gilir bersama beberapa pahlawan yang di pilih Rentap. Sedang kami berkawal tiba-tiba saja ada letupan kuat berlaku di hadapan kami. Suasana mula bertukar gelap gelita. Jeritan anak-anak kecil dan wanita-wanita mula kedengaran. Aku cuba menyelamatkan sebanyak mungkin kaum Rentap. Mereka aku masukkan ke dalam tempayan yang di buat khas untuk menyembunyikan diri. Lanaya dan Matrigid pula sudah di medan perang. Kami di serang habis habisan malam itu. Tapi kami tetap bertahan. Aku lihat wajah Rentap yang sungguh bersemangat ketika itu membuatkan aku turut bersemangat. Kau tahu,Iput?" Dagunya di langut pada Iput.

"Tahu apa?" Iput hairan.

"Aku satu-satunya puak Tymur yang belum tumbuh sayap ketika itu. Sayap aku hanya sebesar burung di bumi. Aku malu. Jadi aku selalu sembunyikannya. Tapi malam itu,selepas aku melihat wajah Rentap. Ada sesuatu yang mendorong aku untuk terbang. Aura itu begitu kuat. Belakang aku sakit hingga aku terpaksa melutut ke tanah. Dan entah dari mana muncul Rentap menyentak lengan aku supaya berdiri. "Bangun,Tymur!! Gunakan sayap kau!" Jeritnya padaku. Ketika itu aku tersedar yang sayap aku sudah menjadi besar dan lebar seperti Tymur yang dewasa. Aku lihat wajah Rentap yang tersenyum padaku. Aku tahu dia turut gembira. Aku terbang musnahkan semuanya dengan sekali libas. Semuanya ranap. Hingga kini aku tak dapat melupakannya. Aku beroleh sayapku di Bumi. Bukan di tempatku sendiri."

Iput sendiri sudah meremang bulu romanya. Mulutnya ternganga luas. Kata-kata Akiknya bermain di minda tiba-tiba,"Rentap itu ada sayap yang menjaganya." Dan rupanya sayap itu adalah Ketua Doumi rupanya.

"Lanaya pula cedera parah. Kami terpaksa menghantar Lanaya pulang ke Bentahrayu. Dia kehilangan Kristal Putihnya. Matrigid terpaksa membawa Lanaya pulang. Tinggal aku bersama Rentap meneruskan rancangan untuk membalas dendam pada musuh kami. Dan kami menerima seseorang yang sangat-sangat kami tunggukan. Xerysus."

"Xerysus?!" Suaranya meninggi sedikit.

"Kenapa,Iput?" Ketua Doumi pelik.

"Dialah yang campak saya di tengah-tengah batu sana. Sudahlah di tolak ke dalam semak. Di campak pula atas batu."kembang kempis hidungnya mengenangkan perbuatan Xerysus itu.

Ketua Doumi meletus dengan tawanya sambil menggeleng kepala.

"Tapi dia juga yang terbaik. Antara dia dan Kuger,dia lebih layak." Kata Ketua Doumi.

"Dia datang sewaktu kami betul-betul perlukan seseorang yang mahir teknik berperang. Rentap begitu bersyukur ketika itu. Segala ilmu perang di ajarkan pada Rentap. Kami mula mengatur serangan demi serangan. Musuh-musuh mula ketakutan. Ada yang mula beralah. Ada yang masih mahu melawan tapi akhirnya mati dengan dahsyat sekali. Semuanya kami hapuskan. Kampung semakin aman. Rentap pula semakin di kenali dan di angkat menjadi ketua." Bibir tuanya mengukir senyuman puas. Seolah-olah semuanya berlaku kelmarin.

"Ermm..Ketua. Rihha tu dari bumi atau makhluk di sini?" Soalan Iput membuatkan Ketua Doumi ketawa seketika.

"Kau tahu...sekuat-kuat manapun seseorang itu pasti ada kelemahannya juga. Malam itu kami berjaga seperti biasa. Xerysus pula hilang entah kemana. Tak lama kemudian dia muncul bersama sesuatu yang di kendong di bahu. Sebaik sahaja dia meletakkan binatang hitam itu ke tanah,semua bertempiaran lari ke atas rumah. Termasuk Rentap. Yang tinggal hanya aku dan Xerysus yang sedang terpinga-pinga di tanah. Rentap menjerit supaya kami menjauhi binatang itu. Xerysus cuma ketawa saja. Dan bila binatang itu sudah tersedar ianya tidak pula bertindak ganas. Lucu betul wajah Rentap ketika itu. Ketakutan betul." Ketua Doumi ketawa kecil.

"Ooh...jadi betullah Rihha tu dari Bumi...tapi kenapa warnanya bertukar biru tua?" Iput tidak berpuas hati.

"Itu kerana Xerysus menggunakan permata biru di pedangnya untuk membawa Rihha ke sini. Sebab itulah warnanya bertukar biru tua."jelas Ketua Doumi.

Iput mengangguk dengan mulut yang melongo. Rupanya begitu kisahnya. Iput tersenyum sendiri.

Kalaulah Akik tahu cerita ni..memang akik akan menjadi begitu bangga dengan datuknya.

"Rehatlah dulu,Iput. Malam nanti mereka berdua akan sampai ke sini. Banyak persiapan yang perlu di lakukan. Kita ada musuh yang perlu di lawan nanti." Ketua Doumi bangun meninggalkan Iput yang sedang di landa rasa gerunnya.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now