Tetap Terpilih.

475 42 0
                                    

Semua yang berada di kerusi tercengang dengan apa yang terjadi. Rufseyna dan Kuger juga begitu. Penilik Cahaya bangun dan terbang ke pentas perlawanan. Dia menghampiri Heleyna.

"Jangan mara!" Deshmir di angkat lalu di halakan tepat ke wajah Penilik Cahaya. Mata Heleyna berkaca-kaca. Butir-butir halus menitik ke pipi. Tangannya bergetar kuat.

"Tolong aku..."

KTANG!

Pedangnya di lepaskan ke tanah. Dia terduduk lemah.

"Kau sudah buktikan yang kau layak untuk menjadi pelindung alam ini,Heleyna. Aku tidak pernah tersilap." Penilik Cahaya tunduk menolak rambut Heleyna ke belakang. Pipi gadis itu di usap lembut.

"Tapi aku sudah membunuh Heloyna. Pembunuh tidak layak untuk menjadi pelindung alam!" Heleyna menangis. Matanya tidak lari dari melihat jasad Heloyna yang penuh berdarah. Dia tidak sengaja mengenakan sihir pemisah jiwa pada kakaknya. Aura pembunuh yang melakukannya. Bukan dia.!

"Aku boleh menghidupkannya kembali asalkan kau setuju denganku." Penilik Cahaya tersenyum manis.

"Ya! Katakan saja aku akan lakukannya." Tangan Penilik Cahaya di genggam pantas. Heleyna mengelap air matanya.

"Kau akan tetap menjadi pelindung alam dan kau akan menjadi anak muridku!" Jari telunjuknya di letakkan di dahi Heleyna lalu di lurutkan hingga berada di antara dua keningnya. Tiga titik cahaya kuning melekat di situ. Penilik Cahaya tersenyum melihatnya. Perlahan-lahan cahaya tadi bertukar menjadi berlian berwarna kuning. Melekat dan tertanam kemas di antara dua keningnya. Heleyna terkaku tidak bersuara.

"Sekarang,mari.!"

Penilik Cahaya melangkah ke arah Heloyna. Dahi Heloyna di sentuh menggunakan tiga jari.

"Inhoumbre soul de Heloyna!" Cahaya putih keluar dari hujung jarinya lalu meliputi tubuh Heloyna. Dan bila cahaya menghilang Heloyna mula terbatuk kecil.

"Aku sudah patahkan sihir kau dan dia ku hidupkan. Sekarang kau persiapkan diri untuk acara malam nanti. Aku harap kau tidak mensia-siakan peluang ini.!" Penilik Cahaya menyentuh kepala Heleyna seketika sebelum menghilang. Heleyna tidak membalas. Perhatiannya hanya pada Heloyna.

"Kakak!" Dia terus menerpa sebaik sahaja Penilik Cahaya menghilang.

"Kau terlalu kuat,adik.!" Heloyna tersenyum walaupun payah.

"Anak-anak!" Rufseyna muncul tiba-tiba di hadapan kembarnya lalu terus merangkul keduanya.

"Awww!" Heloyna mengaduh.

"Oh,maafkan,Mae!" Pelukannya di lepaskan serta merta.

GONGGGG!

Semuanya mengalihkan pandangan ke arah Tuan Lyod yang sedang melayang turun ke pentas.

"Keputusan telah kita ketahui! Pelindung cahaya kita ialah Heleyna Rufseyna!! Dan dengan arahan daripada Penilik Cahaya,saya mengumumkan anak murid Penilik Cahaya yang baharu,Heleyna Rufseyna!!"

Tepukan gemuruh bergema dari setiap penonton. Heleyna hanya mendiamkan diri. Kaku tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Hanya air mata yang kelihatan menitik ke dagunya.

"Tahniah,sayang." Ucap Rufseyna. Heloyna juga tersenyum gembira.

"Bagaimana seorang yang di tolak akademi sihir boleh menjadi anak didik Penilik Cahaya,Mae? Mengarut!" Heleyna mencebik.

"Mari kita pulang. Kamu harus bersedia untuk malam ini. Kamu cukup kuat untuk menggalasnya.!" Kata Rufseyna sambil memapah Heloyna. Dia memetik jari lalu menghilang bersama kembarnya.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now