Izinkan cinta kita.

233 25 6
                                    

Bungai Iput melangkah masuk ke rumah panjang dengan wajah berseri-seri. Tersenyum manis dan menegur sesiapa saja yang terserempak dengannya. Pertemuan singkat bersama Egeni begitu membahagiakan hatinya. Dia bersenandung riang.

"Iput.!" Iput menoleh ke belakang. Mluda anak tuai rumah tersenyum mesra. Di belakangnya terdapat bakul berisi buah tampui.

"Ambillah. Apai kau pesan tadi. Dia kata kau suka sangat buah ini." Bakul itu di tolak ke arah Iput.

"Ohh..ya? Terima kasih...kau ambillah dulu yang selebihnya aku ambil." Balas iput.

"Ehh...tak apa..aku ada lagi sepokok di kebun. Ini untuk kau saja. Aku pulang dahulu. Bakulnya nanti aku ambil,ya." Mluda terus melangkah pergi.

Lama Iput memerhati tubuh lelaki itu pergi. Ada kelainan di mata pemuda itu saat mereka bertentang mata. Ataukah cuma perasaannya saja? Iput menggeleng laju. Bakul berisi buah tampui di seret masuk ke dalam rumahnya. Melihatnya saja sudah mengembangkan air liur.

🌸🌸🌸🌸

"Egeni!"

Egeni menoleh ke belakang. Rufnia berlari- lari anak mendapatkannya. Nafasnya tercungap-cungap sebaik saja dia sampai di hadapan Egeni.

"Kenapa ni? Apa yang berlaku?" Soal Egeni laju.

Rufnia menggeleng sambil mengambil nafas.

"Sibat mahu aku jadi isterinya.!" Bahu Egeni di pegang lalu di goncang kuat. Tidak dipedulikan mata Egeni yang sedang membulat besar memandangnya.

"Kau setuju?" Soalan dari Egeni di jawab dengan anggukan gembira.

"Mae kau? Keluarga kau?"

"Oh,itu..."rasa gembiranya mati serta merta. Dia terdiam di hadapan Egeni.

"Kau patut fikir dahulu,Rufnia. Ini soal dua alam. Aku,..kalau ikutkan hati aku nak saja aku culik Iput kemudian beri dia titisan Alera supaya dia hilang ingatan. Heh..tapi aku tak mahu. Ini soal dua dunia. Sensitif." Egeni terus melangkah pergi meninggalkan Rufnia yang semakin di serbu rasa bersalah.

🌸🌸🌸

Matanya merenung kosong kesibukan yang sedang berlaku di hadapannya. Fikirannya hanya terpacu pada satu perkara. Kristal Nyawa untuk Sibat!. Kenapa Kristal Nyawa itu selalu pecah dan tidak mahu berhubung dengan tubuh Sibat. Apa yang sebenarnya berlaku sebenarnya? Rufnia? Hmmh...perempuan itu memang sedang berduka ketika ini. Tapi..kemungkinan magis anti pemisah dikenakan pada Sibat itu ada juga. yhounki mengeluh lemah. Majlis tertinggi sudah memberi peluang terakhir padanya. Pilihan itu sukar sekali. Bina Kristal Nyawa yang terakhir atau bunuh!.

"Pening kepala!" Bentaknya seorang diri.

"Mayisha,panggilkan Rufnia dan Greyza ke sini." Arahnya pada seekor burung yang sedang galak mencuci pelepahnya. Mayisha mengangguk lalu terbang keluar dari beranda bilik.

🌸🌸🌸

"Aku harap ini yang terakhir. Aku dah penat nak ulang semula. Sudahlah musim anak-anak Lunti keluar sarang sekarang. Boleh mati tau nak cari kristal ni."keluh Momo Alita. Sarung tangan hitam di buka kasar lalu di campak ke dalam tong hitam.

"Aku harap ini yang terakhir juga. Sebab kalau ini gagal juga kita sudah tiada pilihan lain lagi." Zachary menyahut lemah. Tubuhnya calar-balar akibat berlaean dengan beberapa ekor makhluk Lunti sebentar tadi. Salah mereka juga kerana menceroboh ke sarang makhluk itu. Tapi kalau tidak di ceroboh bagaimana mahu dapatkan permata putih yang terbaik?

"Mari pulang.!" Momi Alita melangkah meninggalkan Zachary yang masih terduduk lelah. Mengeluh seketika lelaki itu melihatnya.

🌸🌸🌸

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now