Horyu Zepo

325 32 2
                                    

"Egeni Mogini Enorld. Dari Bentahrayu. Kami perlukan perlindungan sementara. Tolong izinkan kami masuk. Tolonglah." Rayu Egeni di hadapan hologram berbentuk wajah seorang penduduk Horyu.

"Akses di benarkan. Dipersilakan masuk,Egeni." Pintu besar berwarna putih yang gah berdiri di hadapan mereka tadi menghilang sekelip mata. Yang terlihat sekarang ialah kesibukan penduduk Horyu. Horyu Zepo.

"Kau di mana? Aku perlukan kau sekarang."

"Ya?" Iput hairan melihat Egeni bercakap seorang diri.

"Bukan kau,lah...kawan aku ni..mari!" Bahu Iput di paut rapat dan mereka melangkah bersama.

Rata-rata penduduk Horyu Zepo gilakan kerja. Kelengkapan rumah semuanya semudah kata. Robot di mana-mana.

"Kenapa mereka di sini tidak gunakan sihir,Egeni?" Akhirnya terkeluar ayat yang mahu di tanyakan itu.

"Nanti aku jelaskan. Kita cari kawan aku dulu." Balas Egeni.

Iput melihat kelainan di wajah Egeni. Tingkah lakunya juga sedikit bertukar. Tiada lagi Egeni yang suka mengusiknya,yang suka mengatakan orang bumi makan batu,gemuk dan sungguh cerewet dalam makanan. Egeni yang di hadapan matanya kini lebih banyak berdiam diri dan mudah marah.

Egeni berhenti melangkah tiba-tiba. Tapak tangannya di angkat tinggi melambai ke arah seseorang.

"Hey!! Lama tak jumpa kau!" Kedua mereka berjabat mesra.

Iput sedikit hairan melihat lelaki di hadapannya ini. Terdapat rantai berwarna biru muda yang bersinar di lehernya. Di bahagian tulang pipinya tercalit serbuk berwarna biru.

"Ini tetamu Bentahrayu,Iput." Egeni menunjuk ke arah Iput.

"Hai, aku Hechul Ioga. Panggil aku Hechul saja. Mari naik. Kau mesti sudah kesejukan." Hechul menekan sesuatu di tangannya. Atau lebih kepada sebuah kunci.

"Jaga-jaga!" Katanya. Egeni segera menarik Iput agar sedikit jauh dari kenderaan yang terapung di hadapan mereka.

"Mari!" Hechul melompat ke dalam kenderaannya.

"Camry,bawa aku pulang ke rumah."kata Hechul. Mereka bertiga duduk mengeliling sebuah meja bulat. 
Saat kenderaan itu mula bergerak Iput dengan pantas mencapai tapak tangan Egeni lalu di genggam kuat. Matanya di pejam rapat.

⚘⚘⚘

"Ini Horyu Zepo,Iput. Kami tiada magis. Tapi kami ada alatan yang canggih untuk di gunakan."terang Hechul. Iput terangguk-angguk.

"Oh,ya...di makmal ada seorang penduduk Horyu bernama Darsey.. Emm..Katya Ijo. Kalau tak silap aku itu namanya." Hechul menggosok-gosok dagunya. Tabiat bila sedang berfikir.

"Dia tak tahulah. Dia tak pernah bertemu Kat lagi. Yang ada pun Houli saja." Celah Egeni.

Iput tersengeh malu.

"Tak pa..nanti kau akan jumpa juga. Dia pakar senjata di Bentahrayu tahu. Bahaya! Setiap yang ada di tubuhnya punyai fungsi tersendiri. Jika kau lihat dia sedang mengikat rambut,percayalah! Dia sedang merakam kau yang berada di belakangnya." Begitu bersemangat Hechul bercerita berserta gambaran di mindanya.

Iput hanya terangguk penuh takjub. Hanya Egeni yang duduk agak jauh dari mereka berdua,dadanya berdenyut tiba-tiba. Belakang telinga terasa sakit setiap setengah jam. Egeni  cuba untuk menghubungi Heleyna. Namun tak berjaya. Nious dan yang lain-lain juga sama. Semuanya mematikan deria angin masing-masing.

"Egeni."

Egeni memaling ke sisinya.

"Kenapa? Kau sakitkah?"ada riak risau di wajah Iput.

"Aku risaukan kau saja. Kau tu sudahlah tak pandai berlawan. Berat pula tu. Belakang aku ni masih sakit lagi sebab dukung kau kelmarin." Egeni menunjuk belakangnya pada Iput.

"Sini saya tolong urutkan." Belakang Egeni di sentuh lembut.

"Eh! Jangan!" Sepantas kilat Egeni bangun dan mencapai kain di atas meja lalu membungkus rambutnya.

"Ooww...wow... " entah dari mana muncul wajah Hechul dengan senyuman nakalnya. Ada sesuatu yang sedang berlaku disini fikirnya.

⚘⚘⚘

Enorld masih tidak percaya dengan apa yang di lihatnya. Rumah milik pasangan Oslo itu sudah ranap! Ianya hancur seperti di pijak oleh raksaksa besar. Semuanya rapat ke bumi.

"Lugia!" Laungnya. Sunyi.

"Lugini!" Dia melangkah rapat ke arah rumah yang sudah roboh itu. Berharap dapat menemui sesuatu yang boleh di selamatkannya. Tapak tangannya di kepal kuat menahan rasa sakit hatinya. Siapalah yang tergamak melakukan hal ini? Di mana si kecil itu? Abang Gill?

KRAK!

"Eno..." dari celah-celah runtuhan terjulur tangan milik Lugia.

"Boushka!" Serta-merta kayu yang berada di atas tubuh Lugia terbang seperti di tepis kuat. Tubuh Lugia tertiarap di bawah runtuhan itu di angkat lalu di baringkan di bawah pokok.

"Apa yang sudah berlaku? Mana Lugini dan Abang Gill?" Wajah Lugia di usap lembut. Membuang tanah yang melekat di pipi dan dahinya.

"Kami di serang oleh Elite. Mereka sudah tahu aku isteri Gill. Aku bertahan di sini sebab memang aku yang di inginkan oleh mereka. Tapi bila mereka mahukan Lugini juga aku tak benarkan. Kami berlawan. Akhirnya aku minta supaya Gill pergi bersama Lugini. Biarlah aku yang melawan mereka. Jaga-jaga Enorld. Jangan kau tewas dengan mereka."matanya layu melihat kepada runtuhan rumahnya. Kejadian   malam tadi masih segar terasa.

"Kau mesti selamatkan Lugini,Eno. Dia saja yang aku ada. Dialah penguat untuk aku terus hidup. Tolong cari mereka,Eno."pinta Lugia.

Enorld terdiam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mencarinya. Tapi yang pasti dia mesti tempatkan Lugia di tempat yang selamat dahulu. Enorld teringat pada satu tempat.

"Celio Portal. Mari,aku selamatkan kau dahulu." Tubuh Lugia di kendong lalu menghilang dalam cahaya biru.

⚘⚘⚘

"Dia siapa?"

"Dia kawan aku. Aku perlukan rumah dan terasnya adalah kristal putih."kata Enorld.

"Kristal putih? Aku tak rasa dia ini orang biasa-biasa saja."

"Tolonglah,Voula. Hanya kau yang aku ada sekarang ni. Aku perlu selamatkan dia." Enorld cuba untuk memujuk. Tapi Voula masih lagi sangsi. Bimbang Enorld bertindak di luar batas.

"Di mana kau mahu tempatkannya?" Soal Voula.

"Di Hutan Hedes."jawab Enorld.

"Kau gila?! Tak ada orang yang mahu duduk di dalam Hedes. Kau mahu selamatkan dia atau mahu bunuh dia sebenarnya?" Voula terkejut besar.

"Sebab itulah aku mahu letakkan di situ. Tolonglah. Aku tahu apa yang aku lakukan."

"Hmmh...kau memang gila,Eno." Voula mengeluh lemah.

Dia melangkah ke arah rak besar yang terdapat beberapa buah rumah berbentuk kecik tersusun kemas di situ. Rumah kecil berwarna hijau lumut di capainya lalu di masukkan ke dalam kotak.

"Ini yang sesuai untuk Hedes. Aku ingat aku takkan gunakannya. Tak sia-sia aku cipta boneka ni." Voula meletakkan kotak baldu merah itu di hadapan Enorld.

"Terima kasih. Aku pergi dulu."

"Hey! Kau tak mahu tunggu hingga dia sembuh?" Matanya melirik pada Lugia yang terbaring lemah.

"Setiap masa yang terbazir membuatkan nyawa yang lain terancam. Celio portal. Terima kasih untuk ini. Aku akan datang lagi nanti."kata Enorld. Tubuh Lugia dikendong lagi.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now