Mata.

386 43 0
                                    

Rufnia tersenyum melihat Iput di sebalik dinding kaca. Gadis itu sedang resah. Dia tersenyum lucu. Perlahan-lahan pintu di tolak.

"Siapa?" Soal Iput.

Telinganya begitu awas dengan sebarang bunyi.

Rufnia melangkah mendekati Iput lalu terus mendakap tubuhnya.

"Iput!"

Iput yang membeku melepaskan nafas lega.

"Rufnia..Iput di mana sekarang?" Soalnya.

"Iput di tempat saya. Maafkan saya. Saya sudah kehabisan tenaga malam itu. Mereka terpaksa membawa Iput bersama kerna Iput terikat dengan saya." Jelas Rufnia.

"Tapi...kenapa Iput tak boleh melihat Rufnia seperti selalu?" Soalnya.

"Iput mahu melihat?" Rufnia menghulurkan tangannya pada Egeni,meminta botol Titisan Hedes.

"Bolehkah?" Iput ragu-ragu.

"Rufnia ada ubat. Mahu? Rufnia tidak memaksa. Terpulang pada Iput." Botol kecil di letakkan pada tapak tangan Iput.

"Ubat apa ini?"

"Ini adalah madu dari bunga Hedes. Ianya sangat mujarab untuk mata. Titiskan pada mata,Demi Aries kamu akan boleh melihat semula." Tapak tangannya di letakkan pada pipi Iput.

"Betulkah? Tidak menyakitkan?" Rasa ingin mencuba mula menyucuk hati.

"Ya..saya pernah gunakannya dulu."Rufnia cuba meyakinkan Iput.

"Baiklah. Tolong saya." Botol kecil itu di suakan pada Rufnia.

"Baring dahulu. Saya titiskan,ya."

Iput mengangguk sambil menarik nafas dalam.

"Selesai." Kata Rufnia.

"Emmm..mengantuknya..huarghh!" Iput menguap tiba-tiba terus terlena.

Egeni begitu ralit memerhati setiap tingkah laku Iput. Baginya gadis itu ada sesuatu yang menariknya untuk terus melihat. Kain pua kumbu yang terletak di bahunya di selimutkan ke tubuh Iput.

"Saya keluar dahulu. Nanti bila dia sudah sedar panggilkan saya."kata Rufnia. Egeni mengangguk lalu mengambil tempat di sisi Iput.

⚘⚘⚘

"Rufnia?" Iput terkebil-kebil merenung Egeni. Egeni yang tertidur dengan wajah tersembam tidak menyedari Iput telah bangun dari tidurnya.

Rambut kuning Egeni di gosok pelahan.

"Rufnia?" Panggil Iput lagi. Bahu Egeni di tepuk lembut.

"Emmh..." Egeni terbangun. Bulat matanya merenung Iput yang sedang tersenyum manis.

"Rufnia,saya dah boleh melihat!" Tubuh Egeni di peluk erat dan di goyang ke kiri ke kanan.

"Er...Kamu salah orang sebenarnya." Egeni meleraikan pelukan Iput yang di rasakan mencekik lehernya.

"Rufnia? Kenapa suara kamu lain?" Iput tersenyum-senyum.

"Kamu salah orang. Saya cuma menjaga kamu dalam bilik ini. Saya akan panggilkan Rufnia." Egeni berdiri dan terus melangkah keluar tanpa melihat wajah Iput. Kedua-dua tangannya tergenggam kuat.

"Tolong beritahu pada Rufnia yang Iput sudah sedar."arahnya pada Nious  dan menghilang sekelip mata.

Nious terkedu untuk beberapa saat sebelum menjungkit bahu.

⚘⚘⚘

"Rasa apa ini? Aku sakitkah?" Dadanya di usap perlahan-lahan. Jantungnya masih lagi berdengup kencang. Bau haruman rambut Iput masih terasa di hidungnya.

Egeni membuka baju lalu terus menjunam ke dalam air terjun Hedes. Lama dia berenang sambil tersenyum teringatkan pelukan Iput tadi. Dari atas kelihatan satu bebola kuning sedang bergerak di dalam air dalam itu yang sebenarnya ialah rambut kuning Egeni.

"Hah!" Dia muncul ke permukaan setelah sepuluh minit berenang tanpa henti.

"Aku ingatkan kau nak mati!" Jabar membaling ranting kayu ke arah Egeni.

"Bila kau datang?" Soal Egeni lalu mencapai bajunya.

"Baru je. Panas dalam makmal. Tak tahan aku. Hiah!" Jabar terjun ke dalam air.

KECEBUR!!

Egeni tersenyum sambil menggeleng kepala.

"Sekejapnya kau mandi? Tak nak terjun lagi?" Soal Jabar.

"Nahhh." Egeni menggeleng.

Jabar kembali tenggelam dan berenang tanpa pedulikan Egeni lagi.

⚘⚘⚘

"Ruffy?"

Rufnia menoleh. Bujang Sibat berdiri sambil membawa segelas air di tangan.

"Untuk saya?" Soal Rufnia.

"Em.!" Bujang Sibat mengangguk laju berserta senyuman.

"Terima kasih..duduklah."pelawa Rufnia.

"Ermm..kenapa mereka tak lepaskan Iput macam saya?" Soal Bujang Sibat.

Rufnia tersenyum saja. Gelas yang sudah kosong di letakkan di atas ribanya.

"Kami tak pernah mengurung kamu dan Iput. Kamu berdua bebas untuk ke mana-mana.. cuma Iput belum bersedia untuk melangkah keluar."beritahu Rufnia.

"Boleh saya berjumpa dengannya?" Usul Bujang Sibat.

"Boleh. Saya pun tertunggu-tunggu untuk temukan kamu berdua." Rufnia ketawa kecil.

"Sekarang boleh?" Soal Bujang Sibat lagi. Rufnia mengangguk dan segera bangun.

"Mari ikut saya." Gelas yang kosong tadi di bawa bersama.

⚘⚘⚘

"Iput?" Panggil Rufnia.

"Ya?" Iput tersenyum menyambut kedatangan Rufnia. Matanya sesekali lari ke arah Bujang Sibat di belakang Rufnia.

"Kamu tak apa-apa,Iput?" Soal Bujang Sibat.

Iput diam,memerhati lelaki yang bertanya keadaan dirinya dengan penuh tanda tanya.

"Aku Sibat."

"Sibat?!" Iput terkejut besar. Bujang Sibat di hadapannya nampak lain. Rambut kusutnya sudah pendek dan di potong kemas. Tubuhnya juga tegap dan kelihatan segak. Iput tergelak dengan rasa tak percaya.

"Aku Sibat. Bujang Sibatlah. Kenapa ketawa?" Bujang Sibat menyoal hairan.

"Tak percaya rasanya. Hahaha..." Iput ketawa lagi.

"Kau boleh melihat aku Iput?" Bujang Sibat merapatkan wajahnya ke wajah Iput. Matanya merenung tepat bola mata Iput hingga terdiam gadis itu.

"Kau dah boleh melihat?" Soalnya lagi.

"Err...ya.!" Iput mengesot ke belakang sedikit. Menjarakkan dirinya dari Bujang Sibat.

"Tentu Indai kau gembira kalau dia tahu,Iput.!" Bujang Sibat berkata gembira.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now