Culik. (Part 2 )

392 42 0
                                    

"Ahh...beratnya.." Bujang Sibat tersedar kerana terasa sesuatu yang berat di dadanya. Matanya di gosok seketika lalu menguap.

"Siapa pula ni?" Rambut kelabu yang menutupi wajah Rufnia di selak. Lama dia memerhati wajah itu. Jarinya di mainkan berlian yang melekat di dahi Rufnia.

"Mang."panggilnya. Oleh kerana dia tidak tahu nama Rufnia jadi di terus menggelarnya Kumang,kerana Rufnia juga seorang yang cantik pada pandangannya. Yang menghairankannya ialah batu yang berwarna putih yang melekat di dahi Rufnia. Bujang Sibat bangun perlahan-lahan dan memangku kepala Rufnia.

"Kumang? Tidur matikah?" Hidung Rufnia di cuitnya berkali-kali. Namun Rufnia tetap kaku. Terdetik di hati Bujang Sibat untuk meletakkan jarinya pada lubang hidung Rufnia kerana kedinginan tubuh Rufnia. Namun dia takut untuk mengetahui perkara sebenarnya. Perkara yang buruk mula mengasak ke minda.

"Mang? Bangun,Mang.!" Pipi Rufnia di tepuk perlahan.

"Si..bat?" Rufnia celik tiba-tiba. Rasa panas dari pelukan Bujang Sibat menyedarkannya. Dengan pantas dia menjarakkan diri.

"Maafkan saya! Maafkan saya! Saya tak sengaja,maafkan saya!" Rufnia menyembah berkali-kali. Menggigil tubuhnya membayangkan hukuman yang akan di berikan lelaki itu.

"Hahahahaha...."Bujang Sibat ketawa mengekek. Lucu melihat kelakuan Rufnia yang tiba-tiba begitu.

"Saya..saya tak sengaja. Maafkan saya,Sibat." Rufnia teresak-esak.

"Apa yang terjadi sebenarnya?" Bujang Sibat hairan. Bagaimana dia boleh berada di sungai dengan wanita yang sedang tidur di dadanya. Apa yang terjadi sebenarnya? Soalan itu terus mengasak mindanya.

"Hah?" Terbeliak mata Rufnia bila melihat berlian di dahinya jatuh satu persatu. Tubuhnya menggigil.

"Iput.!" Dia teringatkan Iput di rumah panjang. Saatnya sudah tiba. Rufnia tercungap-cungap. Tangannya cuba menggapai Bujang Sibat. Baru sahaja Bujang Sibat ingin menyambut Rufnia rebah kembali.

⚘⚘⚘

"Huff! Huff! Huff!" Bungai Iput cuba mencari nafas. Dadanya turun naik cuba menyedut udara dan akhirnya terkulai di tempat tidurnya. Seekor kelip-kelip biru keluar dari mulutnya lalu pecah menjadi percikan cahaya dan menghilang.

"Chelio portal."

Egeni muncul di sebelah Iput dalam keadaan melutut. Lama dia merenung wajah Iput,cuba untuk memadankan dengan imej yang di berikan oleh Penilik Cahaya padanya.

"Rasa macam betul. Hurm..."keningnya di angkat tinggi.

Dia cuba memerhati sekitar bilik itu. Terdapat kain berwarna coklat bercorak unik yang menarik perhatiannya. Egeni melangkah mendekatinya lalu di sentuh lembut.

"Emm..aku ambil yang inilah." Kain yang tergantung di dinding itu di rentap dan di masukkan ke dalam beg di belakangnya. Dia menapak semula ke arah Iput lalu mencangkung di tepinya.

"Macam berat makhluk ni. Boleh ke aku bawa?" Dia berkata sendiri. Kedua-dua tangan Iput di tarik agar Iput duduk dan di sangkut ke bahunya. Perlahan-lahan di meletakkan tangan ke paha Iput lalu mendukungnya.

"Wanginya..." saat rambut Iput terkena wajahnya Egeni terpejam seketika.

"Chelio portal!" Kedua-duanya menghilang sekelip mata.

⚘⚘⚘

"Chelio portal.!"

Yhounki muncul tidak jauh dari Bujang Sibat dan Rufnia.

"Hai?" Sapanya.

Bujang Sibat menoleh pantas.

"Faenta!"

Serentak itu tubuh Bujang Sibat rebah ke bumi. Dia telah di pengsankan oleh Yhounki.

Yhounki melangkah pula ke arah Rufnia. Bibir Rufnia di buka sedikit.

"Energa soul de Rufnia.!"

Ada cahaya putih yang keluar dari tapak tangannya lalu menjalar masuk ke dalam mulut Rufnia.

Serentak itu Rufnia mula terbatuk-batuk. Namun dia masih tidak sedarkan diri. Matanya masih terpejam rapat.

Yhounki mendukung Rufnia dan melangkah merapati Bujang Sibat. Dia melutut lalu tapak tangannya di letakkan ke dada Bujang Sibat.

"Chelio portal!"

Mereka bertiga hilang sekelip mata.

⚘⚘⚘

Momo Alita masih lagi sedang memuatkan semua kajian Rufnia ke dalam kantung yang di bawanya.

"Boleh tahan banyak juga. Huffff...penat.!" Dia mengeluh seorang diri.

"Chelio portal!" 

Dia menghilang dengan tiga kantung beg yang besar.

⚘⚘⚘

Rufseyna dan Greyza sudah sedia menanti di Bilik Portal pecah dengan tangisan saat Yhounki muncul bersama Rufnia.

"Ruffy!" Tubuh Rufnia di peluk erat.

"Healer!" Arah Tuan Lyod.

Heleyna Rufseya,Nious Xefron dan Gimba Houli lantas menjalankan tugas. Gimba menutup sayapnya lalu mencempung tubuh Rufnia dan di bawa ke katil. Yhounki pula masih berusaha memapah Bujang Sibat.

"Beratnya makhluk ni!" Jerit Yhounki. Dia terpaksa mengalah dan menunggu Gimba datang menolongnya.

"Mungkin dari puak batu."kata Gimba.

Bersusah payah mereka mengheret tubuh Bujang Sibat untuk di baringkan ke atas katil. Tuan Lyod tersenyum lucu.

"Egeni!" Heleyna segera mendapatkan Egeni yang sedang mendukung Iput.

"Katil mana katil? Berat ni!" Tubuh Iput di humban ke atas katil. Egeni terbaring di tepi Iput.

"Aaahh..penatnya..."kata Egeni.

"Jangan nak berpura-puralah. Tak sampai sepuluh minit pun.!"marah Heleyna.

Egeni tersengeh-sengeh.

Tubuh Iput yang tertiarap di lentangkan dan di selimutkan.

"Mana Momo?" Soal Tuan Lyod.

BUSH!

"Di sini!"  Hanya tangan sahaja yang kelihatan dari timbunan kantung yang banyak itu.

"Semua sudah selamat. Baguslah."kata Tuan Lyod.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now