Serangan yang mengalahkan.

251 32 1
                                    

Bunyi pedang berdenting dengan kuat buat kali terakhir sebelum suasana bertukar sunyi,tiada pergerakan dari kedua-dua pihak. Hanya desahan nafas yang terhambur laju,masing-masing kemas memegang pedang. Pandangan mata tajam menumpu pihak lawan. Kedua-duanya belum mahu mengaku kalah lagi nampaknya. Heleyna bersama Helflixnya dan Puguzhanti bersama Heumora,Masing-masing dalam aura pembunuh.

Melihat pada tubuh badan Puguzhanti yang calar balar dan penuh luka nampaknya dia telah di serang teruk oleh Heleyna.

"Apahal ni? Dah mengah terok nampak?" Perli Heleyna. Hujung pedang di lalukan ke tanah sambil dia berjalan mengelilingi Puguzhanti.

"Ah!"

Tubuh lawannya jatuh ke tanah setelah di tendang dari belakang.

"Masih mahu melawan aku?" Heleyna mencangkung. Tangannya mencekak dagu Puguzhanti lalu di dongak menghadapnya.

"Kau memang hebat. Tapi kau juga bodoh. Fursolektra!" Puguzhanti tersenyum sinis. Heleyna sudah termasuk dalam perangkapnya.

"Ark! Arrghhhhhhhhh!" Jeritan nyaring dari Heleyna dengan tubuh menggeletar  terus menumbangkannya lalu pengsan. Tubuhnya mula mengeluarkan asap sebelum aura pembunuhnya semakin menghilang lalu kembali pada asal. Sihir arus eletrik dari Puguzhanti menamatkan terus perlawanan yang di kuasai oleh Heleyna  pada mulanya.

"Boleh tahan juga kau ya...sakit tubuh aku ni. Haduhhh....nasib muka kacak tak calar."wajahnya melalui pantulan pedangnya.

"Tahniah!" Kuger mendarat kemas di hadapan Puguzhanti.

"Tahniah saja? Mana hadiah?"

"Nah..." Kuger mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya. Uncang berisi kotak kecil di baling pada Puguzhanti.

"Wahhhh.....hahahahahaha...."Puguzhanti ketawa gembira. Terhencot-hencot dia bangun melangkah keluar dari tempat perlawanan bersama senyuman gembira.

☘☘☘

"Heleyna belum bersedia lagi nampaknya. Hmmh..." Tuan Lyod tunduk merenung hujung kakinya. Dia harus fikirkan sesuatu untuk membantu Heleyna nanti. Estasia juga sedang mempersiapkan diri untuk melawan musuh mereka. Nampaknya Estasia juga tidak terlalu berharap pada Heleyna. Dan dia? Dia sebenarnya buntu. Di mana lagi tempat yang boleh untuk di jadikan tempat persembunyian jasad Kristal Hitam itu. Semuanya sudah di cuba namun tetap hatinya merasakan tempat itu akan di ketahui juga nanti. Dia tahu siapa Kristal Hitam itu. Dia tahu apa kebolehannya. Dia juga tahu apa akan berlaku jika Kristal Hitam mendapat jasad sebenarnya.

"Hmmmhhh..."nafasnya terhela lemah.

"Kemana lagi harus aku bawa?" Lyod merenung langit.

Lugia.

Lyod tersentak,satu nama muncul tiba-tiba menerjah ke dalam mindanya. Ya,kenapa dia tidak terfikirkan nama itu sebelum ini? Lyod menepuk dahinya. Tapi dimana harus dia mencari ''orang terbuang'' itu? Hmmh, buat kali ke dua dia mengeluh lemah. Arahan supaya di hapuskan keturunan Sora sudah lama di keluarkan dahulu. Kini tiada yang terasisa untuknya lagi. Lyod terduduk lemah.

"Bodoh!!!" sumpahnya seorang diri.

"Enorld!" pangginya sambil memejam mata. Menyeru nama yang di rasakan tahu sesuatu berkaitan dengan kematian keluarga Sora.

"Ya,Tuan." panggilannya di sahut pantas.

"Adakah kau tahu sesuatu berkaitan keluarga Sora?" soal Lyod.

Tiada balasan dari Enorld. Lyod mengerutkan dahi.

"Enorld? kau masih di situ?" soalnya lagi.

"Ya, Tuan. Saya di sini. Ermm, kenapa tiba -tiba saja Tuan bertanya tentang keluarga terbuang?"

"Aku mahukan mencari sesuatu yang mustahak. Mungkin ada sepihan dari mereka yang masih hidup. Aku perlukan sesuatu." balas Lyod.

"Sesuatu seperti apa?"

"Mungkin ada di antara yang tersisa mengetahui di mana tempat untuk menyembunyikan jasad  milik Kristal Hitam. Aku betul-betul perlukannya. Aku sudah buntu,Eno. Kemana saja aku bawa jasad itu semuanya aku rasakan bagai ada yang tak kena,bagai ada yang mengetahui tempat yang aku sembunyikan itu. Aku takut andai jasad itu di temui oleh pemiliknya lalu Bentahrayu menjadi hancur."

"Ermm,aku tak pasti tentang itu. Boleh tanyakan pada Kuger. Dia yang mengerahkan orangnya pada hari itu." Sahutan dari Enorld agak menghampakannya. 

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now