Si Cantik Buta.

421 45 0
                                    

Bilik berkaca yang menempatkan Rufnia,Bujang Sibat dan Iput tertutup rapat. Tuan Lyod dan Penilik Cahaya berdiri memerhati dari luar. Setakat ini keadaan Rufnia sangat lemah dan perlukan tabung aura untuk terus bernafas. Mungkin dalam seminggu dua Rufnia akan sedar sepenuhnya.

Bujang Sibat pula telah di berikan ubat penenang kerana bertindak agresif bila dia tersedar tadi. Iput pula masih belum sedarkan diri walaupun sudah di patahkan sihir Rufnia padanya. Penilik Cahaya tidak menaruh harapan yang tinggi melihat keadaan Iput.

"Saya rasa kita sudah boleh asingkan lelaki itu dahulu. Berikan dia bilik sendiri dan biarkan dia sedar. Kita akan jelaskan padanya nanti. Tolong jangan berikan sebarang ubat padanya. Jika dia lapar sediakan makanan buatnya." Arahan di berikan ada Healer Towa.

"Baiklah. Emm..makanan apa yang patut kita hidangkan?" Soal Towa kembali.

"Boleh buka kajian Rufnia dan cari kajian tentang pemakanan manusia. Mungkin kamu boleh cipta sesuatu darinya."balas Penilik Cahaya.

"Baiklah. Saya pergi dahulu." Towa mengundur diri.

"Saya pun ingin pulang sebentar. Saya hendak siapkan laporan untuk pembentangan kita malam ini." Tuan Lyod meminta diri.

"Baiklah." Penilik Cahaya mengangguk.

⚘⚘⚘

Di tepi air terjun Hedes,Egeni duduk seorang diri dengan sehelai kain di tangannya.

"Wanginya rambut dia..."matanya terpejam membayangkan rambut Iput yang menyentuh wajahnya pagi tadi.

"Bila kau nak sedar,si wangi?" Soalannya di tujukan pada kain di tangannya. Matanya di pejamkan kembali. Cuba mebayabgkan warna mata Iput,senyuman Iput. Egeni tegelak kecil.

"Aku sakitkah?"

⚘⚘⚘

Rumah panjang Ajit menjadi kecoh lagi dengan kejadian malam tadi. Ranti dan Senia sudah bengkak matanya kerna terlalu banyak menangis.

"Pagi tadi semasa aku memanggilnya dia tidak menyahut. Aku pergi lihat kelambunya. Kosong. Tilam dan selimutnya bersepah. Seperti dia sedang bergelut dengan sesuatu. Puak kumbu kesayangannya juga hilang,Tuai Rumah." Ranti masih tersedu-sedu.

"Pelik. Pintu utama berkunci. Bagaimana penculik itu masuk?" Tuai Rumah semakin hairan.

"Tuai Rumah!" Semua yang ada tertumpu pada muka pintu utama.

Bujang Ason dan isterinya berlari cemas.

"Kenapa,Ason?" Soal Tuai Rumah.

"Sibat hilang. Malam tadi dia langsung tidak pulang. Sugi kata dia melihat Sibat atas bukit tepi Atoi. Dia ada menyuruhnya pulang tapi Sibat masih mahu menunggu kelip-kelip katanya. Bila aku pergi mahu panggil dia pulang,dia dah tiada di sana. Aku cuma jumpa ini di celah-celah batu tepi sungai." Rantai taring babi hutan di tunjukkan pada Tuai Rumah.

"Sibat tak pernah tidak pulang,Tuai Rumah.  Kalaupun dia lambat pulang dia akan masuk melalui dapur. Tapi malam tadi tiada. Aku takut Tuai Rumah. Tolonglah.!"rayu isteri Ason,Simah.

Semua yang ada ketika itu bertambah bingung dan terkejut. Kehilangan Iput dan Bujang Sibat begitu aneh fikir mereka. Seorang tidak waras dan seorang lagi buta. Entah apa yang di mahukan oleh penculik itu?

⚘⚘⚘

"Mae...."

"Mae..."

"Ruffy!" Rufseyna yang tertidur di sisi kembarnya terjaga. Pantas tapak tangan Rufnia di genggam erat.

"Seyna?!" Rufnia membuka matanya luas-luas.

"Seyna? Aku bermimpikah?" Pipi Rufseyna di sentuhnya.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now