Rindu

372 40 2
                                    

Daun-daun berbentuk hati berwarna jingga mula luruh satu persatu,terpisah sahaja daun jingga tempatnya akan di ganti dengan pucuk merah hati. Di bawah pokok suci itu Nious dan Heleyna sedang tersenyum menikmati pemandangannya.

"Cantik,bukan?" Heleyna melirik ke arah Nious.

"Nak lihat yang lebih cantik?" Soal Nious.

"Emph!" Heleyna mengangguk laju.

"Freelifia!" Laung Nious.

Serentak itu daun-daun yang galak luruh terhenti gerakannya. Hanya dia dan Heleyna sahaja yang bergerak di bawah pokok itu. Heleyna ternganga. Jari telunjuknya menyentuh satu persatu daun yang tergantung di hadapannya.

"Cantiknya......" dia berpusing-pusing. Permata di dahinya bertukar warna merah jambu seiring perasaannya,dan Nious kaku melihat sesuatu yang lebih indah dari apa yang di lakukannya tadi.

"Heleyna Rufseyna Duprice...kau lebih cantik." Nious tanpa sedar menuturkannya.

"Nious! Mari!" Heleyna mencapai tapak tangan Nious lalu berlari-lari anak melanggar daun-daun yang kaku.

"Wahhhh.....hahahahha..."  Heleyna masih terlompat-lompat gembira.

⚘⚘⚘

"Secocok dan sama gila." Rufnia tergelak kecil. Gelagat Nious dan Heleyna di perhatikan dari tingkap bilik Iput.

"Ermmm...Rufnia..kamu tak mahu pulang ke bumi semula?" Soal Iput tiba-tiba.

"Ah?"

"Err...kamu tak mahu pulang ke bumi semula?" Ulang Iput lagi.

"Saya sudah di ampunkan." Rufnia tersenyum gembira.

"Oooh...". Iput tunduk merenung lantai.

"Kamu rindukan bumi?"

"Rindu..terlalu rindu,Rufnia. Agak-agak...sudah berapa lamaaku di sini?" Soal Iput kembali.

Rufnia agak kehilangan kata-kata untuk menjawab.

"Err...setahun mungkin?" Tebaknya.

Iput terkejut besar.

"Setahun? Takkanlah!...tapi kalau setahun... Mesti orang disana sudah andaikan aku dan Sibat sudah mati. Mesti mereka sudah adakan acara untuk aku dan Sibat." Iput tertunduk menahan air matanya. Tapak tangannya bergetar, esakan kecil mula kedengaran.

"Maafkan aku,Iput. Aku punca semua ini. Maafkan aku." Tubuh Iput di peluknya. Dalam fikirannya kini hanya terfikir cara untuk kembalikan Iput ke tempat asalnya sahaja.

⚘⚘⚘

Hujan biru menitis lalu menimpa bumbung kaca bilik si jejaka. Dengan tangan yang bersilang di belakang kepala,Egeni terkebil-kebil merenung ke atas. Bumbung yang lutsinar menambahkan lagi suasana asyik di biliknya. Egeni mengeluh sebelum memgiring ke kiri.

"Dia mahu pulang.." gumamnya.

"Dada aku sakit! Argh! Kenapa?!" Egeni menyentuh kiri dadanya. Rasa sakit itu tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Ianya sakit tapi sedih dalam masa yang sama. Egeni sukar mengerti.

"Tolong jangan pergi...tolong..."matanya perlahan-lahan tertutup.

Sebiji mutiara kuning bersinar terang keluar dari mulutnya lalu terbang menembusi bumbung biliknya.

⚘⚘⚘

Iput yang sedang tidur lena tidak menyedari kehadiran cahaya kuning di hujung kepalanya. Perlahan-lahan mutiara itu hinggap di dahi Iput lalu tenggelam hilang. Anehnya kepala Iput tidak kelihatan apa-apa kesannya pun.

Gadis pua kumbuWhere stories live. Discover now