[ Teeradon Supanpopinya || King Qashah Hud ]

Sawadikhap. My name is Teeradon Supanpopinya. I hold the character as King Qashah Hud, a brother of Qistina. We are twin.

Sama seperti Qistina, aku juga daripada keturunan dan darah di-Raja. Nama pun kembar. Aku anak kedua selepas Mikhail, abang sulung kami.

Aku dan Qistina terus berpindah ke Malaysia selepas tamat sahaja persekolahan di Thailand. Aku ikut Qistina untuk tengok-tengokkan dia, sama macam Mikhail. Tapi sejak aku ikut pindah ke KL, abang Mikhail bagi sepenuhnya tanggungjawab untuk aku jaga Qistina di sini. Adalah juga kadang-kadang dia turun KL nak tengok-tengokkan kita orang berdua. Aku tahu Qistina agak nakal, tapi aku yakin yang dia boleh jaga diri dengan baik. Aku cuma perhatikan dia dari jauh. Itu pun dah cukup.

Tapi kalau ada apa-apa yang terjadi pada adik aku tu, akulah orang pertama yang akan kejar dan akan cari orang yang buat masalah tu sampai ke lubang cacing. Jangan main-main sama gua.

Oh, ya. Aku pun student macam Qistina. Tapi kami tak satu kolej. Aku belajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (IPTA) - Prince Victory International College, kolej yang hanya dikhaskan untuk pelajar lelaki saja. Kenapa aku masuk ke kolej ni? Kau orang tanya daddy aku.

Sambil-sambil aku belajar, aku ada buat kerja sambilan sebagai pembantu cef di sebuah hotel milik arwah mummy aku yang sedang dijaga oleh kakak daddy, mummy saudara aku, Ria Rohan. Minat aku memang ke arah bidang masakan. Sebab itu aku mengambil Jurusan Kulinari di kolej dan bukannya Jurusan Perniagan seperti abang Mikhail.

Aku tak mahu jadi seperti abang aku yang satu tu, menurut saja kehendak daddy buta-buta. Aku buat kerja sambilan ini pun sebagai latihan sebelum aku mengambil alih kedudukan aku sebagai pemilik sebenar hotel itu daripada mummy Ria yang sedang menjaganya buat sementara waktu ini.

••

[ Hafidz Roshdi || Ashraf Syiran ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Hafidz Roshdi || Ashraf Syiran ]

Assalamualaikum. Nama saya Hafidz Roshdi. Pelakon terkenal di Malaysia. Saya memegang watak sebagai Ashraf Syiran dalam novel ini.

Ash ni seorang playboy. Dia mula mengenali Qistina sejak awal sem lagi sewaktu di kolej. Nak kata mereka ni kawan? Tak macam kawan. Nak kata mereka ni kekasih? Tak juga. Masing-masing bertukar-tukar pasangan setiap masa. Teman tapi mesra? Mungkin. Aku memang minat dengan Davika ni. Eh, Qistina. Sorry, Dav. Hehe.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now