"Alah, buruknya muka. Janganlah marah, kau la yang mulakan tadi." Tangannya aku peluk dengan erat dan aku lentokkan kepala di bahunya.

"Zarif yang selalu mulakan dan Farisya yang selalu jadi mangsa. Macam tu kan?" Zarif masih lagi tidak puas hati.

"Zarif." Aku tenung sepasang mata miliknya seketika.

"Janganlah macam ni," ujarku separuh merayu. Selain Amril Zarif yang dingin, rasanya Amril Zarif yang terasa hati denganku lagi menakutkan. Kalau dia dingin, itu dia punya pasal tapi bila dia terasa hati dengan aku, aku jadi tak senang duduk. Macam mana sekali pun kami bergaduh, dia masih lagi suami aku.

"Dah tu nak macam mana?"

"Janganlah marah aku."

"Tak marah pun."

"Tapi macam marah je. Since hari ni birthday kau dan kau pun dah makin tua, jadi kau nak hadiah apa?" Aku tutup kisah tadi dan memancingnya dengan soalan baru. Rasanya berhasil kerana Zarif menoleh ke arahku, jadi itu maknanya dia berminat.

"Hadiah? Kalau aku nak sekarang, kau boleh bagi ke? Dah nak malam ni." Sengaja Zarif mengujikan kerana menyedari yang sekarang sudah lewat petang.

"Eh mestilah boleh bagi sekarang." Aku berkata dengan nada yang teruja sambil menutup kedua-dua belah kelopak matanya. Tidak menunggu lama, aku angkat kepala dan bibirnya menjadi sasaran.

"Okay dah bagi hadiah." Aku jarakkan kedudukan kami dan Zarif pula terkebil-kebil memandangku. Jelas kelihatan kerutan pada wajahnya, sangat terkejut dengan tindakanku.

"Farisya Irdina..." Dia berdehem beberapa kali, cuba melindungi reaksinya sebentar tadi.

"Ada tiga sebenarnya, so ni yang kedua." Aku paut lehernya dan dengan pantas bibirnya aku pagut lagi.

"Dah, jangan buat lagi." Dia segera berkata sambil menguakkan rambut ke belakang. Mukanya yang kian memerah kerana malu membuatkan aku tersenyum senang. Teringat pula dengan kenangan ketika kami belum berkahwin. Kerana terlalu asyik memandang wajahnya yang tampan itu, aku tidak sedar pun dia menyedari apa yang aku lakukan. Bukan dia seorang saja yang malu, aku pun malu juga.

"Nak buat jugak."

"No..." Kata-katanya terhenti lagi apabila bibir kami bertemu. Agak lama sampaikan aku dapat rasa yang dia turut membalas kucupanku.

"Ops! I did it again. Tadi bukan main cakap no tapi sekarang macam suka je." Aku terus mengusiknya.

"Farisya..."

"Aku rasa macam aku patut lari sekarang ni." Aku bangun dari situ dan menjauhinya.

"Nak kena ni. Dah la sekarang kita kat rumah mama." Zarif juga sudah bangun. Aku bergerak ke kiri katil dan dia pula berada bertentangan.

"Kenapa kalau kat rumah mama? Mama mana boleh masuk pun sebab aku dah kunci pintu." Aku rasa macam nak tampar saja mulutku ketika ini, bercakap tanpa memikirkan akibatnya.

"Balik rumah kita nanti, siap kau." Dia mula memberi amaran sambil menapak menghampiriku. Langkah kaki bagaikan memberat tatkala dia semakin mendekat.

"Nak buat apa ni? Jauh sikit." Aku menapak ke belakang sambil menjauhinya.

"Tadi bukan main, ni takut pulak."

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now