Bab 44

53.5K 3.4K 405
                                    

Zarif sangat sibuk semalam kerana dia sendiri turut serta menguruskan majlis perasmian taman tema yang bakal berlangsung sekejap saja lagi. Aku ada memberitahu Zarif supaya menyerahkan kepada orang bawahannya tetapi dia tolak dengan cara baik cadangan itu, katanya taman tema itu sangat istimewa baginya. Kalau boleh, semuanya dia ingin lakukan sendiri.

Semalam juga, dia titipkan pesanan kepadaku supaya tidak menunggunya pulang. Aku sendiri tidak pasti pukul berapa dia balik semalam dan hari ini, pagi-pagi lagi dia sudah bergerak ke Kingdom. Dia menyuruh aku datang pada waktu petang, Zarif kata majlis pelancaran akan bermula kira-kira jam lima petang.

Aku pulang awal tengah hari tadi, sekitar jam tiga petang dan aku terus bersiap-siap untuk ke sini. Masuk saja ke pusat beli belah ini, perkara pertama aku lakukan adalah mencari Zarif namun dia tiada di pejabat dan menurut pembantunya, Zarif berada di taman tema.

Dari tingkat atas, aku berikan perhatian kepada Zarif yang sedang leka memerhatikan sesuatu dan sebenarnya ini merupakan kali pertama aku melihat dia mengenakan pakaian formal. Tampak kemas, lebih menyerlahkan lagi rupa parasnya dan nampak begitu berkaliber. Pandangan mataku beralih perlahan-lahan ke arah tempat yang ditenungnya tanpa henti.

Dinding yang memisahkan antara pusat beli belah dan taman tema menjadi perhatian Zarif dari tadi. Malangnya dinding yang boleh menjamu pandangan mata pengunjung di sini ditutup dengan kain putih. Aku semakin tertanya-tanya apa yang ada disebaliknya, saiznya juga cukup besar dan Zarif dari tadi tidak lepas memandang ke arahnya. Aku berfikir sejenak sebelum mengatur langkah untuk menghampirinya.

Baru saja aku ingin menuruni tangga, aku lihat sudah ada seorang perempuan menghampiri Zarif. Dari jauh aku sudah tahu itu siapa, Hadira yang sedang bercakap dengan Zarif. Semakin dekat, semakin galak kedua-duanya ketawa dan aku sudah naik menyampah. Zarif pula layankan saja si Hadira. Bila aku kata aku tidak sukakan Hadira rapat dengannya, Zarif akan cakap Hadira itu kawannya sejak sekolah rendah lagi. Takkan la nak putuskan persahabatan yang terjalin bertahun-tahun hanya kerana aku tidak menyukainya rakannya itu.

Alasan! Aku tidak jadi untuk bertemu dengan Zarif sebaliknya menuju ke tandas. Singki aku hampiri dan memandang ke arah pantulan diri di cermin. Memang Zarif tidak seperti dulu bila berada dekat denganku, dia banyak berubah. Banyak ketawa, tersenyum dan sentiasa menunjukkan yang dia bahagia disisiku. Tetapi apabila Hadira dekat dengannya, aku rasa sakit hati dan marah. Aku tidak suka bila mereka berdua rapat, aku tidak mahu berkongsi Zarif dengan perempuan lain walaupun bergelar sahabat. Walaupun Zarif tidak perasan tetapi aku dapat rasakan yang Hadira sukakannya.

"Aku tak pernah sangka yang Amril akan kahwin dengan perempuan macam ni." Suara yang datangnya dari belakang membuatkan aku kembali memandang ke arah cermin dan imej yang terpantul di situ adalah Hadira.

"Ingatkan taste dia jenis yang bertudung litup tapi kau ni rambut pun-" Dia memandang ke arah rambutku, bahagian bawahnya masih lagi ada sisa-sisa yang aku warnakan dulu.

"Entah-entah dia terpaksa kahwin dengan kau?" Hadira mula menebak kenapa aku boleh kahwin dengan Zarif.

"Amril tu baik sangat. Solat tak pernah tinggal, baik dengan semua orang. Kalau tengok kau, memang tak sesuai dengan dia."

"Kalau tak sesuai dengan aku, dia sesuai dengan kau yang mulut puaka ni ke?" Aku tidak berdiam sebaliknya balas kembali apa yang dia katakan.

Aku bukan Ilya yang tidak tahu menilai siapa baik dan siapa berniat jahat. Aku bukan Ilya yang membiarkan saja orang ketiga masuk ke dalam kisah hidupnya dengan Airil. Aku bukan seperti dia untuk membiarkan Hadira rapat dengan suamiku.

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang? What a bullshit. Pernyataan yang paling bodoh aku pernah dengar. Aku tak akan biarkan perempuan macam Hadira porak perandakan hubungan aku dan Zarif.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now