Bab 47

51.6K 3K 321
                                    

Troli disorongkan ke depan dan matanya melilau memandang ke arah rak yang memuatkan barangan dapur. Beralih pula ke kiri, tangannya mula menggapai apa yang disenaraikan oleh Kak Imah sebentar tadi. Tiba-tiba pula aku rasa sangat malu dengan diri sendiri, Zarif yang lelaki begitu arif sekali dengan keperluan dapur. Sedangkan aku yang perempuan ini boleh tertukar antara lengkuas dan halia. Tak apalah Farisya, kau boleh belajar nanti.

"Nak beli apa lagi?" Tanyaku yang sedang mengekorinya dari belakang. Zarif menoleh sambil memandang ke arah senarai di tangannya.

"Ada empat lagi." Zarif kembali memandangku lalu menolak semula troli ke depan.

"Kau ada nak beli apa-apa tak?" Tanya Zarif ketika aku letakkan tangan di atas pemegang troli.

"Takde," jawabku sepatah. Bangun saja dari tidur hari Ahad minggu lepas, cara aku bahasakan dia kembali kepada aku-kau. Masih belum bersedia mahu menukar panggilan, kalau untuk suka-suka dan depan ahli keluarga aku tidak kisah. Lagi pun, lebih selesa membahasakan diri seperti sedia kala. Zarif pun sama, dia tidak kisah dengan nama panggilan.

"Farisya?"

"Ya?"

"Let's have some fun here."

"Hah?" Kedua-dua belah keningnya terjongket-jongket memberi tanda ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

"Kau jangan buat hal eh." Aku mula memberi amaran setelah melihat kakinya diletakkan di atas penghadang yang terletak di bawah troli.

"Come on, bukan selalu." Kedua-dua belah tangannya memegang erat pemegang troli manakala kaki kirinya yang masih lagi jejak pada lantai sudah mula ditolak.

Mulutku sudah terlopong melihatkan aksi suamiku yang terlebih 'ribena' pada malam ini. Mata mula melilau untuk melihat sama ada kejadian ini disaksikan oleh sesiapa namun nafas lega mampu aku tarik, hanya kami berdua saja yang berada di sini. Zarif sudah 'meluncur' dengan troli sampai ke penghujung rak. Dia kembali ke sini pula dengan cara yang sama.

Makin aku mengenalinya, makin aku nampak sisinya yang selalu disorok dari aku. Sisinya yang tampak ceria, gembira dan terselit perangai gila-gila. Memang betul apa yang Aunty Aliyah katakan, anaknya ini akan berubah karakternya bila dengan orang yang dia rapat. Aku tersenyum mengenangkan hal ini, sudah tiada jurang antara kami.

"Kau buat apa ni?" Aku bertanya dengan nada suara yang agak perlahah. Nasib baik tak jatuh memandangkan troli penuh dengan barang.

"Jom try sekali."

Aku sudah menggeleng tanda membantah namun Zarif tarik tangan aku. Nak tak nak terpaksa juga aku turuti idea gilanya ini. Tetapi aku rasakan ini sangat berbaloi kerana dapat melihat senyumannya yang begitu lebar sekali. Begitu jelas kegembiraan yang ditonjolkan melalui senyumannya itu, makin berseri apabila kedua-dua belah lesung pipitnya terlekuk dengan sempurna. Masih lagi memandang ke arahnya ketika troli bergerak ke depan.

Sampai saja di depan, aku sudah bersumpah untuk berhenti buat kerja gila ni. Nanti tidak pasal-pasal rosak troli kerana terpaksa menampung dua orang manusia. Wajahku yang tadinya tampak senang dan gembira mula berubah menjadi cemberut, Zarif di depanku hanya tersenyun ke arahku.

"Kalau orang tengok nanti macam mana?" Tanyaku dengan sebal, terus hilang perasaan senang sebentar tadi.

"Tak ada yang..." Kata-katanya mati di situ, Zarif sudah mempamerkan riak yang tidak selesa di wajahnya.

"Ada orang tengok kan?" Aku cuba untuk menyorokkan wajah di sebalik rambut dan perlahan-lahan bergerak ke belakang Zarif.

Aku dapat melihat seorang wanita yang usianya dalam lingkungan 50-an memandang ke arah kami. Kepalanya digelengkan dan kedengaran suara keluar dari mulutnya seakan tidak percaya melihat apa yang kami berdua telah lakukan. Aku rasa dia sudah menyaksikan dari awal apa yang kami lakukan, perasaan malu makin menebal dalam diri. Zarif pula sudah tersenyum paksa.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now