Bab 60

49K 3.3K 512
                                    

Petangnya, aku terus ajak Zarif pulang ke rumah papa setelah merasa pulih sepenuhnya. Aunty Aliyah menyuruh kami bermalam di situ namun aku tolak dengan cara yang baik, lebih selesa berada di rumah sendiri. Aku membatu sepanjang perjalanan pulang dan sekarang, aku masih lagi tidak bercakap dengannya.

Ketika mahu ke dapur, aku melintasi ruang tamu dan Iskandar ada di situ. Wajahnya itu menjadi tatapanku seketika sebelum menyoroti ke mana dia memandang, kaca televisyen yang menjadi tumpuannya namun aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Pandangan mata itu kosong dan dia langsung tidak perasan akan kehadiranku.

"Is?" Lambaian tanganku berada tepat di depan mukanya namun reaksinya tetap sama. Seperti sedang berkhayal memikirkan sesuatu.

"Iskandar?" Kali ini pun sama, begitu jauh dia termenung.

"Iskandar!" Jerkahanku membuatkan dia terperanjat.

"Hah?" Kelopak matanya berkedip-kedip beberapa kali sebelum memberi tumpuan kepadaku.

"Apa masalah kau? Terkejut aku!" Baru sekarang dia tunjukkan reaksi terkejut, tadi buat muka blur.

"Kau yang bermasalah sekarang ni, kenapa?"

"Tak ada apa-apa." Iskandar mencapai alat kawalan jauh dan menukar siaran, ingin mengelak dariku.

Aku mencebik bibir dan naik ke tingkat atas, tak jadi nak ke dapur. Sebenarnya aku tidak tahu untuk ke mana walaupun berada di dalam rumah sendiri kerana di bilik, Zarif ada. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan, ingin menerimanya namun aku teringat tentang kejadian di mana dia meninggalkan aku sendirian pada pagi itu.

Egokah aku ketika ini? Masalah yang sepatutnya selesai aku besarkan, hanya memikirkan diri sendiri dan terlalu mengikut perasaan.

Pintu bilik yang terbuka sedikit itu menarik minatku. Aku tolak dan masuk ke dalam, hanya bunyi kipas yang terpasang menyambut kehadiranku. Kak Imah pernah kata, selalunya petang-petang begini papa akan berada di dalam bilik. Haa, tengok lah. Aku yang anak dia pun tak tahu apa yang dia buat dalam sehari.

Bunyi suara papa yang sedang bercakap menggamit aku untuk ke sana, dengan siapa dia bercakap? Aku menghampiri rak buku dan disebalikya ada meja kerja, papa ada situ. Kedudukannya membelakangiku telah menyenangkan kerja untuk aku mengintipnya. Rasa hairan pula datang menyerbu, dia bercakap dengan siapa? Nak kata di atas talian tapi tiada memegang telefon.

"Farisya, anak kita dah banyak berubah. Dia dah tak macam dulu, dah tak bencikan abang macam selalu." Aku menarik nafas berat, kelihatan bingkai gambar yang berada di atas meja.

"Dia berubah jadi macam tu pun sebab abang yang tak pandai didik dia, dari dulu lagi. Ina yang jaga dia dengan Iskandar, jarang abang ambil peduli pasal anak kita sebab takut dengan perasaan sendiri." Esakan halus dapat aku dengari selepas itu.

"Farisya, segalanya tentang dia sama dengan Ina terutama sekali wajahnya. Tiap kali pandang wajah tu, rasa sesal pada Ina akan datang sebab tinggalkan Ina hari tu, sampai sekarang abang rasa menyesal."

Air mataku turut bergenang, setiap bait bicaranya menyentuh hatiku. Aku marahkan dia kerana tinggalkan mama pada hari itu, pada hari kematian mama. Padahal dia ada terangkan, mama yang menyuruh dia bertemu dengan Aunty Aliyah kerana mama anggap mereka berdua tidak dapat bersatu kerananya.

"Abang ingatkan Farisya akan berubah bila abang kahwin dengan Aliyah sebab mereka nampak rapat sangat tapi tu sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan, dia makin memberontak. Dalam masa yang sama, abang duakan Ina."

Tapak tanganku naik untuk mengesat air mata yang sudah mengalir. Dia nampak aku dan Aunty Aliyah rapat dan tidak tahu hubungan kami renggang setelah Airil tinggalkan aku. Lamaran dari dia membuatkan Aunty Aliyah tanpa teragak-agak menerimanya kerana ingin rapatkan aku dengan Zarif.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now