Bab 4

58.4K 3.8K 1K
                                    

Majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di sebuah hotel, boleh dikatakan majlis diadakan secara besar-besar. Walaupun sudah bercerai dengan suaminya tapi Aunty Aliyah mempunyai butik sendiri yang cawangannya ada di seluruh Malaysia. Airil pula seorang yang berkerjaya. Selepas mama dan papa Airil bercerai, papanya berhijrah ke England dan sudah punya keluarga sendiri di sana.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Aku jeling Iskandar yang sedang memandang aku dari atas ke bawah.

"Kau tak ada baju lain ke nak pakai?" Dia bertanya seakan tidak puas hati dengan penampilanku.

"Tak ada," jawabku dengan geram. Bibir pula aku ketap seperti reaksi ketika ini.

Memang sengaja tengah hari tadi aku selongkar almari untuk mencari dress berwarna hitam. Nasib baik ada satu yang sesuai untuk di pakai ke majlis. Aku rasa Iskandar dapat rasakan yang aku sengaja pakai baju warna hitam. Memang aku sengaja pun! Tanda berkabung.

"Tukar," katanya lagi. Tapi aku buat-buat tak dengar dan masuk ke dalam kereta. Selepas itu aku dengar yang pintu kereta dihempas denga kuat, dia sudah masuk ke dalam dan satu rengusan mula kedengaran.

Selepas beberapa minit, kami sampai di hotel. Aku hanya mengikut Iskandar dari belakang, tetamu sudah mula ramai dan berpusu-pusu masuk. Nafas aku tarik perlahan-lahan, mata aku pejamkan seketika. Hatiku sekali lagi bergolak pabila melihatkan situasi sekarang. Kemungkinan yang sepatutnya aku adalah pengantin perempuan pada malam ini mula berlegar di fikiran.

Airil Zafran & Ilya Humaira

Melihatkan papan tanda dihiasi dengan bunga-bungaan di luar ballroom itu membuatkan hati yang sedang bergolak tadi dicucuk dengan duri. Luka yang sudah hampir sembuh perlahan-lahan berdarah kembali.

"Risya, jom masuk." Suara Iskandar menyentakkan aku.

Belum terlambat lagi Farisya kalau kau berundur— Belum terlambat lagi. Suara hati sudah memainkan peranan. Memang aku ingin mengundur kembali tapi kaki aku mengikuti langkah Iskandar. Aku ingin lihat dengan mata aku sendiri sama ada Airil bahagia atau tidak dengan pilihan mamanya. Aku ingin pastikan sama ada dia menyesal atau tidak meninggalkan aku.

Iskandar menarik tanganku ke arah meja yang paling hadapan. Aku terjumpa seseorang di sini, seseorang yang tak pernah aku sangka. Papa ada di sini? Aku mula memikirkan sesuatu. Airil jemput aku dan Iskandar sebagai kawan semasa sekolah dulu, aku boleh terima tapi kenapa dia jemput papa? Sebagai ayah kepada bekas kekasih ke?

"Papa buat apa kat sini?" Tanyaku tapi soalan itu dibiarkan saja apabila bunyi muzik mula kedengaran.

Pengantin sudah mula masuk, mataku tertacap pada dua mempelai yang sedang berjalan menuju ke arah pelamin. Rata-rata hadirin mula menumpukan perhatian kepada mereka berdua. Aku tak tahu gambarkan perasaan aku masa ni.

Pada pandangan orang lain, pengantin perempuan tampak manis dan anggun pada tambahan lagi orangnya bertudung tapi bukan bagi aku. Tempat dia berada sekarang ni merupakan tempat aku. Aku yang sepatutnya berada di situ tapi dia merampasnya. Tautan di lengan Airil menambahkan lagi rasa kecewa dan marah.

Aku beralih memandang ke arah Airil, dia kelihatan sungguh segak mengenakan sut. Senyuman yang dilakarkan bibirnya itu membuatkan hatiku meruntun sayu dan kecewa. Dia kelihatan bahagia sekali— Bukan ke dia kata perkahwinan ini terjadi kerana terpaksa? Kenapa dia kelihatan bahagia? Adakah masa tiga bulan ini telah membuatkan cintanya terhadapku berubah? Begitu cepatnya dia melupakan aku, sedangkan aku berubah kerana tidak dapat melupakannya.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now