Bab 3

67K 3.8K 678
                                    

Ketukan pintu yang bertalu membuatkan lenaku terganggu tapi aku biarkan saja dan cuba untuk tidur kembali. Tetapi selepas beberapa saat, ketukan kembali kedengaran, kali ini siap panggil nama aku lagi. Suara Iskandar yang berada di luar membuatkan aku menarik bantal dan menekup kedua-dua belah telingaku. Kacau betul!

"Risya. Aku masuk ni." Aku sengaja buat-buat tak dengar apa yang Iskandar katakan. Ah! Pantang betul bila orang mengganggu aku tidur. Tanpa mempedulikannya, aku terus menyambung lena yang tergendala sebentar tadi.

Bunyi derapan tapak kaki semakin kedengaran menandakan Iskandar semakin dekat denganku. Aku dapat merasakan yang sekarang ini dia sedang memandang ke arah aku dan di gelengkan kepalanya kerana matahari sudah terpacak tapi aku masih lagi tidur. Selepas tu, dia akan membebel tak ingat dunia. Bebelan dia tu akan masuk pasal aku balik lambat tiap-tiap malam, tengah hari masih tidur lagi dan pasal aku sengaja berhenti kerja. Tengok lah nanti, mulut dia akan mula membebel.

Namun, suasana sepi selepas itu. Aik? Aku mula kehairanan tapi bagus juga kalau Iskandar tak membebel hari ini, senang sikit aku nak sambung tidur. Seketika kemudian, bunyi langsir yang ditarik membuatkan aku terjaga dan terus terbangun dari berbaring. Cahaya matahari memancar masuk ke setiap ruang bilik membuatkan aku mendengus kasar.

"Apa ni?!"

"Dah nak masuk pukul dua, kau nak tidur lagi ke?" Tanya Iskandar seakan memerli.

"Kalau papa tahu ni memang teruk kau kena."

"Papa tak akan tahu kalau kau tak bagitahu." Aku pandang Iskandar dengan pandangan yang begitu tajam. Tak padan dengan lelaki, semua benda nak report kat papa.

"Risya, dia dah lama kahwin. Kau berubah mendadak ni sebab dia? Tak berbaloi langsung tahu tak?" Iskandar mula menyuarakan rasa tak puas hatinya.

"Aku berubah? Siapa kata aku berubah sebab dia?" Aku cuba sangkal apa yang Iskandar katakan. Tapi memang betul aku berubah sebab Airil, kerana aku ingin mengisi kekosongan yang dia tinggalkan.

"Tak ada siapa yang kata. Kau sendiri yang tunjukkan. Dah la, Risya. Dia dah kahwin pun, terima la hakikat." Iskandar berkata lagi. Kali ini aku sudah mula berasa rimas.

"Aku jadi macam ni untuk kepuasan diri sendiri, tak ada kaitan langsung dengan dia." Benang yang basah aku cuba tegakkan lagi. Berkali-kali Iskandar kata yang perubahan aku terjadi kerana Airil tapi aku tetap sangkal apa yang dia kata.

"Cari lah orang lain Risya."

"Aku nak tanya soalan yang sama, kenapa kau tak cari orang lain jugak?"

Soalan itu aku ajukan pada Iskandar. Namun dia terdiam sahaja. Memang soalan yang aku tanya ini tidak adil kerana kami berada di situasi yang hampir sama tapi berbeza.

"Kau balik rumah ni untuk tidur je. Lepas tu masa kau, habis kat office. Kau dengan aku sama je."

Iskandar masih lagi membisu. Sama yang papa lakukan ketika arwah mama pergi, sengaja menyibukkan diri dengan kerja supaya tidak terlalu sedih dengan kematian orang yang mereka sayangi. Aku melakukan perkara yang sama dengan mereka tapi sedikit berbeza, salah ke?

"Aku sayang kau. Kau kakak aku, kembar aku. Aku tak nak kau berubah sebab dia." Iskandar ulang lagi ayat yang sama. Walaupun aku dah banyak kali menidakkan apa yang dia kata tapi dia tetap cakap benda yang sama. Aku sendiri yang menunjukkan yang aku ke arah itu.

"Bosan la Is, asyik cakap benda sama," ujarku sambil memandang ke arahnya.

"Aku cakap benda sama sebab kau memang berubah sebab dia. Wake up, Farisya! Dia dah kahwin, ada kehidupan sendiri!"

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now