Bab 51

45.7K 3.3K 245
                                    

Pemandangan di depan mataku ini membuatkan aku merengus kasar. Laju saja bibir ingin melontarkan kata-kata kesat namun akalku cepat bertindak supaya membatalkan niatku, aku ingatkan di mana aku berada ketika ini. Aku mengerling ke arah Ilya yang berada tidak jauh dari tempatku berdiri, kebetulan dia juga turut memandang ke arahku. Rasanya ini pertama kali, kami bersetuju dalam sesuatu perkara. Pandangan mata sama-sama menghantar isyarat.

"Serius la ni. Memang mula-mula ingatkan kembar tiga sebab muka sama. Tapi bila Adel tanya aunty baru tahu bukan kembar." Jelas sekali keterujaan si empunya suara. Semakin membara api kemarahanku apabila melihat sepasang mata itu melirik ke arah Zarif.

"Pelik la, Azril yang bongsu ni pulak boleh jadi tinggi antara korang." Kali ini aku bersetuju dengan budak Adella, anak kepada salah seorang jemaah yang mengikut rombongan ini. Si Azril ni punya tinggi macam tiang lampu.

"Tapi Azril ni yang nampak lain sikit. Abang Am dengan Abang Ril ni serius tau muka sebijik." Setapak aku berjalan menghampiri mereka dan Ilya turut melakukan perkara yang sama.

"I think abang lagi hensem." Rasa nak bernanah telinga aku apabila Adella tunjuk ke arah Zarif. Amboi! Manjanya suara dia ketika berabang. Aku yang isteri ni tidak pernah lagi bercakap semanja tu.

"Abang, sini jap. Penat la." Ilya terlebih dahulu memulakan langkah dengan memanggil Airil dan segera memaut tangan si suami.

"Kan abang dah kata duduk hotel, kan dah penat." Airil berkata sambil menyentuh perut si isteri.

"Suruh Lya duduk hotel lepas tu abang nak buat apa? Menggatal dengan budak tu?" Suara Ilya separuh berbisik namun aku boleh dengar.

"Apa pulak menggatal. Dah dia tanya, takkan nak diam."

Dalam hati, aku ingin jernihkan kembali hubungan aku dengan mereka. Sebelum menjadi pasangan kekasih, aku dan Airil pernah berkawan. Aku ingin hubunganku dengan menjadi kawan kembali dan begitu juga dengan Ilya. Aku yang perlu mengalah kerana ini salahku. Tapi sekarang ini aku ada lagi benda yang penting untuk diselesaikan.

"Zarif."

Eh tak tak. Tukar panggilan dan nada suara. Biar kedengaran manja dan menggoda. Adoi! Buang tabiat sungguh.

"Abang." Aku menghampiri lalu memaut tangannya.

"Laa nama abang Zarif jugak ke? Nak panggil..."

"Tak boleh." Tajam panahan mataku merenungnya, serta-merta hilang senyuman di bibir. Hanya aku seorang saja yang boleh panggil Amril Zarif dengan panggil Zarif.

"Ni siapa?" Teragak-agak dia bertanya dan pandangan matanya jatuh ke arah tangan kami yang bertaut erat.

"Tak tahu lagi ke? He's married and yes, isteri." Serentak itu juga aku angkat tangan kanan untuk menunjukkan cincin yang tersarung pada jari manis.

Aku tarik Zarif supaya menjauhi budak pelik dan aneh yang aku anggarkan usia sebaya Azril, dua puluh satu tahun. Wajah Zarif yang menunjukkan muka selamba aku tenung seketika.

"Abang ada dengan Airil, Azril masa dia tiba-tiba datang tadi. Dia tanya, takkan la abang tak nak jawab. Takkan tu pun sayang nak marah."

Hah sudah! Aku dan kau hilang entah ke mana. Tapi seronok juga dengar, muehehe.

"Bila masa marahnya? Dia yang gedik, Risya tak marah abang pun." Aku sembunyikan satu senyuman ketika berkata.

"Betul la ni tak marah?"

"Orang kata tak marah, maknanya tak marah la." Aku tahu dia memang sengaja! Geram betul.

"Selalunya Farisya marah, dia tak mengaku."

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now