Bab 63

50.2K 3.2K 763
                                    

Perjalanan yang ditemani hujan berakhir apabila kereta yang dipandu Zarif memasuki sempadan Kelantan. Aku memeluk tubuh kerana kesejukan dan dia di sisi pula menguap untuk kesekian kalinya. Perjalanan yang terlampau lama, seingat aku kami bertolak selepas Subuh tapi sekarang sudah melepasi waktu Asar kerana jalan sesak. Aku suarakan cadangan untuk menaiki pesawat pada awalnya namun dia tolak dengan alasan ingin memudahkan pergerakan kami di sini.

Aku menoleh ke arah tingkap, kepulan awan hitam di dada langit yang ditemani gerimis menjadi tatapanku seketika. Sepanjang perjalanan, aku sudah tidur sebanyak tiga kali kerana kebosanan dan kepenatan, ada bergilir memandu dengan Zarif sekali. Aku berikan tumpuan ke arah depan apabila tiba di Peringat, Zarif membelok masuk ke sebuah lorong. Kawasan yang tidak asing lagi menjamu pandangan mataku.

Selepas kematian mama aku jarang datang ke sini, dalam setahun ada sekali dan kadang-kadang tiada langsung. Rumah persinggahan milik mama dituju Zarif, rasa sebak datang bersarang di dalam diriku kerana kenangan bersamanya di sini sangat banyak. Aku terlampau rindukan dia.

Persekitarannya aku perhatikan, segenap ruang aku lihat. Bayangan arwah dapat dirasai apabila kaki selangkah masuk ke dalam rumah ini, masih lagi sama seperti dulu namun sedikit usang kerana terlalu lama ditinggalkan. Papa ada upah seseorang yang tinggal berhampiran untuk membersihkan rumah ini enam bulan sekali.

"Kau okay tak?" Zarif masuk ke dalam sambil menarik dua buah bagasi.

"Okay je." Aku labuhkan punggung di atas kerusi berhampiran. Apabila mengetahui aku dan Zarif ingin ke sini, papa terus memberitahu Yusuf untuk membersihkan rumah ini namun katanya hanya aras bawah sahaja yang sempat.

"Mana bilik?" Dia memerhatikan setiap ruang.

"Kat bawah ni ada satu bilik je, tu bilik aku. Kau tidur luar, kalau tak nak, boleh naik tingkat atas tapi kat sana Yusuf tak sempat bersihkan." Dengan selamba aku berkata, bagasi milikku ditarik dan di bawa ke bilik berhampiran ruang tamu.

"Kejamnya." Rengusan keluar dari mulutnya namun aku tidak ambil peduli.

Aku buka pintu bilik. Perabot di dalamnya tidak pernah ditukar, masih lagi mengekalkan perabot lama. Bagasi tadi aku letakkan berhampiran meja solek dan aku tanggalkan tudung. Baru saja aku ingin tutup pintu bilik, wajah Zarif tersembul disebaliknya. Aku urut dada kerana terlampau terkejut.

"Nak kena ingatkan rules tu balik ke? Kang nanti kata aku paksa pulak." Dia masuk ke dalam dengan perlian.

"Kau dah janji eh." Baru semalam dia berjanji untuk tidak memaksaku sepanjang kami berada di sini.

"Memang dah janji tapi bilik yang boleh guna ni je." Setapak dia menghampiriku.

"Tidur la kat luar."

"Kat luar tak selesa." Dia semakin mendekat.

"Kalau kat dalam ni, ada kau."

"Apa kaitan?" Tanyaku dengan kalut, aku terus berundur ke belakamg.

"Kaitannya kau ada." Ada sebaris senyuman nakal di bibirnya.

"Mengada betul." Tanpa sedar, tiada lagi ruangan di belakang untuk aku berundur. Tumit terlebih dahulu menyentuh kaki katil dan menyebabkan aku jatuh ke atasnya.

"Aku mengada dengan kau sorang je," ujarnya sambil merangkak naik ke atas batang tubuhku.

"Kau dah kenapa?" Aku palingkan wajah ke arah lain, pergerakanku semakin terbatas kerana kedua-dua belah tanganku dipegangnya.

"Baik kau lepaskan aku sebelum aku tendang kau. Mandul tak pasal-pasal nanti." Aku pandang dia.

"Ala usik je dah marah." Tawa halus kedengaran selepas itu, aku palingkan wajahku kembali.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now